CARA SEMAKAN BANTUAN IC (MYKASIH 2025)
Bantuan IC dilaksanakan dibawah program MyKasih yang merupakan satu bentuk inisiatif tanpa tunai yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia yang disasarkan kepada golongan berpendapatan rendah seperti B40 dan M40. Melalui sistem MyKasih, penerima boleh buat semakan status dan baki Bantuan dalam IC.
Dalam artikel ini, kami akan kongsikan cara semakan Bantuan IC dan maklumat bayaran lebih terperinci supaya anda lebih faham tentang bantuan ini.
BACA JUGA : CARA SEMAK STATUS MYKASIH (SARA)
APA ITU BANTUAN IC?
Bantuan IC adalah merupakan sebuah program Bantuan MyKasih yang rasminya Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi tujuan membantu golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan keperluan asas melalui bayaran dengan hanya menggunakan IC sahaja.
Kerajaan Malaysia mengkreditkan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam IC penerima adalah supaya penerima dapat menampung kos perbelanjaan barang keperluan dengan mudah tanpa perlu buat pengeluaran tunai.
Program Bantuan IC (SARA MyKasih) ini telah berjaya membantu ribuan keluarga dan individu bujang sejak pelancarannya pada tahun 2023 dan diteruskan dengan perluaskan bilangan penerima pada setiap tahun.
TEMPOH SAH BANTUAN IC
Pengkreditan Bantuan IC RM100 (one-off) adalah secara automatik dikreditkan bermula pada 31 Ogos 2025.
๐ Garis Masa Bantuan IC RM100 (One-off) :
- 31 Ogos 2025 : Bantuan mula dikreditkan dalam IC dan boleh digunakan pada bila-bila masa.
- 31 Disember 2025 : Tarikh tamat sah guna Bantuan IC dan tidak boleh digunakan pada tahun berikutnya.

Nota Penting :
๐ Gunakan Bantuan IC sepenuhanya sebelum 31 Disember 2025.
โ Pengeluaran tunai dari IC adalah tidak dibenarkan (penerima hanya perlu gunakan untuk beli barang guna IC sahaja).
โณ Kredit sah digunakan bermula 31 Ogos 2025 hingga 31 Disember 2025 sahaja.
๐ Setiap resit pembelian guna IC perlu disimpan untuk rujukan bukti transaksi.

SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN IC
Kelayakan penerima Bantuan IC RM100 (One-off) boleh disemak melalui pautan rasmi : https://www.sara.gov.my/ dengan klik pada bahagian ‘Semak Kelayakan’ dan memasukkan nombor IC.
Penerima Bantuan IC RM100 mestilah yang memenuhi kelayakan berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas;
- Tiada had pendapatan.
Namun, kelayakan penerima Bantuan IC setiap bulan ditetapkan sebagai penerima STR dan berdaftar dengan eKasih sebagai penerima miskin dan miskin tegar.
SEMAK KATEGORI BARANG YANG DILULUSKAN
Terdapat 14 kategori barang keperluan asas yang diluluskan boleh beli dengan menggunakan Bantuan IC, Berikut merupakan kategori barang-barang yang diluluskan :
- ๐ Beras :
- Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
- ๐ Roti :
- Gardenia / Massimo / Mighty White dan sebagainya.
- ๐ฅ Telur :
- Nutriplus / QL eggs / CP dan sebagainya.
- ๐ซ Minyak Masak :
- Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit dan sebagainya.
- ๐พ Tepung :
- Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey dan sebagainya.
- ๐ช Biskut :
- Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng dan sebagainya.
- ๐ Mi segera :
- Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap dan sebagainya.
- โ Minuman :
- Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf dan sebagainya.
- ๐ฅซ Makanan dalam tin :
- Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup dan sebagainya.
- ๐ง Bahan perasa :
- Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta dan sebagainya.
- ๐งผ Produk kebersihan :
- Colgate / Dettol / Kotex dan sebagainya.
- ๐ Ubat-ubatan :
- Prospan / Hurix’s / Panadol / Sterimar / Difflam dan sebagainya.
- โ๏ธ Barangan persekolahan :
- Bata / Canggih / Stabilo / Faber-Castell / Staedtler dan sebagainya.
- ๐ฝ Produk kebersihan rumah (Kategori baharu) :
- Top / Daia / Sunlight dan sebagainya.
KATEGORI PENERIMA BANTUAN IC BULANAN
Berikut pula merupakan kategori penerima Bantuan IC setiap bulan :
- Kategori Isi Rumah :
- Isi Rumah yang merupakan penerima STR dan tersenarai dalam data eKasih.
- Isi Rumah yang merupaka penerima STR sahaja.
- Kategori Warga Emas Tiada Pasangan :
- Individu Warga Emas yang merupakan penerima STR dan tersenarai dalam data eKasih.
- Individu Warga Emas yang layak terima Bantuan STR.
- Kategori Bujang :
- Individu bujang yang layak terima Bantuan STR dan tersenarai dalam data eKasih.
CARA SEMAKAN BANTUAN IC
Semakan status kelayakan Bantuan IC boleh dilakukan melalui dua (2) cara, iaitu :
- Semakan Bantuan IC melalui Portal Rasmi MyKasih :
- Layari Portal Rasmi MyKasih
- Klik pautan Portal Semakan Rasmi MyKasih di sini : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Masukkan Maklumat Peribadi
- Masukkan nombor IC pada ruangan yang disediakan tanpa jarak dan tanpa sengkang (-).
- Semak Status Kelayakan dan Baki Bantuan
- Status kelayakan dan baki Bantuan IC akan dipaparkan mengikut kelayakan setiap kategori penerima.
- Layari Portal Rasmi MyKasih
- Semakan Bantuan IC melalui Aplikasi MyKasih :
- Anda juga boleh menyemak status kelayakan dan baki Bantuan IC dengan memuat turun aplikasi MyKasih melalui Google Play Store / Apple App Store / Huawei App Gallery.
JADUAL BAYARAN BANTUAN IC
Pembayaran Bantuan Dalam IC penerima yang layak pada setiap bulan adalah mengikut jadual berikut :
KATEGORI PENERIMA | BAYARAN JAN-MAC | BAYARAN APR-DIS | BAYARAN 2025 |
---|---|---|---|
Isi Rumah (STR & eKasih) | RM100 | RM200 | RM2,100 |
Warga Emas (STR & eKasih) | RM100 | RM150 | RM1,650 |
Bujang (STR & eKasih) | RM50 | RM50 | RM600 |
Isi Rumah (STR sahaja) | – | RM100 | RM900 |
Warga Emas (STR sahaja) | – | RM50 | RM450 |
CARA GUNA BANTUAN IC
Penerima yang layak boleh menggunakan Bantuan IC mengikut panduan berikut :
- Pergi ke pasar raya / pasar mini / kedai runcit yang berdaftar MyKasih (rujuk di sini : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list).
- Pilih barang keperluan yang ingin dibeli.
- Pergi ke kaunter yang terima bayaran MyKasih guna IC.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk imbas kelayakan dan sahkan bayaran.
- Simpan resit yang diberikan untuk bukti transaksi.
KESIMPULAN
Program Bantuan IC (SARA MyKasih) yang disediakan ini adalah langkah yang penting oleh Kerajaan untuk membantu rakyat-rakyat supaya dapat menampung kos sara hidup dari semasa ke semasa. Dengan sistem semakan yang mudah, senarai barang dan maklumat lain dapat difahami oleh rakyat dengan mudah.
Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk pihak berwajib di sini : https://mykasih.com.my/.