SEMAKAN MYKASIH OKTOBER 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK

SEMAKAN MYKASIH OKTOBER 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK

Bantuan MyKasih disalurkan secara bulanan kepada 5.4 juta penerima yang layak bagi membantu meringankan bebanan kewangan dengan memenuhi keperluan asas seperti barang dapur, keperluan kebersihan, ubat-ubatan dan keperluan sekolah anak.

Ikuti info lebih lanjut dalam artikel ini berkaitan cara semakan, tarikh bayaran dan maklumat bayaran MyKasih Oktober di bawah.

BACA JUGA : BAKI BUDI95 : CARA SEMAK

APA ITU MYKASIH?

Bantuan MyKasih adalah merupakan sebuah bantuan tambahan yang disalurkan secara bulanan melalui Kad Pengenalan penerima supaya dapat digunakan untuk tujuan pembelian barangan keperluan asas pada setiap bulan.

Pada tahun 2025, Kerajaan Malaysia telah memperluaskan jumlah penerima daripada 0.7 juta kepada seramai 5.4 juta penerima yang layak terdiri dari golongan pendapatan rendah dan sederhana (B40 dan M40).

TARIKH & TEMPOH SAH MYKASIH OKTOBER

Pengkreditan Bantuan MyKasih pada bulan Oktober telah dikreditkan secara automatik bermula pada 1 Oktober 2025.

๐Ÿ—“๏ธ Garis Masa Bantuan MyKasih Oktober

  • 1 Oktober 2025 : Bantuan dikreditkan dan boleh digunakan pada bila-bila masa.
  • 31 Disember 2025 : Bantuan tamat tempoh dan tidak akan dibawa ke tahun seterusnya.
mykasih oktober

*Nota Penting :

  • ๐Ÿ”” Gunakan Bantuan MyKasih pada bulan Oktober sepenuhnya sebelum 31 Disember 2025.
  • โŒ Penerima tidak boleh membuat pengeluaran tunai Bantuan MyKasih dari MyKad dan hanya boleh guna MyKad untuk bayaran tanpa tunai.
  • โณ Kredit Bantuan MyKasih Oktober sah digunakan sehingga 31 Disember 2025.
  • ๐Ÿ“„ Simpan resit pembelian untuk rujukan baki.

KATEGORI PENERIMA MYKASIH OKTOBER

Berikut merupakan antara kategori yang layak terima Bantuan MyKasih untuk bulan Oktober :

  • Isi Rumah (STR & eKasih) :
    • Merupakan keluarga miskin dan miskin tegar yang tersenarai dalam rekod data eKasih dan juga penerima STR.
  • Warga Emas Tiada Pasangan (STR & eKasih) :
    • Individu berumur 60 tahun dan ke atas yang tersenarai dalam rekod data eKasih dan layak terima STR.
  • Bujang (STR & eKasih) :
    • Merupakan individu bujang berumur 21 hingga 59 tahun yang tersenarai dalam rekod data eKasih dan merupakan penerima STR.
  • Isi Rumah (STR Sahaja) :
    • Keluarga yang layak terima Bantuan STR.
  • Warga Emas Tiada Pasangan (STR Sahaja) :
    • Individu berumur 60 tahun dan ke atas serta layak terima Bantuan STR.

JUMLAH BAYARAN MYKASIH OKTOBER 2025

Bantuan MyKasih yang dikreditkan pada bulan Oktober adalah mengikut jumlah berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
MYKASIH OKTOBER
Isi Rumah (STR & eKasih)RM200
Warga Emas (STR & eKasih)RM150
Bujang (STR & eKasih)RM50
Isi Rumah (STR Sahaja)RM100
Warga Emas (STR Sahaja)RM50

SENARAI BARANG MYKASIH

Antara barang-barang keperluan yang boleh dibeli dengan menggunakan Bantuan MyKasih, adalah :

  • ๐Ÿ›’ Barang dapur (Contoh : Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera).
  • โ˜• Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
  • ๐Ÿฅซ Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
  • ๐Ÿง‚ Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
  • ๐Ÿงผ Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, sabun cecair mandian dan tuala wanita).
  • ๐Ÿ’Š Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
  • โœ๏ธ Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, kasut, beg sekolah dan alat tulis).
  • ๐Ÿช  Produk kebersihan rumah (Contoh : Sabun pencuci pinggan, sabun / serbuk pencuci pakaian dan pencuci lantai).

*Setiap produk yang lulus akan dipaparkan dengan label “MyKasih” pada rak tanda harga.

SEMAKAN MYKASIH OKTOBER 2025

Status kelayakan dan baki bayaran Bantuan MyKasih pada bulan Oktober boleh disemak secara online seperti panduan berikut :

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih
  2. Masukkan Maklumat Peribadi
    • Masukkan nombor Kad Pengenalan pada ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-) dan tanpa jarak.
  3. Semak Status Kelayakan dan Bayaran MyKasih
    • Status kelayakan dan baki bayaran MyKasih bulan Oktober akan dipaparkan.

Atau anda boleh guna buat semakan melalui aplikasi MyKasih yang boleh dimuat turun secara percuma melalui Google Play Store / Apple App Store / Huawei App Gallery.

SENARAI KEDAI TERPILIH MYKASIH OKTOBER

Kini terdapat lebih 7,300 kedai runcit, pasar raya dan pasar mini yang berdaftar dan menyokong pembayaran guna Bantuan MyKasih. Antaranya ialah :

  • Lotus;
  • Giant;
  • Mydin;
  • 99 Speedmart;
  • TF Mart;
  • WL.

CARA GUNA MYKASIH

Individu yang disahkan layak boleh menggunakan Bantuan MyKasih untuk beli barang keperluan mengikut cara mudah seperti berikut :

  1. Kunjungi kedai runcit / pasar raya / pasar mini terdekat anda.
  2. Pilih barang keperluan asas yang ingin dibeli.
  3. Pergi ke kaunter yang mempunyai sistem bayaran MyKasih.
  4. Berikan MyKad kepada juruwang untuk sahkan bayaran.
  5. Resit pembelian akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.

SOALAN LAZIM MYKASIH

  1. Bilakah bayaran Bantuan MyKasih bulan Oktober?
    • Bayaran Bantuan MyKasih pada bulan Oktober adalah bermula pada 1 Oktober 2025 (Rabu).
  2. Adakah Bantuan MyKasih dikreditkan sekali sahaja?
    • Bantuan MyKasih dikreditkan pada setiap bulan kepada 5.4 juta penerima yang layak.
  3. Adakah baki Bantuan MyKasih bulan Oktober yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan seterusnya?
    • Ya, baki yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama kredit semasa.
  4. Bilakah tarikh akhir boleh guna Bantuan MyKasih?
    • Penerima yang layak disarankan menggunakan Bantuan MyKasih sepenuhnya sebelum 31 Disember 2025.
  5. Bolehkah Bantuan MyKasih dipindah milik ke MyKad orang lain?
    • Tidak boleh dipindah milik kepada MyKad orang lain.

INFO LANJUT

Segala informasi dalam artikel ini berkaitan Bantuan SARA MyKasih adalah dirujuk sepenuh daripada Portal Rasmi MyKasih. Untuk info yang lebih lanjut, sila rujuk di bawah :

Leave a Comment