CARA CHECK STATUS MYKASIH (2025 BANTUAN)

CARA CHECK STATUS MYKASIH (2025 BANTUAN)

MyKasih ialah satu program bantuan tanpa tunai (Sumbangan Asas Rahmah) yang disalurkan oleh Kerajaan Malaysia untuk memenuhi keperluan asas golongan berpendapatan rendah seperti B40 dan M40. Melalui sistem ini, penerima boleh menyemak status MyKasih secara online untuk memantau status dan baki MyKasih dalam kad MyKad.

Teruskan membaca artikel ini di bawah untuk mengetahui maklumat lebih terperinci berkaitan Bantuan MyKasih 2025, cara check status, senarai barang terbaru dan maklumat penting yang lain.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN RM100 SEBULAN – SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

KREDIT & TEMPOH SAH MYKASIH

Bantuan MyKasih RM100 (One-off) telahpun dikreditkan dalam MyKad 22 juta penerima yang layak secara automatik bermula 31 Ogos 2025.

🗓️ Garis Masa SARA MyKasih RM100 (One-off)

  • 31 Ogos 2025 : Bantuan SARA MyKasih RM100 dikreditkan dan boleh digunakan ✅
  • Boleh semak kelayakan dan gunakan kredit RM100 pada bila-bila masa di premis terpilih seluruh Malaysia (1 – 31 Disember 2025).
  • 31 Disember 2025 : Bantuan SARA MyKasih tamat tempoh dan tidak boleh digunakan.
MYKASIH
  • 🔔 Gunakan Bantuan MyKasih dalam MyKad sepenuhnya sebelum 31 Disember 2025 kerana baki tidak akan dibawa ke tahun berikutnya.
  • ❌ Tidak dibenarkan membuat pengeluaran tunai dan penerima hanya boleh menggunakan Bantuan MyKasih guna MyKad di kedai-kedai terpilih sahaja.
  • ⏳ Kredit sah digunakan dari 31 Ogos 2025 sehingga 31 Disember 2025 sahaja.
  • 📄 Simpan resit setiap pembelian untuk bukti transaksi kredit MyKasih.
CHECK STATUS MYKASIH

CHECK KELAYAKAN MYKASIH

Layari laman SARA MyKasih https://www.sara.gov.my/ klik pada [Semak Kelayakan] dan masukkan nombor MyKad anda.

Penerima SARA MyKasih mestilah berkelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Tersenarai dalam pangkalan data kerajaan seperti eKasih.
  • Tergolong dalam kumpulan pendapatan rendah (B40 dan M40).

CHECK 14 KATEGORI BARANG MYKASIH

Bantuan SARA MyKasih yang dikreditkan dalam MyKad setiap bulan / one-off boleh digunakan untuk beli barang-barang keperluan berdasarkan kategori yang ditetapkan. Berikut merupakan 14 kategori barang MyKasih yang diluluskan :

BIL.KATEGORI
BARANG
CONTOH BARANG
1.BerasBeras bungkusan
(Jati, Jasmine dan lain-lain)
2.TelurTelur ayam
Gred A-C
3.RotiRoti putih,
roti gandum,
roti sandwich
4.Minyak masakMinyak sawit,
minyak sayuran
5.BiskutBiskut krim,
biskut kering
6.Mi SegeraMi segera cawan
atau
bungkusan
7.TepungTepung gandum
untuk memasak
8.MinumanMilo,
Kopi,
teh,
susu tepung
9.Bahan perasaGula,
garam,
sos,
rempah ratus
10.Makanan dalam tinTuna,
sardin,
kacang panggang
11.Barang penjagaan diriUbat gigi,
tuala wanita,
sabun mandi,
shampoo
12.Ubat tanpa preskripsiPanadol,
ubat batuk
13.Keperluan sekolahAlat tulis,
pakaian seragam,
kasut sekolah
14.Barang kebersihan rumahSabun pencuci pakaian,
pencuci pinggan,
pencuci lantai

APA ITU MYKASIH?

