SEMAKAN STATUS BUDI MADANI RON 95 : SEMAK KELAYAKAN & BAKI KUOTA & CARA PERMOHONAN
Subsidi petrol RON95 pada harga RM1.99 seliter di bawah Program Budi Madani (BUDI95) kini boleh dinikmati oleh 16 juta rakyat Malaysia yang layak, dengan penggunaan MyKad di stesen minyak terpilih seluruh Malaysia.
Bagaimanakah semakan status budi madani ron95? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: CHECK STATUS SYUKUR SABAH (FASA 3 2025)

APA ITU BUDI MADANI RON 95?
Budi Madani RON95 merupakan Program Subsidi RON95 yang dilaksanakan oleh Kerajaan khusus untuk semua rakyat Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan tanpa mengira tahap pendapatan untuk menikmati Petrol RON95 pada kadar RM1.99 seliter, berbanding harga pasaran sebenar iaitu RM2.60 seliter.
Objektif utama program ini adalah bagi memastikan subsidi HANYA dinikmati oleh rakyat tempatan yang layak, DAN mengekang ketirisan subsidi kepada pihak yang tidak layak.
Pelaksanaan Program BUDI 95 adalah seperti berikut :
KELAYAKAN BANTUAN | PENERANGAN |
---|---|
Harga Subsidi | RM1.99 seliter (bermula 30 September 2025) |
Kuota Penggunaan Setiap Bulan (Had) | 300 liter sebulan bagi setiap pengguna |
Kelayakan Penerima (Automatik) | Semua rakyat Malaysia berumur 16 tahun ke atas dengan Lesen memandu yang aktif (masih SAH) layak menerima bantuan tanpa sebarang pendaftaran tambahan diperlukan. |
Pengecualian Kuota | Pengecualian diberikan kepada pemandu kenderaan e-hailing |
SEMAKAN KELAYAKAN INDIVIDU
Berikut merupakan cara untuk semak status kelayakan subsidi ron95:
- Portal Rasmi Budi MADANI di pautan https://www.budi95.gov.my/ ;
- Kaunter Stesen Minyak;
- Aplikasi eWallet Touch ‘n Go (TNG); atau
- Aplikasi Syarikat Minyak seperti Setel (Petronas), CaltexGo.
BUDI MADANI RON 95
Status Kelayakan boleh di semak di Portal Rasmi BUDI MADANI seperti berikut:
- Layari laman Portal Rasmi BUDI MADANI di pautan berikut : https://www.budi95.gov.my/
- Anda akan dibawa ke laman utama Portal.
- Tekan pada butang [Semak Kelayakan Individu].
- Seterusnya, masukkan 12 digit [Nombor MyKad/Kad Pengenalan] tanpa (-) diruangan yang telah disediakan.
- Tekan [Verify] di ruangan yang disediakan.
- Kemudian, klik butang [Semak Kelayakan].
- Status ‘ANDA LAYAK UNTUK MANFAAT BUDI95’ akan dipaparkan sekiranya anda layak.
- Sistem akan memaparkan maklumat seperti berikut seperti berikut :
- Nama Program : BUDI95 Individu.
- Nombor Kad Pengenalan : 12 Digit Nombor Kad Pengenalan Penerima (xxxxxx-xx-xxxx).
- Baki BUDI95 : 300.000 liter daripada 300.000 liter.
- Kelayakan Seterusnya: 1 November 2025 | 31 Hari.
- Selesai.
CARA TEBUS BUDI MADANI RON 95
Berikut merupakan langkah-langkah penggunaan budi ron95 :
Di Terminal Pam di Stesen Minyak :
- Bawa MyKad dan Kunjungi stesen minyak pilihan anda.
- Pergi ke Terminal Pam Minyak.
- Pilih jumlah minyak (RM) atau yang ingin diisi pada skrin terminal.
- Kemudian, buat bayaran menggunakan kad kredit/debit sama ada melalui ‘PayWave’ atau dengan memasukkan 6 digit nombor PIN.
- Masukkan MyKad ke dalam slot terminal pam yang disediakan untuk pengesahan kelayakan Budi95.
- Sistem akan mengesahkan kelayakan anda secara automatik.
- Setelah disahkan, isi minyak RON95 di pam yang telah dipilih.
