SEMAKAN SUBSIDI PETROL RON95 : STATUS KELAYAKAN BUDI95, JUMLAH BAKI

SEMAKAN SUBSIDI PETROL RON95 : STATUS KELAYAKAN BUDI95, JUMLAH BAKI

BUDI MADANI RON95 (BUDI95) adalah inisiatif subsidi petrol RON95 bersasar yang diperkenalkan oleh Kerajaan MADANI. Inisiatif ini mulai dilaksanaka pada 30 September 2025 dan pemegang MyKad boleh menyemak status melalui laman web rasmi BUDI95, aplikasi stesen minyak dan e-dompet untuk mengetahui kelayakan serta baki kuota 300 liter sebulan.

Ikuti artikel ini untuk mengetahui maklumat-maklumat lebih lanjut berkaitan Subsidi Petrol RON95 dan ikuti juga panduan lengkap semakan status dan kuota di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN BUDI95 : KELAYAKAN, BAKI KOUTA, PERMOHONAN RON95

SEMAKAN SUBSIDI PETROL RON95

PENGENALAN BUDI95 (SUBSIDI PETROL)

BUDI95 atau rasminya BUDI MADANI RON95 merupakan sebuah inisiatif program pelaksanaan subsidi petrol RON95 dengan penurunan harga daripada RM2.05 seliter kepada RM1.99 seliter khas untuk rakyat Malaysia tanpa mengira kadar tahap pendapatan.

Tujuan utama BUDI MADANI RON95 ini dilaksanakan adalah untuk memastikan subsidi minyak petrol RON95 benar-benar sampai kepada rakyat Malaysia yang layak tanpa berlaku ketirisan dan pembaziran subsidi.

Di bawah Program Subsidi BUDI95 :

  • Harga subsidi untuk rakyat Malaysia yang layak : RM1.99 seliter bermula 30 September 2025.
  • kuota subsidi minimum : 300 liter setiap bulan bagi setiap penerima.
  • Semua rakyat Malaysia yang berumur 16 tahun dan ke atas dengan lesen memandu aktif akan layak secara automatik (tiada pendaftaran tambahan diperlukan).

CARA SEMAKAN SUBSIDI PETROL RON95

Tiga (3) cara semak status kelayakan Subsidi Petrol RON95 (BUDI95), iaitu melalui :

  1. Portal Rasmi BUDI MADANI RON95 : https://www.budi95.gov.my/landing; atau
  2. Aplikasi stesen minyak seperti : Setel / Touch n Go / CaltexGo; atau
  3. Pembaca Kad di kaunter / pam stesen minyak.

*Hanya perlu memasukkan nombor Kad Pengenalan untuk semakan.

SUBSIDI PETROL RON95

Panduan Cara Semak Baki Kuota Subsidi Petrol RON95 Melalui Laman BUDI95

  1. Sila layari laman web rasmi BUDI MADANI RON95 di sini : https://www.budi95.gov.my/landing.
  2. Klik pada butang [Semak Kelayakan Individu].
  3. Masukkan nombor Kad Pengenalan untuk semakan.
  4. Kemudian, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  5. Setiap penggunaan subsidi akan dipaparkan secara harian termasuk baki kuota 300 liter sebulan.
SUBSIDI RON95

Sekirannya layak, anda akan dapat melihat status kelayakan dan baki kuota BUDI95 untuk bulan tersebut (seperti gambar di atas) dan setiap bulan kuota tersebut akan diperbaharui.

Setiap pengisian minyak petrol RON95 guna subsidi, resit akan diberikan dan baki kuota BUDI95 juga akan dipaparkan seperti gambar contoh di bawah :

SUBSIDI PETROL RON95

Panduan Cara Semak Baki Kuota Subsidi Petrol RON95 Melalui Aplikasi Setel

  1. Muat turun aplikasi Setel dalam telefon pintar anda.
  2. Daftar akaun anda.
  3. Sahkan akaun anda melalui proses verifikasi.
  4. Klik pada ikon [BUDI95].
  5. Seterusnya, klik butang [Check Eligibility].
  6. Jika anda layak, status dan baki kuota BUDI95 akan dipaparkan.
  7. Selesai.

