PEMBAYARAN STR FASA 4 (2025 BANTUAN)
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 bakal memasuki Fasa akhir pembayaran (Fasa 4), dan akan disalurkan kepada penerima yang layak termasuk Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tanpa pasangan dengan kadar bayaran mengikut kelayakan masing-masing.
Bilakah pembayaran str fasa 4? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN STATUS BANTUAN MYKAD (2025 SARA MYKASIH)

SIAPA YANG LAYAK?
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan STR 2025 mestilah terdiri daripada :
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; - Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
JUMLAH PEMBAYARAN STR FASA 4
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 2025 mengikut kategori kelayakan penerima adalah seperti berikut:
- Isi Rumah Berpendapatan RM 2500 Kebawah
Bilangan Anak | Kelayakan Maksimum | Fasa 1 | Fasa 2 | Fasa 3 | Fasa 4 |
---|---|---|---|---|---|
Tiada (0) | RM1,000 | RM500 | RM150 | RM150 | RM200 |
1 hingga 2 | RM1,500 | RM500 | RM300 | RM350 | RM350 |
3 hingga 4 | RM2,000 | RM500 | RM500 | RM500 | RM500 |
5 ke atas | RM2,500 | RM500 | RM650 | RM650 | RM700 |
- Isi Rumah Berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000
Bilangan Anak | Kelayakan Maksimum | Fasa 1 | Fasa 2 | Fasa 3 | Fasa 4 |
---|---|---|---|---|---|
Tiada (0) | RM500 | RM150 | RM100 | RM150 | RM100 |
1 hingga 2 | RM750 | RM150 | RM200 | RM200 | RM200 |
3 hingga 4 | RM1,000 | RM250 | RM250 | RM250 | RM250 |
5 ke atas | RM1,250 | RM300 | RM300 | RM300 | RM300 |
- Bujang
Kelayakan Maksimum | Fasa 1 | Fasa 2 | Fasa 3 | Fasa 4 |
---|---|---|---|---|
RM500 | RM150 | RM150 | RM150 | RM150 |
- Warga Emas Tiada Pasangan
Kelayakan Maksimum | Fasa 1 | Fasa 2 | Fasa 3 | Fasa 4 |
---|---|---|---|---|
RM500 | RM150 | RM150 | RM150 | RM150 |
TARIKH PEMBAYARAN STR FASA 4 TAHUN 2025
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 seperti berikut:
FASA STR | TARIKH PEMBAYARAN |
---|---|
Fasa 1 | 22 Januari 2025 |
Fasa 2 | 24 Mac 2025 |
Fasa 3 | 12 Ogos 2025 |
Fasa 4 | November 2025. Tarikh bayaran akan dikemaskini dari semasa ke semasa |
KAEDAH PEMBAYARAN
Bantuan STR 2025 akan disalurkan seperti berikut:
- Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
- Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.
SEMAK KELAYAKAN PENERIMA
Status Bantuan STR 2025 ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ boleh disemak secara online di Portal Rasmi STR seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
- Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Pembayaran FASA 4] akan dipaparkan LULUS atau TIDAK.
- Selesai.
LUPA KATA LALUAN PORTAL MYSTR
- Layari Portal Rasmi MYSTR di pautan: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Masukkan No. MyKad seperti biasa
- Kemudian, klik [Terlupa Kata Laluan]
- Nombor MyKad akan dipaparkan di Soalan Keselamatan, tekan butang [Semak]
- Masukkan emel yang telah didaftarkan di Borang Permohonan STR
- Klik butang [Seterusnya]
- Kata laluan sementara akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan
- Jika tiada emel, klik butang [Seterusnya]
- Frasa keselamatan akan dipaparkan dan pemohon perlu mengisi 3 soalan keselamatan.
- Klik butang [Seterusnya]
- Isi Kata Laluan Baharu dan Pengesahan Kata Laluan
- Klik butang [Tukar Kata Laluan]
- Selesai.
PENUTUPAN PERMOHONAN DAN KEMAS KINI STR FASA 4
Tarikh penutupan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4, 2025 dan pengemaskinian maklumat adalah pada 30 September 2025, jam 5.00 petang.
SOALAN LAZIM (FAQ) STR
Persoalan lazim (FAQ) yang sering menjadi tanda tanya penerima STR adalah seperti berikut :
- Bilakah tarikh rasmi pembayaran STR Fasa 4?
- Pembayaran dijangka akan dilaksanakan pada bulan November 2025. Namun, tarikh sebenar belum diumumkan dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
- Bagaimana cara semakan status bayaran STR Fasa 4?
- Semakan status kelayakan boleh dibuat secara online melalui Portal Rasmi MySTR.
- Jika tiada akaun bank, bagaimana cara untuk dapatkan bayaran?
- Penerima boleh tuntut secara tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan.
- Jika saya tidak layak, bolehkah saya buat rayuan?
- Anda boleh membuat permohonan rayuan sebaik sahaja pembayaran dilaksanakan, dan pemohonan rayuan mesti dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan.
- Adakah semua kategori penerima akan dapat bayaran Fasa 4?
- Ya, pembayaran adalah mengikut kategori kelayakan STR 2025 yang telah diluluskan iaitu Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel : [email protected]