CHECK STATUS SYUKUR SABAH (FASA 3 2025)
Seramai 100,000 golongan miskin dan miskin tegar Sabah telah disahkan layak menerima bantuan tunai SYUKUR Sabah bagi bayaran Fasa 3 2025.
Bagaimanakah check status syukur sabah fasa 3 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN BANTUAN BUDI : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SUBSIDI RON95 2025

APA ITU SYUKUR SABAH?
Bantuan Syukur Sabah atau (Sentuhan Kasih Rakyat) merupakan Program Bantuan Tunai Kerajaan Negeri Sabah yang dilaksanakan secara berfasa sejak awal 2025 kepada golongan miskin dan miskin tegar di Sabah, dimana kelayakan secara automatik berdasarkan sistem eKasih dan PADANS (Pangkalan Data Miskin Negeri Sabah).
CHECK SYARAT KELAYAKAN SYUKUR SABAH
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan Sabah mestilah terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun ke atas;
- Beralamat dan bermastautin di Negeri Sabah sekurang-kurangnya 1 tahun;
- Pemegang Kad Pengenalan berstatus ‘H’;
Selain itu, penerima perlu memenuhi salah satu dari syarat berikut:
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) setakat 31 Disember 2024 atau;
- Ketua Isi Rumah (KIR) belum tersenarai dalam sistem eKasih tetapi pendapatan isi rumah mengikut Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
Syarat Khas :
KATEGORI PENERIMA M40 | KADAR PENDAPATAN BULANAN (RM) |
---|---|
Ketua Isi Rumah | RM1,219 hingga RM2,742 |
KATEGORI PENERIMA B40 | KADAR PENDAPATAN BULANAN (RM) |
---|---|
Ketua Isi dan Pasangan; atau Ketua Isi Rumah dan Anak 18 Tahun ke atas. | Kurang dari RM1,218 |
CHECK JUMLAH BAYARAN SYUKUR SABAH
Pembayaran Program SYUKUR SABAH 2025 seperti berikut:
FASA PEMBAYARAN | KADAR BAYARAN (RM) |
---|---|
Fasa 1 | RM900 |
Fasa 2 | RM900 |
Fasa 3 | RM900 |
Fasa 4 | RM900 |
TARIKH BAYARAN
Pembayaran Program SYUKUR SABAH 2025 seperti berikut:
FASA PEMBAYARAN | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Fasa 1 | Januari – Mac 2025 |
Fasa 2 | April – Jun 2025 |
Fasa 3 | Julai – September 2025 |
Fasa 4 | Oktober – Disember 2025 |
Catatan : Tarikh Pembayaran akan dimumumkan melalui notifikasi SMS kepada penerima yang layak.
CHECK STATUS SYUKUR SABAH
Status Kelayakan Bantuan Sabah boleh disemak secara online seperti berikut:
- Pergi ke Portal Rasmi Online Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025.
- Anda akan dibawa masuk ke Halaman Utama Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
- Untuk Semakan Status, sila lihat bahagian (Semakan Permohonan) di sebelah kiri skrin.
- Tekan butang [Semak].
- Pengguna akan dibawa ke Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah, https://syukur.sabah.gov.my/
- Masukkan (Nombor MyKad) di ruangan yang disediakan.
- Kemudian, tekan butang [Semak].
- Status Kelayakan Permohonan anda akan di paparkan di sini.
- Sekiranya anda LAYAK anda akan menerima Bayaran ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
- Selesai.
KAEDAH BAYARAN
Bantuan SABAH akan disalurkan seperti berikut:
- Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan;
- Pengkreditan menerusi akaun e-Wallet YONO Superapp penerima; ATAU
- Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.
SOALAN LAZIM (FAQ) BANTUAN SABAH
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SYUKUR SABAH:
- Bagaimana cara check status SYUKUR Sabah?
- Status kelayakan syukur sabah boleh di semak melalui portal rasmi syukur.sabah.gov.my.
- Bila tarikh bayaran SYUKUR Sabah Fasa 3?
- Bayaran dilaksanakan pada bulan September 2025, dan tarikh bayaran akan diberikan notifikasi melalui SMS kepada penerima yang layak.
- Berapakah jumlah bantuan SYUKUR Sabah?
- Kadar bayaran bagi setiap Fasa ialah RM900.
- Adakah semua rakyat Sabah layak?
- Tidak. KIR dan Individu berusia 18 tahun ke atas yang menetap di Sabah dan memenuhi syarat kelayakan sahaja akan menerima bantuan ini.
- Bagaimana jika nama saya tiada dalam senarai penerima SYUKUR Sabah?
- Anda boleh membuat semakan semula atau hubungi saluran hotline rasmi bantuan untuk membuat rayuan dan pendaftaran semula.
INFO LANJUT
Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan SYUKUR SABAH, anda boleh rujuk saluran berikut:
- Talian Bantuan: 088 338 338
- Portal Rasmi SYUKUR : https://padans.sabah.gov.my/
- e-Mel : [email protected]