- Cetak resit untuk tujuan rujukan.
- Selesai.
Di Kaunter Cashier (Juruwang) di Stesen Minyak :
- Bawa MyKad dan kunjungi stesen minyak pilihan anda.
- Tunjukkan MyKad kepada juruwang bertugas untuk pengesahan serta penebusan Budi95.
- Juruwang akan memaklumkan kadar liter atau baki liter yang boleh diisi.
- Maklumkan jumlah minyak (RM) yang ingin diisi, serta nombor pam anda kepada juruwang.
- Kemudian, bayar menggunakan kaedah tunai atau kad debit/kredit.
- Resit akan dicetak untuk tujuan rujukan.
- Isi minyak RON95 di pam yang telah ditetapkan.
- Selesai.
Melalui Aplikasi Syarikat Minyak atau Aplikasi Touch ‘n Go eWallet :
- Kunjungi stesen minyak berdekatan.
- Buka aplikasi syarikat minyak atau aplikasi Touch ‘n Go eWallet (mengikut pilihan anda).
- Pautkan (link) aplikasi Touch ‘n Go eWallet dengan MyKad anda.
- Cari menu Budi95 di dalam aplikasi, kemudian pilih ‘Buy Fuel’.
- Pilih stesen minyak yang sedang anda kunjungi.
- Masukkan nombor pam yang digunakan untuk mengisi minyak.
- Tentukan kadar minyak (RM) yang ingin diisi, dan buat bayaran melalui pilihan kaedah pembayaran yang tersedia dalam aplikasi.
- Kod QR akan dipaparkan selepas pembayaran berjaya.
- Tunjukkan kod QR tersebut kepada juruwang di kaunter untuk diimbas.
- Resit akan dicetak sebagai rujukan.
- Isi minyak RON95 seperti biasa di pam yang telah dipilih.
- Selesai.
HAD PENGGUNAAN
Melalui pelaksanaan subsidi petrol ini, penerima yang layak akan menikmati subsidi RON95 seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | HARGA PETROL RON95 PER LITER | HAD LITER |
---|---|---|
Semua Penerima Warganegara Malaysia | RM1.99 /Liter | 300 Liter Sebulan |
Pemandu Kenderaan e-hailing | RM1.99 /Liter | Pengecualian Had Penggunaan (Perlu memohon untuk had lebih tinggi/kelayakan tambahan) |
HARGA BUDI MADANI RON 95
Perbezaan harga minyak petrol RON95, selepas subsidi untuk rakyat Malaysia dan harga untuk bukan Warganegara Malaysia, adalah seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | HARGA RON95 PER LITER |
---|---|
Harga Selepas Subsidi (Warganegara Malaysia) | RM1.99 /liter |
Harga Bukan Warganegara Malaysia/ Penerima Yang Tidak Layak / Sebelum Subsidi | RM2.60 /Liter |
SOALAN LAZIM (FAQ) BUDI MADANI RON 95
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SUBSIDI RON95:
- Bila BUDI MADANI RON95 mula berkuat kuasa?
- Budi Madani RON95 boleh digunakan bermula pada 30 September 2025.
- Berapa harga petrol RON95 selepas subsidi?
- Harga selepas subsidi ialah RM1.99 seliter, dan kuota penggunaan sebulan adalah 300 liter.
- Bagaimana jika saya isi minyak lebih daripada kuota?
- Individu perlu membuat bayaran dengan harga pasaran tanpa subsidi iaitu RM2.60 seliter.
- Bagaimana cara semak kelayakan?
- Semakan kelayakan boleh dibuat di portal rasmi BUDI Madani atau aplikasi e-dompet/stesen minyak.
- Adakah MyKad diperlukan untuk tebus subsidi?
- Ya, subsidi petrol Ron95 pada kadar RM1.99 seliter boleh disahkan dengan menggunakan MyKad penerima.
INFO LANJUT
Pihak kami hanya menyediakan maklumat terkini berkaitan bantuan Kerajaan untuk Program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) yang dirujuk daripada Siaran Media Kementerian Kewangan (MOF). Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini :
- Talian Bantuan : 1300-88-9595
- WhatsApp : +603-2631 4595
- e-Mel : [email protected]
- Portal Rasmi : https://www.budi95.gov.my/