SEMAKAN KELAYAKAN STR FASA 4 2025 : SEMAK STATUS PENERIMA
Dalam Belanjawan 2025, Kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan kadar peruntukan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) daripada RM10 billion kepada RM13 billion dan penerima yang layak akan menerima amaun bayaran yang lebih banyak berbanding tahun lalu.
Ikuti artikel ini untuk mengetahui cara semak kelayakan, jadual bayaran dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN DI DALAM IC : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA

PENGENALAN STR
STR atau Sumbangan Tunai Rahmah adalah merupakan inisiatif Bantuan Kewangan yang disalurkan secara berperingkat bagi membantu meringankan bebanan kewangan rakyat yang kurang berkemampua dari semasa ke semasa.
CARA BAYARAN STR
Dua (2) cara bayaran Bantua STR disediakan kepada setiap penerima seperti berikut :
- Bayaran Secara Tunai :
- Bantuan STR dibayar secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau mana-mana pusat yang sesuai untuk penerima yang tiada akaun bank, penerima status ‘gagal Kredit’ dan penerima di pedalaman Sabah dan Sarawak.
- Bayaran Secara Terus Dalam Akaun Bank :
- Bantuan STR dikreditkan secara terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan yang mempunyai akaun bank yang aktif dan didaftarkan semasa permohonan STR.
JADUAL BAYARAN STR 2025
Pembayaran Bantuan STR dilaksanakan secara berperingkat mengikut jadual berikut :
PERINGKAT FASA | TARIKH BAYARAN STR |
---|---|
Fasa 1 | 22 Januari – 28 Januari 2025 |
Fasa 2 | 24 Mac – 27 Mac 2025 |
Fasa 3 | 12 Ogos – 21 Ogos 2025 |
Fasa 4 | November 2025 |
KRITERIA KELAYAKAN STR FASA 4 2025
Berikut merupakan kriteria kelayakan penerima STR Fasa 4 :
Isi Rumah :
- Warganegara Malaysia;
- Kahwin ada atau tiada anak;
- Ibu/bapa tunggal / balu ada anak yang tepati syarat;
- Pendapatan isi rumah bawah RM2,500 (B40) atau sehingga RM5,000 (M40).
Warga Emas :
- Warganegara Malaysia;
- Tiada pasangan dan tiada tanggungan;
- Berumur 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan warga emas tidak melebihi RM5,000 sebulan.
Bujang :
- Warganegara Malaysia;
- Belum berkahwin / balu / bercerai (tiada anak);
- Had umur 21 hingga 59 tahun;
- Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA / IPTS;
- Pendapatan bujang tidka melebihi RM2,500 sebulan.
AMAUN BAYARAN STR FASA 4 2025
Pembayaran Bantuan STR Fasa 4 kepada setiap kategori penerima adalah berbeza mengikut amaun berikut :
KATEGORI PENERIMA | AMAUN BAYARAN STR FASA 4 |
---|---|
Isi Rumah B40 | 0 anak : RM200 1 – 2 anak : RM350 3 – 4 anak : RM500 5 & ke atas : RM700 |
Isi Rumah M40 | 0 anak : RM100 1 – 2 anak : RM200 3 – 4 anak : RM250 5 & ke atas : RM350 |
Warga Emas (Tiada Pasangan) | RM150 |
Bujang | RM150 |
SEMAKAN KELAYAKAN STR FASA 4 2025
Anda boleh menyemak status kelayakan permohonan STR Fasa 4 seperti panduan lengkap berikut :
- Klik Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Klik [Log Masuk dengan MyDigital ID] bagi yang ada akaun; atau
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Maklumat Bayaran Fasa 4 akan dipaparkan.
- Selesai.

SOALAN LAZIM STR
- Adakah Bantuan STR juga dibayar kepada individu bujang?
- Ya, Bantuan STR juga dibayar kepada semua individu bujang yang memohon serta memenuhi kelayakan yang ditetapkan.
- Siapakah layak terima bayaran Bantuan STR Fasa 4?
- Hanya pemohon yang memenuhi kelayakan dan berstatus ‘Lulus’ akan terima bayaran STR Fasa 4.
- Bolehkah penerima Bantuan STR yang mempunyai akaun bank menuntut wang tunai di kaunter BSN juga?
- Tuntutan wang tunai Bantuan STR di kaunter BSN hanya khas untuk penerima yang tiada akaun bank dan status ‘gagal kredit’ sahaja.
- Bolehkah Bantuan STR digunakan untuk bayaran bil?
- Ya boleh, Bantuan STR yang disalurkan secara tunai boleh digunakan untuk apa sahaja transaksi bayaran bergantung kepada penerima.
- Dimanakah permohonan Bantuan STR Fasa 4 boleh dikemukakan?
- Permohonan Bantuan STR perlu dikemukakan di Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Bilakah tarikh akhir permohonan STR Fasa 4 dibuka?
- Permohonan STR Fasa 4 dibuka sehingga 30 September 2025.
MAKLUMAT LANJUT
Kami hanya menghuraikan maklumat daripada Portal Rasmi STR untuk memudahkan capaian orang ramai. Namun, sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau untuk mengetahui maklumat lebih lanjut, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]