MYKASIH DALAM KAD PENGENALAN – SEMAKAN STATUS 2025
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) disalurkan secara bulanan kepada penerima yang layak melalui MyKad untuk dibelanjakan di Kedai terpilih bagi mendapatkan barangan keperluan asas.
Bagaimanakah semakan status mykasih? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BAGAIMANAKAH SEMAKAN STATUS MYKASIH – SEMAK SEKARANG

APA ITU MYKASIH DALAM KAD PENGENALAN?
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) atau MyKasih dalam Kad Pengenalan (MyKad) merujuk kepada bantuan disalurkan secara tanpa tunai (cashless) melalui Kad Pengenalan, khusus untuk membeli barangan keperluan asas yang berdaftar di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di kedai runcit atau pasar raya terpilih.
SIAPA YANG LAYAK?
Kelayakan penerima SARA 2025 adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
JUMLAH BANTUAN MELALUI MYKASIH
Amaun bantuan SARA 2025 yang disalurkan dalam MyKad penerima yang layak adalah seperti berikut:
- Lulus STR & BERSTATUS eKasih
KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN BAYARAN SETAHUN | KADAR BAYARAN SETIAP BULAN |
---|---|---|
Isi Rumah | RM2,100 | RM100 (Januari – Mac) RM200 (April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM1,650 | RM100 (Januari – Mac) RM150 (April – Disember) |
Bujang | RM600 | RM50 (Januari – Disember) |
- Lulus STR Sahaja (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN BAYARAN SETAHUN | KADAR BAYARAN SETIAP BULAN |
---|---|---|
Isi Rumah | RM900 | RM100 (April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM450 | RM50 (April – Disember) |
MYKASIH DALAM KAD PENGENALAN
Semakan Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online di Portal SARA seperti berikut:
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2025
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 1/04/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
KEDAI RUNCIT YANG MENERIMA MYKASIH
Penerima boleh dapatkan barangan asas di lebih daripada 7,300 kedai berdaftar di seluruh Malaysia yang berdaftar MyKasih termasuk kedai runcit dan pasar raya besar seperti:
- Mydin;
- Giant;
- Econsave;
- 99 Speedmart;
- Lotus Stores (Tesco).
Untuk melihat senarai penuh kedai yang terdaftar, anda boleh rujuk https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list
CARA GUNA MYKASIH DALAM KAD PENGENALAN
Penerima boleh menggunakan kredit bantuan untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:
- Bawa MyKad dan Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA.
- Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Barangan Keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
- Selesai.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
SOALAN LAZIM (FAQ) MYKASIH
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan MyKasih 2025:
- Apa maksud MyKasih dalam kad pengenalan?
- MyKasih dalam Kad Pengenalan merujuk kepada bantuan yang disalurkan secara tanpa tunai melalui Kad pengenalan, dan boleh digunakan untuk membeli barang keperluan asas di kedai runcit terpilih.
- Bagaimana cara tahu baki MyKasih?
- Baki MyKasih boleh disemak melalui Portal Rasmi SARA, Aplikasih MyKasih atau di kedai runcit ketika membuat pembelian.
- Apa yang boleh dibeli dengan MyKasih?
- Terdapat 14 Kategori Barangan Asas yang didaftarkan termasuk makananan dan minum, peralatan persekolahan, ubat-ubatan, dan produk kebersihan.
- Adakah MyKasih boleh dikeluarkan sebagai wang tunai?
- Tidak boleh. Bantuan MyKasih hanya boleh digunakan untuk pembelian barangan asas dengan menggunakan MyKad di kedai berdaftar.
- Adakah semua penerima STR layak dapat MyKasih?
- Ya, semua penerima STR yang memenuhi SYARAT KELAYAKAN akan menerima bantuan MyKasih dengan kadar yang diterima mengikut kelayakan penerima.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]