MyKasih adalah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dilaksanakan oleh Kerajaan MADANI bertujuan untuk membantu golongan kurang berkemampuan mendapatkan keperluan asas melalui pembayaran yag terus dikreditkan dalam MyKad.

Bantuan MyKasih bukan sahaja mengurangkan tekanan kewangan, malah juga dapat menampung keperluan asas keluarga pada setiap bulan dan sepanjang tahun 2025.

KATEGORI PENERIMA MYKASIH

Berikut merupakan kategori penerima yang layak terima Bantuan MyKasih 2025 :

  • Penerima MyKasih Setiap Bulan :
    • Isi Rumah (STR & eKasih) : keluarga yang merupakan penerima STR dan berdaftar dalam sistem eKasih.
    • Warga Emas Tiada Pasangan (STR & eKasih) : Individu yang merupakan penerima STR dan berdaftar dalam sistem eKasih.
    • Bujang (STR & eKasih) : Individu bujang yang layak terima STR da berdaftar dalam sistem eKasih.
    • Isi Rumah (STR sahaja) : Keluarga yang merupakan penerima STR.
    • Warga Emas Tiada Pasangan (STR sahaja) : Individu yang layak terima STR.
  • Penerima MyKasih One-Off :
    • Semua penerima MyKasih setiap bulan (Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang).
    • Rakyat Malaysia 18 tahun dan ke atas.

CARA CHECK STATUS MYKASIH

Untuk mengetahui status kelayakan Bantuan MyKasih, berikut adalah panduan cara check status MyKasih online :

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih
  2. Masukkan Maklumat Peribadi
    • Masukkan nombor MyKad dengan tepat dan lengkapkan kod Captcha.
  3. Check Status dan Baki Bantuan
    • Sistem akan memaparkan status kelayakan, jumlah bantuan yang diterima dan baki yang ada dalam MyKad.

CHECK STATUS MYKASIH MELALUI APLIKASI

Penerima boleh juga check status melalui aplikasi dengan memuat turun aplikasi MyKasih dari Google Play Store untuk kemudahan check status dari telefon bimbit. Aplikasi MyKasih menyediakan antara muka yang mudah dan kemas untuk memantau baki dan lokasi kedai berdaftar.

JADUAL BAYARAN MYKASIH

Berikut adalah jadual pembayaran Bantuan MyKasih bulanan untuk tahun 2025 :

KATEGORI
PENERIMA
BAYARAN
JAN – MAC
BAYARAN
APR – DIS
Isi Rumah STR & eKasihRM100 sebulanRM200 sebulan
Warga Emas STR & eKasihRM100 sebulanRM150 sebulan
Bujang STR & eKasihRM50 sebulanRM50 sebulan
Isi Rumah STR sahajaRM100 sebulan
Warga Emas STR sahajaRM50 sebulan

*Nota : Pembayaran biasanya dikreditkan pada setiap 1 hari bulan pada setiap bulan ke dalam MyKad penerima.

KEDAI BERDAFTAR MYKASIH

Penerima yang layak boleh menggunakan Mykasih di lebih 7,300 kedai berdaftar MyKasih seluruh Malaysia. Antara kedai yang berdaftar adalah :

  • Mydin.
  • Giant.
  • 99 Speedmart.
  • Econsave.
  • KK Supermart.

*Setiap kedai yang berdaftar mempunyai sistem MyKasih yang bersepadu.

CARA MENGGUNAKAN MYKASIH

Setelah Bantuan MyKasih dikreditkan dalam MyKad, penerima yang layak boleh menggunakannya seperti berikut :

  1. Pergi ke kedai runcit / pasar raya / pasar mini yang berdaftar menyokong program MyKasih.
  2. Pilih barangan keperluan yang tersenarai MyKasih.
  3. Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan bayaran.
  4. Resit akan diberikan sebagai bukti transaksi.

RUJUKAN LANJUT

Semua maklumat yang ditulis dalam artikel ini adalah dirujuk sepenuhnya dari Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan lanjut berkaitan Bantuan SARA MyKasih, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

Leave a Comment