SEMAKAN BANTUAN RM100 SEBULAN – 2025 SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SEMAKAN BANTUAN RM100 SEBULAN – 2025 SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Sebulan sekali Bantuan RM100 akan dikreditkan secara tanpa tunai melalui kad pengenalan bermula pada bulan April 2025 sehingga bulan Disember 2025 bagi membantu meringankan bebanan kewangan rakyat terutamanya ketua isi rumah untuk memenuhi keperluan asas keluarga.

Ikuti cara semakan status penerima dan maklumat lanjut Bantuan RM100 sebulan di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN DI DALAM MYKAD – SEMAKAN STATUS

SEMAKAN BANTUAN RM100 SEBULAN

PENGENALAN BANTUAN RM100 SEBULAN

Bantuan RM100 sebulan dikreditkan ialah sebuah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang merupakan bantuan tambahan tanpa tunai yang dikreditkan terus ke dalam akaun Kad Pengenalan (MyKad) penerima yang layak supaya dapat digunakan untuk beli barang-barang keperluan.

Namun, Bantuan RM100 yang dikreditkan setiap bulan akan dibawa ke bulan seterusnya sekiranya tidak digunakan atau mempunyai baki lebihan pada bulan tersebut. Sekiranya jumlah terkumpul selama 9 bulan sebanyak RM900, penerima boleh menggunakannya sekaligus.

SIAPA YANG LAYAK?

Hanya individu yang memenuhi syarat-syarat kelayakan di bawah sahaja terpilih layak untuk menerima Bantuan RM100 sebulan oleh Kerajaan :

  • Warganegara Malaysia;
  • Ketua Isi Rumah (KIR);
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan;
  • Lulus permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 (kategori isi rumah);
  • Tidak tersenarai dalam data e-Kasih.

JADUAL KREDIT BANTUAN RM100 SEBULAN

Setiap bulan, Bantuan RM100 akan dikreditkan terus ke dalam Kad Pengenalan penerima yang layak. Berikut merupakan jadual pengkreditan Bantuan RM100 sebulan :

TARIKH KREDITJUMLAH BANTUAN
1 April 2025RM100
1 Mei 2025RM100
1 Jun 2025RM100
1 Julai 2025RM100
1 Ogos 2025RM100
31 Ogos 2025
(tambahan)
RM100
1 September 2025RM100
1 Oktober 2025RM100
1 November 2025RM100
1 Disember 2025RM100

SEMAKAN BANTUAN RM100 SEBULAN

Status kelayakan serta baki Bantuan RM100 sebulan boleh disemak secara online sahaja mengikut panduan berikut :

  1. Sila layari pautan Portal Rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Scroll skrin halaman ke bahagian tengah.
  4. Klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
  5. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa jarak dan sengkang (-).
  6. Klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  8. Selesai.

KEGUNAAN BANTUAN RM100 SEBULAN

Sebulan sekali penerima yang layak boleh menggunakan Bantuan RM100 untuk beli barang-barangan keperluan asas. Antara barang keperluan yang boleh dibeli adalah :

  • Barang dapur (Contoh : Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera).
  • Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
  • Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
  • Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
  • Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, sabun cecair mandian dan tuala wanita).
  • Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
  • Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, kasut, beg sekolah dan alat tulis).
  • Produk kebersihan rumah (Contoh : Sabun pencuci pinggan, sabun / serbuk pencuci pakaian dan pencuci lantai).

CARA TEBUS BANTUAN RM100 SEBULAN

Sekiranya anda disahkan ‘Layak’, anda boleh tebus Bantuan RM100 sebulan melalui cara-cara berikut :

  1. Kunjungi kedai runcit / pasar mini / pasar raya yang terpilih (ada label SARA MyKasih).
  2. Pilih barang keperluan asas yang ingin dibeli (rujuk label SARA MyKasih pada rak tanda harga).
  3. Pergi ke kaunter yang mempunyai sistem MyKasih.
  4. Berikan Kad Pengenalan kepada juruwang untuk imbas pengesahan penerima.
  5. Juruwang akan imbas barang-barang yang dipilih.
  6. Tebus dengan menggunakan kad pengenalan.
  7. Resit bayaran akan diberikan.
  8. Selesai.

*Nota : Pembelian hendaklah tidak melebihi kadar Bantuan RM100 sebulan.

SOALAN LAZIM BANTUAN RM100 SEBULAN

  1. Adakah suri rumah juga layak terima Bantuan RM100 sebulan?
    • Bantuan RM100 dikreditkan ke dalam kad pengenalan ketua isi rumah (suami) sahaja.
  2. Bilakah tarikh akhir boleh guna Bantuan RM100 sebulan?
    • Penerima boleh menggunakan Bantuan RM100 sebulan pada bila-bila masa sehingga 31 Disember 2025 sahaja.
  3. Berapakah jumlah terkumpul Bantuan RM100 sebulan sehingga 1 Disember 2025?
    • RM100 sebulan selama 9 bulan bersamaan RM900 dan tambahan RM100 menjadikan keseluruhan sebanyak RM1,000 setahun.
  4. Bantuan RM100 sebulan dikreditkan setiap 1 hari bulan, namun bolehkah saya digunakan pada setiap 10 hari bulan?
    • Ya boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja sebelum 31 Disember 2025.
  5. Bagaimanakah untuk tahu sama ada Bantuan RM100 telah dikreditkan dalam MyKad atau belum?

RUJUKAN LANJUT

Artikel ini ditulis adalah berdasarkan rujukan daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • Talian Bantuan MyKasih : 03-7720 1800 (Waktu Operasi 9 pagi – 5 petang).
  • E-mel : [email protected]

Leave a Comment