SEMAKAN STATUS BANTUAN MYKAD (2025 SARA MYKASIH)
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) disalurkan secara bulanan kepada penerima yang layak melalui MyKad untuk dibelanjakan di Kedai terpilih bagi mendapatkan barangan keperluan asas.
Bagaimanakah semakan status bantuan mykad? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: CARA SEMAKAN STATUS MYKASIH (2025 BANTUAN)

APA ITU BANTUAN MYKAD?
Bantuan MyKad merujuk kepada Sumbangan Asas Rahmah (SARA) atau MyKasih yang disalurkan secara tanpa tunai (cashless) melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima, khusus digunakan untuk berbelanja barangan keperluan asas yang berdaftar di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di kedai runcit atau pasar raya terpilih mengikut kadar yang diberikan.
SIAPA YANG LAYAK?
Kelayakan penerima SARA 2025 adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
JUMLAH BANTUAN
Amaun bantuan SARA 2025 yang disalurkan dalam MyKad penerima yang layak adalah seperti berikut:
- Lulus STR & BERSTATUS eKasih
KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN BAYARAN SETAHUN | KADAR BAYARAN SETIAP BULAN |
---|---|---|
Isi Rumah | RM2,100 | RM100 (Januari – Mac) RM200 (April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM1,650 | RM100 (Januari – Mac) RM150 (April – Disember) |
Bujang | RM600 | RM50 (Januari – Disember) |
- Lulus STR Sahaja (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN BAYARAN SETAHUN | KADAR BAYARAN SETIAP BULAN |
---|---|---|
Isi Rumah | RM900 | RM100 (April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM450 | RM50 (April – Disember) |
SEMAKAN STATUS BANTUAN MYKAD
Semakan Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online di Portal SARA seperti berikut:
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2025
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 1/04/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
KEDAI BOLEH GUNA MYKAD
Penerima boleh dapatkan barangan asas di lebih daripada 7,300 kedai berdaftar di seluruh Malaysia yang berdaftar MyKasih termasuk kedai runcit dan pasar raya besar seperti:
- Mydin;
- Giant;
- Econsave;
- 99 Speedmart;
- Lotus Stores (Tesco).
Untuk melihat senarai penuh kedai yang terdaftar, anda boleh rujuk https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list
SEMAKAN CARA GUNA BANTUAN MYKAD
Penerima boleh menggunakan kredit bantuan untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:
- Bawa MyKad dan Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA.
- Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Barangan Keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
- Selesai.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
SEMAKAN BARANG BANTUAN MYKAD
Kredit bantuan yang disalurkan ke dalam Mykad (Kad Pengenalan) penerima boleh dibelanjakan di lebih 7,300 premis runcit berdaftar, bagi mendapatkan 14 Kategori Barangan Keperluan yang diluluskan di bawah Program SARA seperti :
- Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya
- Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White
- Telur : Nutriplus / QL eggs / CP
- Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
- Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
- Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
- Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
- Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
- Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / TC Boy / King Cup
- Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta
- Produk Kebersihan: Colgate / Kotex / Detol
- Ubat-ubatan: Prospan / Difflam / Hurix’s / Panadol / Sterimar
- Barangan Sekolah : Stabilo / Faber-Castle / Bata / Staedtler / Canggih
- Produk Kebersihan Rumah: Sabun Pencuci / Pencuci Lantai / Pencuci Pinggan
Untuk mengetahui maklumat lanjut senarai dan jenama barangan yang diluluskan, anda boleh rujuk di sini : https://mykasih.my/senarai-barang-mykasih/
SOALAN LAZIM (FAQ) BANTUAN MYKAD
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan MyKasih 2025:
- Adakah perlu daftar untuk dapatkan bantuan ini?
- Tidak perlu. Sekiranya anda merupakan penerima STR 2025 dan memenuhi syarat kelayakan bantuan, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dikreditkan secara automatik ke dalam MyKad anda.
- Bagaimana semakan baki bantuan?
- Semak baki boleh dilakukan melalui Portal Rasmi SARA, Aplikasi MyKasih atau melalui resit pembelian barangan MyKasih.
- Adakah boleh keluarkan kredit bantuan secara tunai?
- Tidak boleh. Bantuan MyKasih hanya boleh digunakan untuk pembelian barangan asas dengan menggunakan MyKad di kedai terpilih.
- Bila tarikh akhir penggunaan bantuan MyKasih?
- Baki atau kredit yang tidak digunakan perlu dibelanjakan selewat-lewatnya pada 31 Disember 2025, iaitu tarikh akhir SAH penggunaan kredit MyKasih.
- Bolehkah bantuan MyKad digunakan di semua kedai?
- Tidak boleh. Bantuan ini hanya boleh digunakan di kedai / pasar raya / premis runcit yang berdaftar dengan MyKasih seperti Mydin, Giant, Econsave, 99 Speedmart dan lain-lain.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]