CARA SEMAKAN BANTUAN MYKAD (2025 MYKASIH SARA)

CARA SEMAKAN BANTUAN MYKAD (2025 MYKASIH SARA)

MyKad rakyat Malaysia dicipta khas dapat digunakan untuk menerima bantuan dan boleh digunakan sebagai kad untuk bayaran tanpa tunai (cashless) di kedai-kedai yang berdaftar seluruh Malaysia. Namun, hanya rakyat yang terpilih layak sahaja boleh menerima dan menggunakan Bantuan MyKad setiap bulan.

Artikel ini akan menerangkan cara semakan dan maklumat-maklumat bayaran Bantuan MyKad lebih lanjut.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN LESEN PERCUMA – SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

APA ITU BANTUAN MYKAD?

Bantuan MyKad adalah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di bawah program MyKasih yang disalurkan secara tanpa tunai (cashless) melalui pengkreditan dalam MyKad bagi memenuhi keperluan asas bulanan bagi meringankan bebanan kewangan rakyat.

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih yang dikreditkan dalam MyKad bukan sahaja memudahkan rakyat, namun ianya juga dapat mengurangkan tekanan kewangan dan memastikan wang tersebut boleh digunakan untuk beli barang keperluan dan bukan untuk tujuan lain.

TARIKH & TEMPOH SAH BANTUAN MYKAD

Bermula 31 Ogos 2025, Bantuan RM100 telah dikreditkan dalam MyKad 22 juta penerima.

📆 Tempoh Masa Bantuan MyKad RM100

  • 31 Ogos 2025 : Bantuan dikreditkan dalam MyKad dan boleh digunakan.
  • 31 Disember 2025 : Bantuan tamat digunakan (baki tidak akan dibawa ke tahun seterusnya).

*Bantuan RM100 dalam MyKad boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja.

BANTUAN MYKAD

Nota Penting :

  • 🔔 Penerima perlu menggunakan Bantuan MyKad sepenuhnya sebelum 31 Disember 2025 (Baki dalam MyKad tidak akan dibawa ke tahun berikutnya.
  • ❌ Pengeluaran tunai dari MyKad tidak dibenarkan dan penerima hanya perlu guna untuk beli barang keperluan tanpa tunai.
  • ⏳ Kredit Bantuan dalam MyKad saha digunakan dari 31 Ogos 2025 hingga 31 Disember 2025.
  • 📄 Resit yang diberikan bagi setiap pembelian guna Bantuan Mykad perlu disimpan untuk bukti transaksi.
BANTUAN MYKAD

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKAD

Untuk ketahui kelayakan sebagai penerima Bantuan MyKad, layari laman rasmi https://www.sara.gov.my/ dan gunakan penyemak kelayakan dengan memasukkan nombor MyKad pada ruangan yang disediakan.

Penerima Bantuan MyKad mestilah :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas;
  • Tersenarai dalam pengkalan data Kerajaan seperti eKasih;
  • Tergolong dalam kumpulan pendapatan B40.

Kredit Bantuan MyKad RM100 hanya boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan yang diluluskan dan tidak boleh dikeluarkan dalam bentuk tunai.

SENARAI KATEGORI BARANG BOLEH BELI GUNA BANTUAN MYKAD

Bantuan yang dikreditkan dalam MyKad khas digunakan untuk beli barangan keperluan asas. Berikut merupakan antara kategori barang yang boleh beli guna Bantuan MyKad :

