CARA SEMAK BAKI BUDI95 – CHECK JUMLAH KOUTA RON95 ONLINE
Kuota Subsidi minyak petrol RON95 di bawah pelaksanaan bersasar BUDI MADANI RON95 (BUDI95) diberikan sebanyak 300 liter sebulan kepada kira-kira 18 juta rakyat Malaysia yang layak dan semakan baki boleh dibuat melalui portal rasmi atau aplikasi syarikat minyak seperti Setel, TnG eWallet, CaltexGo atau melalui resit di stesen minyak.
Ketahui maklumat berkaitan Kuota Subsidi BUDI95 lebih lanjut dan cara semak baki di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN SUBSIDI PETROL RON95 : STATUS KELAYAKAN

APA ITU BUDI95?
BUDI95 atau rasminya BUDI MADANI RON95 adalah merupakan sebuah program subsidi minyak petrol bersasar yang mana rakyat Malaysia yang layak tanpa mengira tahap pendapatan dapat mengisi minyak petrol dengan harga terendah iaitu RM1.99 seliter berbanding RM2.05 seliter.
Manakala rakyat Malaysia yang tidak layak atau bukan warganegara perlu membayar harga minyak tanpa subsidi sebanyak RM2.60 seliter. Tujuan utamanya ialah supaya rakyat Malaysia yang benar-benar layak dapat subsidi tanpa sebarang keitirisan dan pembaziran.
Syarat Penerima BUDI95 :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 16 tahun dan ke atas;
- Mempunyai lesen memandu sah dan masih aktif;
- Kuota minimum 300 liter sebulan.
CARA SEMAK BAKI BUDI95
Baki kuota BUDI95 300 liter sebulan boleh disemak melalui tiga (3) cara, iaitu :
- Melalui Portal Rasmi BUDI MADANI RON95 : https://www.budi95.gov.my/landing; atau
- Melalui Aplikasi syarikat minyak : Setel / CaltexGo / TnG eWallet / Bonuslink / sebagainya; atau
- Melalui resit pengisian minyak di stesen minyak.
*Bermula 30 September, baki kuota BUDI95 boleh disemak dengan menggunakan nombor Kad Pengenalan penerima.

Cara Semak Baki Kuota BUDI95 Di Portal Rasmi
- Layari Portal Rasmi BUDI MADANI RON95 di pautan ini : https://www.budi95.gov.my/landing.
- Klik pada butang [Semak Kelayakan Individu].
- Bahagian semakan status akan dipaparkan.
- Masukkan nombor Kad Pengenalan pada ruangan yang disediakan.
- Tandakan pada [/] ‘Verify as human’.
- Klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Status dan baki kuota BUDI95 akan dipaparkan (sekiranya layak).
- Selesai.
*Baki kuota BUDI95 akan dipaparkan dan kuota 300 liter akan diperbaharui secara automatik pada setiap 1 hari bulan.
Panduan Semak Baki Kuota BUDI95 Di Aplikasi
Selain semakan baki melalui Portal Rasmi BUDI95, anda boleh juga membuat semakan di aplikasi seperti Setel / TnG eWallet / CaltexGo / Sebagainya.
Ikuti cara semakan baki kuota di dua (2) aplikasi berikut :
Semakan Baki Kuota Di Aplikasi Setel
- Muat turun aplikasi Setel dalam telefon pintar anda.
- Daftarkan akaun anda berdasarkan maklumat yang diperlukan.
- Sahkan akaun anda melalui proses verifikasi.
- Klik pada ikon [BUDI95].
- Seterusnya, klik butang [Check Eligibility].
- Status dan baki kuota BUDI95 akan dipaparkan (sekiranya layak).
- Selesai.
Semakan Baku Kuota Di Aplikasi TnG eWallet
- Muat turun aplikasi Touch n Go eWallet.
- Buka aplikasi tersebut.
- Daftar dan sahkan akaun anda melalui proses verifikasi.
- Masukkan gambar MyKad dan swafoto anda pada aplikasi tersebut.
- Klik pada ikon [BUDI95].
- Anda akan dipaparkan status dan baki kuota BUDI95 secara automatik (sekiranya layak).
- Selesai.

Panduan Semak Baki Kuota BUDI95 Di Stesen Minyak
Untuk semak baki kuota BUDI95 yang lebih mudah, anda boleh semak melalui stesen minyak seperti berikut :
- Pergi ke stesen minyak yang terdekat anda.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan.
- Bayar mengikut liter yang anda inginkan.
- Isi minyak seperti biasa.
- Resit akan diberikan.
- semak baki kuota BUDI95 melalui resit tersebut.
- Selesai.
KUOTA BUDI95 DAN JUMLAH PENJIMATAN MINYAK PETROL RON95
Individu yang layak dapat lebih penjimatan isian minyak petrol RON95 dengan subsidi BUDI95 seperti contoh berikut :
- Sekiranya anda ingin isi minyak dengan harga sebanyak RM50, harga di pam akan dipaparkan sebanyak RM65.33 (harga pasaran tanpa subsidi), namun, anda hanya perlu membayar RM50 sahaja dan dapat penjimatan sebanyak RM15.33.
Secara purata, sekiranya anda biasa membuat isian minyak RM50 setiap kali penuh, dengan kuota BUDI95 300 liter anda boleh mengisi minyak sebanyak 11 kali dalam sebulan bagi harga subsidi RM1.99 seliter bersamaan RM597 sebulan.
JUMLAH ISIAN (LITER) | HARGA RON95 DENGAN SUBSIDI (RM1.99 SELITER) | HARGA RON95 TANPA SUBSIDI (RM2.60 SELITER) |
---|---|---|
5.025 liter | RM100 | RM13.07 |
25.125 liter | RM50 | RM65.33 |
50.251 liter | RM100 | RM130.65 |
SOALAN LAZIM BUDI95
- Perlu ke bawa lesen memandu untuk sahkan penerima BUDI95?
- Untuk pengesahan penerima BUDI95 dan buat isian guna subsidi RM1.99 anda hanya perlu membawa MyKad sahaja.
- Boleh ke isi minyak guna subsidi BUDI95 melalui aplikasi TnG eWallet?
- Ya boleh dan anda tidak perlu imbas MyKad setiap kali isi minyak.
- Dimanakah stesen minyak yang boleh tebus subsidi BUDI95?
- Semua syarikat minyak di Malaysia seperti Petronas, Shell, Petron, Caltex, BHP, Five, Xcel, Petros, BuraqOil, Smart.
- Bolehkah saya menggunakan MyKad orang lain untuk isi minyak guna subsidi BUDI95?
- Tidak. Hanya pemegang MyKad tersebut sahaja boleh membuat isian guna subsidi BUDI95.
- Saya tiada kenderaan tatapi saya ada lesen memandu sah dan layak terima subsidi BUDI95, bolehkah saya buat isian minyak kenderaan milik keluarga saya?
- Ya boleh tetapi tidak boleh meminjamkan MyKad kepada orang lain atau ahli keluarga.
RUJUKAN
Semua info dan maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah dirujuk sepenuhnya daripada Portal Rasmi BUDI MADANI RON95. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Khidmat Pelanggan BUDI95 : 1300-88-9595.
- Talian ChatBox : +603-2631 4595