SEMAKAN BANTUAN IC RM200 2025 : SEMAK STATUS ANDA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SEMAKAN BANTUAN IC RM200 2025 : SEMAK STATUS ANDA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Setiap Warganegara Malaysia mempunyai IC (Kad Pengenalan) sebagai identiti diri rakyat. Kad IC dicipta berasaskan cip yang boleh digunakan untuk pembayaran tanpa tunai (cashless) termasuk penerimaan bayaran bantuan oleh Kerajaan.

Ikuti cara semakan kelayakan, jadual bayaran, cara guna Bantuan IC dan info lebih lanjut dalam artikel ini.

BACA JUGA : SEMAKAN STR FASA 4 2025

APA ITU BANTUAN IC?

Bantuan IC adalah merupakan sebuah program bantuan tambahan di bawah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disediakan oleh Kerajaan MADANI untuk membantu memenuhi keperluan asas rakyat yang berpendapatan rendah seperti B40 dan M40.

Selain itu juga, Kerajaan menyalurkan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui kad pengenalan (IC) penerima adalah untuk menggalakkan rakyat membuat pembelian secara tanpa tunai (cashless).

TARIKH & TEMPOH BAYARAN BANTUAN IC

Setiap penerima yang layak akan terima Bantuan RM200 dalam IC bermula pada tarikh 1 April 2025 dan setiap bulan.

🗓️ Tempoh Bayaran Bantuan IC RM200

  • 1 April 2025 dan setiap bulan sehingga 1 Disember 2025 : Bantuan dibayar dalam IC penerima dan boleh digunakan.
  • 31 Disember 2025 : Bantuan akan tamat tempoh dan tidak boleh digunakan pada tahun berikutnya.

*Nota Penting :

🔔 Bantuan RM200 boleh digunakan setiap bulan oleh penerima yang layak.

❌ Penerima hanya boleh gunakan Bantuan RM200 untuk pembayaran tanpa tunai dengan IC sahaja dan tidak boleh dikeluarkan secara tunai atau dipindah milik.

⏳ Tempoh penggunaan Bantuan RM200 adalah bermula 1 April sehingga 31 Disember 2025 sahaja.

📄 Simpan resit pembelian untuk bukti transaksi guna IC.

SYARAT PENERIMA BANTUAN IC RM200 2025

Bantuan RM200 setiap bulan hanya khas disalurkan ke dalam IC penerima yang memenuhi syarat-syarat kelayakan berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Kahwin (ada atau tiada anak);
  • Ibu atau bapa tunggal / balu (mempunyai anak menepati syarat);
  • Pendapatan isi rumah bawah garis kemiskinan semasa (PGK);
  • Tersenarai dalam rekod data eKasih sebagai penerima miskin dan miskin tegar;
  • Lulus permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kategori isi rumah.

JADUAL BAYARAN BANTUAN IC RM200

Pembayaran Bantuan RM200 dalam IC adalah mengikut jadual seperti berikut :

TARIKH BAYARANJUMLAH BANTUAN
15 Januari 2025RM100
1 Februari 2025RM100
1 Mac 2025RM100
1 April 2025RM200
1 Mei 2025RM200
1 Jun 2025RM200
1 Julai 2025RM200
1 Ogos 2025RM200
1 September 2025RM200
1 Oktober 2025RM200
1 November 2025RM200
1 Disember 2025RM200
BANTUAN IC RM200

SEMAKAN BANTUAN IC RM200 2025

Untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan RM200 dalam IC, ikuti cara semakan yang mudah seperti berikut :

  1. Sila Layari Portal Rasmi MyKasih.
  2. Layarkan skrin ke bawah.
    • Cari butang [SEMAK KELAYAKAN] warna merah dan klik.
  3. Masukkan maklumat peribadi.
    • Masukkan nombor IC pada ruangan yang disediakan.
  4. Semak status kelayakan dan bayaran dalam IC.
    • Status kelayakan dan bayaran dalam IC akan dipaparkan sekiranya anda layak.

CARA GUNA BANTUAN IC

Rakyat yang layak terima RM200 dalam IC boleh buat pembelian mengikut cara berikut :

  1. Pergi ke premis yang menyokong bayaran guna IC (Sara MyKasih).
  2. Pilih barang keperluan yang mempunyai label Sara MyKasih pada rak tanda harga.
  3. Berikan IC kepada juruwang untuk sahkan penerima.
  4. Juruwang akan imbas barang-barang yang dipilih.
  5. Bayaran akan disahkan menggunakan IC.
  6. Simpan resit untuk rujukan baki dalam IC.

SENARAI BARANG BOLEH BELI GUNA IC

Barang-barang yang boleh dibeli dengan menggunakan IC adalah seperti berikut :

  • Beras.
  • Roti.
  • Telur.
  • Minyak masak.
  • Tepung.
  • Biskut.
  • Mi segera.
  • Minuman.
  • Makanan dalam tin.
  • Bahan perasa.
  • Ubat-ubatan.
  • Barangan persekolahan.
  • Produk penjagaan diri.
  • Produk kebersihan rumah.

RUJUKAN LANJUT

Pihak kami hanya menyediakan artikel berdasarkan maklumat daripada Portal Rasmi SARA MyKasih untuk memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah, sila rujuk :

Leave a Comment