SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA : SEMAKAN STATUS MYKASIH 2025

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA : SEMAKAN STATUS MYKASIH 2025

SARA MyKasih atau rasminya Sumbangan Asas Rahmah adalah merupakan salah satu program bantuan kewangan tambahan yang disediakan oleh Kerajaan MADANI dengan menumpukan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana (B40 dan M40). Menerusi sistem MyKasih, penerima dapat memantau status dan mengakses bayaran dalam Mykad.

Kami akan berkongsikan maklumat lebih terperinci berkaitan Bantuan SARA MyKasih, cara semakan, senarai barang dan banyak lagi maklumat penting di bawah.

BACA JUGA : CARA SEMAKAN BANTUAN IC (2025)

TARIKH & TEMPOH SAH BANTUAN SARA

Bantuan SARA MyKasih RM100 telah dikreditkan secara automatik sekaligus dalam MyKad 22 juta rakyat bermula 31 Ogos 2025.

🗓️ Tempoh Sah Bantuan SARA RM100 :

  • ✅ 31 Ogos 2025 : Bantuan dikreditkan dan boleh terus digunakan.
    • Penerima boleh menggunakannya pada bila-bila masa di mana-mana kedai terpilih seluruh Malaysia.
  • ❌ 31 Disember 2025 : Bantuan tamat tempoh dan tidak boleh digunakan lagi.
BANTUAN SARA MYKASIH

Nota Penting Bantuan SARA RM100 :

🔔 Gunakan Bantuan SARA sepenuhnya sebelum 31 Disember 2025 kerana baki yang ada dalam MyKad tidak akan dibawa ke tahun berikutnya.

❌ Bantuan SARA yang dikreditkan dalam MyKad tidak boleh buat pengeluaran secara tunai dan penerima perlu membeli barang secara tanpa tunai sahaja.

⏳ Kredit sah digunakan dari 31 Ogos 2025 hingga 31 Disember 2025.

📄 Simpan resit pembelian sebagai bukti transaksi.

BANTUAN SARA

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA

Untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA RM100 One-off, sila layari pautan portal rasmi https://www.sara.gov.my/ gunakan penyemak kelayakan dan masukkan maklumat MyKad pada ruangan yang disediakan.

Penerima yang layak mestilah memenuhi syarat berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas;
  • Tersenarai dalam pangkalan data Kerajaan seperti eKasih;
  • Tergolong dalam kumpulan pendapatan B40.

Kredit RM100 hanya boleh digunakan untuk beli barangan keperluan asas yang diluluskan dan tidak boleh dikeluarkan dalam bentuk tunai.

SEMAK KATEGORI BARANG YANG DILULUSKAN

Bantuan SARA yang dikreditkan dalam MyKad hanya boleh digunakan untuk beli barang keperluan asas yang diluluskan mengikut kategori berikut :

KATEGORI BARANGJENIS BARANG
BerasJenama beras bungkusan
(cth : Jati, Jasmine)
TelurTelur ayam
(Gred A – C)
RotiRoti putih, roti gandum,
roti sandwich
Minyak masakMinyak sawit, minyak sayuran
BiskutBiskut kering, biskut berkrim
Mi segeraMi segera dalam cawan,
mi segera dalam bungkusan
TepungTepung gandum untuk memasak
MinumanKopi, milo, susu tepung, teh
Bahan PerasaGula, garam, sos, rempah ratus
Makanan dalam tinSardin, tuna, kacang panggang
Barang penjagaan diriUbat gigi, tuala wanita,
sabun mandi
Ubat-ubatanPanadol, ubat batuk
Keperluan sekolahAlat tulis, pakaian seragam,
kasut sekolah
Barang kebersihan rumahSabun pencuci pinggan,
pencuci pakaian, pencuci rumah

KATEGORI PENERIMA BANTUAN SARA

Berikut merupakan kategori penerima yang layak terima Bantuan SARA setiap bulan 2025 :

  • Isi Rumah (STR & eKasih) : Keluarga yang berdaftar eKasih dan layak terima Bantuan STR.
  • Warga Emas Tiada Pasangan (STR & eKasih) : Individu 60 tahun ke atas yang berdaftar eKasih dan layak Bantuan STR.
  • Bujang (STR & eKasih) : Individu 21 hingga 59 tahun yang berdaftar eKasih dan layak terima Bantuan STR.
  • Isi Rumah (STR sahaja) : Keluarga yang terima Bantuan STR.
  • Warga Emas Tiada Pasangan (STR sahaja) : Individu umur 60 tahun ke atas layak terima Bantuan STR.

SEMAK KELAYAKAN BANTUAN SARA

Untuk ketahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA, anda boleh membuat semakan status secara online melalui Portal Rasmi MyKasih dan aplikasi MyKasih seperti berikut :

Semak Kelayakan Di Portal Rasmi

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih
  2. Masukkan maklumat peribadi
    • Isikan ruangan yang disediakan dengan nombor MyKad tanpa jarak dan tanpa sengkang.
  3. Semak status dan baki bantuan
    • Status kelayakan dan baki Bantuan SARA akan dipaparkan.

Semak Kelayakan Di Aplikasi

Anda juga boleh menyemak status kelayakan dan baki Bantuan SARA melalui aplikasi MyKasih yang boleh dimuat turun secara percuma di Google Play Store, Apple App Store dan Huawei App Gallery.

JADUAL BAYARAN BANTUAN SARA

Berikut merupakan jadual bayaran Bantuan SARA setiap bulan bagi tahun 2025 :

KATEGORI
PENERIMA
BAYARAN
JAN – MAC
BAYARAN
APR – DIS
Isi Rumah
STR & eKasih
RM100RM200
Warga Emas
STR & eKasih
RM100RM150
Bujang
STR & eKasih
RM50RM50
Isi Rumah
STR Sahaja
RM100
Warga Emas
STR sahaja
RM50
*Nota : Pembayaran Bantuan SARA biasanya dikreditkan pada setiap 1 hari bulan pada setiap bulan.

CARA GUNA BANTUAN SARA

Setelah anda menerima bayaran Bantuan SARA dalam MyKad, ikuti cara guna seperti berikut :

  1. Kunjungi kedai yang berdaftar Bantuan SARA seperti :
    • Mydin, Giant, Econsave, Lotus dan sebagainya berdekatan anda.
  2. Pilih barangan yang mempunyai label SARA MyKasih pada rak tanda harga.
  3. Pergi ke kaunter yang mempunyai sistem bayaran SARA MyKasih.
  4. Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan bayaran.
  5. Resit bayaran akan diberikan untuk rujukan baki.

MAKLUMAT LANJUT

Maklumat-maklumat yang kami kongsikan dalam artikel ini berkaitan Bantuan SARA adalah dirujuk sepenuhnya daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

Leave a Comment