BIL.KATEGORI BARANGJENAMA YANG LULUS
1.BerasJasmine / Jati, Bernas / Faiza /
Cap Rambutan dan sebagainya
2.TelurNutriplus / QL eggs / CP
3.RotiGardenia / Massimo / Mighty White
dan sebagainya
4.Minyak masakSri Murni / Saji / Alif / Daisy /
Buruh / Knife / Vesawit
5.BiskutJulies / Tiger / Muchys / Chipsmore /
Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng dan sebagainya
6.Mi SegeraIndo Mie / Mamee / Maggi /
Cintan / Mi Sedap dan sebagainya
7.TepungCap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros /
Bluekey dan sebagainya
8.MinumanTea Boh / Milo / Dutch Lady /
F&N / Nescafe / Horlicks / Vico
/ Marigold / Quacker / Fernleaf
dan sebagainya
9.Bahan PerasaSos Puteri / Kimball / Life /
Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin /
Maggi / Faiza / Planta dan sebagainya
10.Makanan dalam tinAyam Brand / Yoes / Adabi /
Kimball / TC Boy / King Cup
dan sebagainya
11.Barang penjagaan diriColgate / Dettol / Kotex /
Dove dan sebagainya
12.Ubat-ubatanProspan / Hurix’s / Panadol /
Sterimar / Difflam dan sebagainya
13.Barang sekolahFaber-Castell / Staedtler /
Stabillo dan sebagainya
14.Barang kebersihan
rumah
Top / Daia / Sunlight / Ajax
dan sebagainya

KATEGORI PENERIMA BANTUAN MYKAD

Berikut adalah kategori-kategori penerima yang layak menerima Bantuan MyKad 2025 :

  • Isi Rumah Daftar STR & eKasih :
    • Keluarga yang merupakan penerima STR dan tersenarai dalam rekod data eKasih.
  • Warga Emas Tiada Pasangan Daftar STR & eKasih :
    • Individu warga emas yang layak terima STR dan tersenarai dalam rekod data eKasih.
  • Bujang Daftar STR & eKasih :
    • Individu bujang yang layak terima STR dan tersenarai dalam rekod data eKasih.
  • Isi Rumah Daftar STR sahaja :
    • Keluarga yang layak terima STR sahaja.
  • Warga Emas Tiada Pasangan Daftar STR sahaja :
    • Individu warga emas yang layak terima STR sahaja.

CARA SEMAKAN BANTUAN MYKAD

Bagi yang ingin mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan MyKad, ikuti panduan cara semakan secara online seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih
  2. Masukkan Nombor MyKad
    • Masukkan nombor MyKad anda tanpa jarak dan sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  3. Semak Status Kelayakan dan Baki Bantuan
    • Status kelayakan dan baki Bantuan MyKad akan dipaparkan berdasarkan kelayakan penerima.

TARIKH & JADUAL

Setiap kategori akan terima bayaran Bantuan MyKad mengikut jadual berikut :

KATEGORI
PENERIMA
BAYARAN
JAN – MAC
BAYARAN
APR – DIS
Isi Rumah STR & eKasihRM100RM200
Warga Emas STR & eKasihRM100RM150
Bujang STR & eKasihRM50RM50
Isi Rumah STR SahajaRM100
Warga Emas STR SahajaRM50
  • 15/01/2025 (Rabu)
  • 01/02/2025 (Sabtu)
  • 01/03/2025 (Sabtu)
  • 01/04/2025 (Selasa)
  • 01/05/2025 (Khamis)
  • 01/06/2025 (Ahad)
  • 01/07/2025 (Selasa)
  • 01/08/2025 (Jumaat)
  • 01/09/2025 (Isnin)
  • 01/10/2025 (Rabu)
  • 01/11/2025 (Sabtu)
  • 01/12/2025 (Isnin)

KEDAI BOLEH GUNA BANTUAN MYKAD

Kini terdapat lebih 7,300 kedai runcit, pasar raya dan pasar mini yang berdaftar di bawah Program Mykasih yang boleh beli barang guna Bantuan MyKad. Berikut merupakan beberapa premis yang berdaftar :

  • Mydin;
  • Giant;
  • 99 Speedmart;
  • Econsave;
  • KK Supermart.

CARA GUNA BANTUAN MYKAD

Penerima yang layak boleh menggunakan Bantuan MyKad seperti berikut :

  • Kunjungi kedai runcit / pasar mini / pasar raya yang berdaftar MyKasih.
  • Pilih barang keperluan asa yang ingin dibeli berdasarkan senarai yang dibenarkan.
  • Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan bayaran.
  • Dapatkan resit untuk bukti transaksi.

MAKLUMAT LANJUT

Kesemua maklumat-maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah dirujuk daripada Portal rasmi MyKasih bagi memudahkan carian orang ramai berkaitan Bantuan MyKad. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila rujuk :

Leave a Comment