APA ITU BANTUAN MYKASIH : SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) atau MyKasih disalurkan secara bulanan kepada penerima STR yang layak, boleh digunakan untuk menyokong perbelanjaan keperluan asas sehingga akhir tahun 2025.
Bagaimanakah semakan bantuan rm300 dalam mykad? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN RM300 DALAM MYKAD : 2025 SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

APA ITU BANTUAN MYKASIH?
Program MyKasih atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah inisiatif bantuan kerajaan berbentuk tanpa tunai (cashless) yang dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima. Bantuan ini diberikan setiap bulan khusus kepada golongan B40 dan M40 sebagai bantuan tambahan kepada STR untuk berbelanja barangan keperluan asas di kedai dan pasar raya berdaftar.
SIAPA YANG LAYAK?
Kelayakan penerima SARA 2025 adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
APA TARIKH BAYARAN BANTUAN MYKASIH?
Pembayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 dilaksanakan seperti berikut :
JENIS PENERIMA | TEMPOH PELAKSANAAN | TARIKH AKHIR/LUPUT |
---|---|---|
Penerima STR & eKasih | Dibayar setiap bulan bermula Januari sehingga Disember 2025 | 31 Disember 2025 |
Penerima STR Sahaja | Dibayar setiap bulan bermula April sehingga Disember 2025 | 31 Disember 2025 |
APA JUMLAH BANTUAN MYKASIH YANG DITETAPKAN?
Amaun bantuan SARA 2025 yang disalurkan dalam MyKad penerima yang layak adalah seperti berikut:
- Lulus STR & BERSTATUS eKasih
KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN SETAHUN | KADAR BAYARAN SETIAP BULAN |
---|---|---|
Isi Rumah | RM2,100 | RM100 (Januari – Mac) RM200 (April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM1,650 | RM100 (Januari – Mac) RM150 (April – Disember) |
Bujang | RM600 | RM50 (Januari – Disember) |
- Lulus STR Sahaja (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN SETAHUN | KADAR BAYARAN SETIAP BULAN |
---|---|---|
Isi Rumah | RM900 | RM100 (April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM450 | RM50 (April – Disember) |
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN
Semakan Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online seperti berikut:
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2025
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 1/04/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
SENARAI BARANGAN BOLEH DIBELI
Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 14 kategori produk yang diluluskan di bawah Program SARA seperti:
- Beras;
- Roti;
- Telur;
- Minyak Masak
- Tepung;
- Biskut;
- Mi Segera;
- Minuman;
- Makanan dalam Tin;
- Bahan Perasa;
- Produk Kebersihan Diri;
- Barang Kebersihan Rumah;
- Ubat-Ubatan;
- Barang Keperluan Sekolah;
KEDAI BERDAFTAR MYKASIH
Lebih daripada 7,300 kedai berdaftar di seluruh Malaysia yang berdaftar MyKasih termasuk pasar raya besar seperti:
- Mydin;
- Giant;
- Econsave;
- Pacific;
- Lotus Stores (Tesco);
Untuk melihat senarai penuh kedai yang terdaftar, anda boleh rujuk di SENARAI KEDAI TERPILIH https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list
CARA GUNA
Penerima boleh menggunakan kredit bantuan untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:
- Bawa MyKad dan Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA.
- Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Barangan Keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) MYKASIH 2025
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan MyKasih (SARA) 2025:
- Apa itu Bantuan MyKasih?
- Bantuan yang disalurkan secara tanpa tunai ke MyKad penerima untuk membeli barangan asas melalui program SARA.
- Bagaimana cara semak MyKasih?
- Anda boleh menyemak status kelayakan secara online di Portal SARA.
- Adakah bantuan MyKasih boleh dikeluarkan dalam bentuk tunai?
- Tidak boleh. Kredit bantuan hanya boleh digunakan untuk pembelian barangan asas di kedai terpilih dengan menggunakan MyKad.
- Siapa yang layak menerima Bantuan MyKasih?
- Penerima STR mengikut syarat kelayakan, termasuk kategori Isi Rumah, dan Warga Emas Tiada Pasangan.
- Adakah boleh guna MyKasih selain barang berdaftar?
- Tidak boleh. Kredit bantuan hanya boleh digunakan untuk membeli 14 kategori barangan keperluan asas yang diluluskan di kedai terpilih.
- Di mana boleh guna MyKasih?
- Di 7,300 lebih premis runcit terpilih seluruh Malaysia yang berdaftar, termasuk pasar raya besar seperti Mydin.
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]