Cara Semak Baki Kuota Subsidi Petrol RON95 Melalui Aplikasi TnG eWallet

Bagi pengguna aplikasi Touch n Go eWallet, anda juha boleh buat semakan melalui aplikasi tersebut seperti panduan di bawah :

  1. Buka aplikasi Touch n Go eWallet.
  2. Sahkan akaun anda.
  3. Klik pada ikon [BUDI95].
  4. Status dan baki kuota BUDI95 akan dipaparkan secara automatik.
  5. Selesai.

Dengan aplikasi Touch n Go eWallet anda juga boleh buat belian minyak petrol RON95 dengan mudah seperti berikut :

  1. Pergi ke stesen minyak terdekat.
  2. Buka aplikasi Touch n Go eWallet.
  3. Klik ikon [BUDI95].
  4. Seterusnya, klik pada butang [Buy Fuel / Beli Minyak].
  5. Pilih lokasi stesen minyak anda.
  6. Klik butang [Next / Seterusnya].
  7. Masukkan nombor pam.
  8. Jumlah minyak yang anda inginkan.
  9. Kemudian, klik butang [Pay Now / Bayar Sekarang].
  10. Buat bayaran secara online atau guna imbas kod QR di kaunter stesen minyak.
  11. Isi minyak seperti biasa.
  12. Selesai.

KUOTA DAN JUMLAH ISIAN MINYAK PETROL RON95

Ingin tahu berapa penjimatan yang dapat dengan subsidi minyak petrol RON95? Sila lihat contoh di bawah :

  • Jika anda ingin mengisi minyak sebanyak RM50 dan harga di pam akan dipaparkan sebanyak RM65.33 (mengikut harga pasaran) namun anda hanya perlu membayar RM50 sahaja dan jimat sebanyak RM15.33.

Secara puratanya, jika isian biasa RM50 setiap kali untuk penuh, anda boleh isi minyak lebih kurang 11 kali dalam sebulan dengan harga subsidi RM1.99 seliter (300 liter) bersamaan RM597 sebulan.

Namun, jika anda melebihi kuota BUDI95, anda perlu membuat bayaran minyak dengan harga pasaran semasa tanpa subsidi sebanyak RM2.60 seliter.

HARGA RON95
BERSUBSIDI
(RM1.99 SELITER)
JUMLAH PENGISIAN
(LITER)
HARGA RON95
TANPA SUBSIDI
(RM2.60 SELITER)
RM105.025 literRM13.07
RM5025.125 literRM65.33
RM10050.251 literRM130.65

SOALAN LAZIM SUBSIDI PETROL RON95

  1. Bilakah harga minyak petrol RON95 akan turun kepada RM1.99 seliter?
    • Harga minyak petrol RON95 telah turun kepada RM1.99 seliter bermula 30 September 2025 khas untuk rakyat Malaysia yang layak sahaja.
  2. Siapakah boleh buat isian minyak petrol RON95 dengan harga RM1.99 seliter?
    • Seramai kira-kira 18 juta rakyat Malaysia yang berumur 16 tahun dan ke tas serta mempunyai lesen memamndu sah dan aktif sahaja.
  3. Adakah warga asing dan individu yang tidak mempunyai lesen memandu juga layak subsidi petrol RON95 ini?
    • Tidak, warga asing dan rakyat Malaysia yang tidak mempunyai lesen memandu yang sah dan aktif perlu membayar minyak petrol RON95 tanpa subsidi sebanyak RM2.60 seliter.
  4. Bagaimanakah cara isian minyak untuk dapat harga RM1.99 seliter?
    • Individu yang layak perlu membuat pengesahan MyKad di kaunter atau pam atau aplikasi stesen minyak dan apabila telah disahkan (harga minyak akan dipaparkan RM1.99 seliter), individu boleh buat isian seperti biasa dengan harga subsidi.
  5. Adakah pengisian minyak petrol RON95 dengan subsidi ini terhad sekali sehari?
    • Setakat ini tiada had isian sekali sehari dikenakan.

MAKLUMAT LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah dirujuk daripada laman web rasmi BUDI MADANI RON95. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lebih lanjut, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • Talian Khidmat Pelanggan BUDI MADANI : 1300-88-9595.
  • Talian ChatBox : +603-2631 4595.

Leave a Comment