SEMAKAN PEMBAYARAN SARA (2025 MYKASIH)

SEMAKAN PEMBAYARAN SARA (2025 MYKASIH)

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dilaksanakan secara bulanan membantu golongan berpendapatan rendah dalam mengurangkan beban kos sara hidup serta menampung perbelanjaan barangan keperluan asas bulanan.

Bagaimanakah semakan pembayaran sara? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAKAN BAYARAN MYKASIH (2025 BANTUAN SARA)

SEMAKAN PEMBAYARAN SARA

APA ITU SARA?

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) atau MyKasih ialah inisiatif bantuan kerajaan Madani kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang memerlukan (B40 dan M40) dimana kelayakan penerima adalah berdasarkan penerima STR 2025

Pelaksanaan bantuan membolehkan penerima untuk :

  • Mendapatkan bantuan secara bulanan;
  • Melalui pengkreditan terus ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima;
  • Digunakan untuk pembelian barangan asas.

SYARAT KELAYAKAN

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
    • Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
  3. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
    • Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

JADUAL PEMBAYARAN SARA

Amaun bantuan SARA 2025 yang disalurkan dalam MyKad penerima yang layak adalah seperti berikut:

  • Lulus STR & BERSTATUS eKasih
KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN
BAYARAN SETAHUN
KADAR BAYARAN
SETIAP BULAN
Isi Rumah RM2,100RM100 (Januari – Mac)
RM200 (April – Disember)
Warga Emas Tiada PasanganRM1,650RM100 (Januari – Mac)
RM150 (April – Disember)
BujangRM600RM50 (Januari – Disember)
  • Lulus STR Sahaja (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN
BAYARAN SETAHUN
KADAR BAYARAN
SETIAP BULAN
Isi Rumah RM900RM100 (April – Disember)
Warga Emas Tiada PasanganRM450RM50 (April – Disember)

TARIKH KREDIT & TEMPOH SAH

Pengkreditan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah seperti berikut :

  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) & Berstatus eKasih : Bermula Januari sehingga Disember 2025
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Sahaja : Bermula April sehingga Disember 2025.
  • Tarikh Luput : 31 Disember 2025.

SEMAKAN PEMBAYARAN SARA

Status Kelayakan Penerima boleh disemak secara online seperti berikut :

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2025
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula : 1/04/2025
    • Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
    • Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
  9. Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
  10. Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
  11. ⁠Selesai.

KEDAI RUNCIT MENERIMA PEMBAYARAN SARA

Penerima boleh dapatkan barangan asas di lebih daripada 7,300 kedai berdaftar di seluruh Malaysia yang berdaftar MyKasih termasuk kedai runcit dan pasar raya besar seperti:

  • Mydin;
  • Giant;
  • Econsave;
  • 99 Speedmart;
  • Lotus Stores (Tesco).

Untuk melihat senarai penuh kedai yang terdaftar, anda boleh rujuk https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list

SENARAI BARANGAN SARA

Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 14 kategori produk yang diluluskan di bawah Program SARA seperti:

  • Produk Kebersihan: Colgate / Kotex / Detol
  • Ubat-ubatan: Prospan / Difflam / Hurix’s / Panadol / Sterimar
  • Barangan Sekolah : Stabilo / Faber-Castle / Bata / Staedtler / Canggih
  • Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya
  • Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White
  • Telur : Nutriplus / QL eggs / CP
  • Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
  • Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
  • Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
  • Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
  • Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
  • Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / TC Boy / King Cup
  • Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta
  • Produk Kebersihan Rumah: Sabun Pencuci / Pencuci Lantai / Pencuci Pinggan

CARA GUNA BANTUAN SARA

Penerima boleh menggunakan kredit bantuan untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:

  1. Bawa MyKad dan Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
  2. Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Barangan Keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  6. Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
  7. Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) SARA

Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SARA 2025:

  1. Bagaimana cara buat semakan pembayaran SARA?
    • Semakan pembayaran boleh dibuat secara online di portal rasmi SARA.
  2. Berapa jumlah bantuan SARA setiap bulan?
    • Jumlah kelayakan bayaran MyKasih adalah bergantung kepada kategori penerima. Kadar yang diberikan kepada penerima adalah antaran RM50 sehingga RM200 setiap bulan.
  3. Bila tarikh bayaran SARA dikreditkan?
    • Pengkreditan bayaran setiap 1 hari bulan sehingga Disember 2025.
  4. Adakah baki boleh dibawa ke bulan seterusnya?
    • Ya. Baki yang tidak digunakan boleh dibawa ke bulan seterusnya dan SAH sehingga 31 Disember 2025.
  5. Siapa yang layak menerima pembayaran SARA?
    • Kelayakan adalah secara automatik kepada penerima yang memenuhi syarat kelayakan bantuan.

INFO LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

Leave a Comment