CARA SEMAKAN MYKASIH ONLINE : PANDUAN LENGKAP 2025

CARA SEMAKAN MYKASIH ONLINE : PANDUAN LENGKAP 2025

Untuk tahu status sama ada layak atau tidak terima bayaran Bantuan MyKasih, semakan boleh dilakukan secara online melalui portal rasmi MyKasih dan aplikasi mudah alih yang boleh diakses secara percuma sahaja.

Ikuti panduan lengkap cara semakan MyKasih secara online dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : MYKASIH OKTOBER 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

CARA TERIMA BAYARAN MYKASIH

Semua penerima yang layak di seluruh Malaysia akan menerima bayaran MyKasih mengikut cara yang sama seperti berikut :

NEGERI PENERIMACARA TERIMA BAYARAN
Semenanjung MalaysiaMenerima bayaran Bantuan MyKasih
secara tanpa tunai melalui akaun
MyKad
Sabah, Sarawak dan LabuanMenerima bayaran Bantuan MyKasih
secara tanpa tunai melalui akaun
MyKad

KADAR BAYARAN MYKASIH

Kadar pembayaran Bantuan MyKasih adalah bergantung kepada kelayakan setiap kategori penerima seperti berikut :

  • KATEGORI ISI RUMAH :
KELAYAKAN ISI RUMAHKADAR BAYARAN
Isi Rumah Miskin & Miskin TegarRM100 – RM200 setiap bulan
sehingga RM2,100 setahun
Isi Rumah Asas Bukan MiskinRM100 setiap bulan
sehingga RM900 setahun
  • KATEGORI WARGA EMAS (TIADA PASANGAN) :
KELAYAKAN WARGA EMASKADAR BAYARAN
Warga Emas Miskin & Miskin TegarRM100 – RM150 setiap bulan
sehingga RM1,650 setahun
Warga Emas Asas Bukan MiskinRM50 setiap bulan
sehingga RM450 setahun
  • KATEGORI BUJANG :
KELAYAKAN BUJANGKADAR BAYARAN
Bujang Miskin & Miskin TegarRM50 setiap bulan
sehingga RM600 setahun
Bujang Asas Bukan Miskin

CARA SEMAKAN MYKASIH ONLINE

Mudah sahaja untuk tahu status kelayakan dan bayaran Bantuan MyKasih kerana kerajaan telah menyediakan Portal Rasmi dan aplikasi mudah alih yang membolehkan rakyat membuat semakan status secara online seperti berikut :

CARA SEMAKAN MYKASIH ONLINE

SEMAKAN MYKASIH ONLINE DI PORTAL

  1. Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 700230113456.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
  7. Selesai.

SEMAKAN MYKASIH ONLINE DI APLIKASI

  1. Buka aplikasi App Store / Google Play di dalam telefon bimbit anda.
  2. Muat turun aplikasi ‘MyKasih’ dalam telefon bimbit anda.
  3. Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
  4. Anda akan dipaparkan dua (2) pilihan, iaitu [Penghargaan SARA One-Off] dan [SARA Bulanan & Penghargaan SARA One-Off].
  5. Pilih [SARA Bulanan & Penghargaan SARA One-Off].
  6. Anda akan dipaparkan ‘Welcome to the MyKasih App’.
  7. Tandakan pada ‘I have read and agreed’ di bawah.
  8. Kemudian, klik butang [CONTINUE].
  9. Klik pada butang [Check Eligibility & Balance] untuk mengetahui status.
  10. Anda akan dibawa ke halaman ‘Semakan Status’.
  11. Masukkan nombor MyKad pada ruangan yang disediakan tanpa (-) contoh : 700230113456.
  12. Tandakan pada butang [Verify you are human] dan klik [Semakan Status].
  13. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
  14. Selesai.

JADUAL BAYARAN MYKASIH

Bantuan MyKasih dibayar kepada penerima yang layak setiap bulan mengikut jadual seperti berikut :

TARIKH BAYARAN
(MISKIN & MISKIN TEGAR)
TARIKH BAYARAN
(ASAS BUKAN MISKIN)
15 Januari 2025
1 Februari 2025
1 Mac 2025
1 April 2025
1 Mei 2025
1 Jun 2025
1 Julai 2025
1 Ogos 2025
1 September 2025
1 Oktober 2025
1 November 2025
1 Disember 2025
1 April 2025
1 Mei 2025
1 Jun 2025
1 Julai 2025
1 Ogos 2025
1 September 2025
1 Oktober 2025
1 November 2025
1 Disember 2025

SENARAI PRODUK BARANG MYKASIH

Terdapat lebih 900 jenama produk barangan keperluan asas yang diluluskan dan boleh dibeli dengan menggunakan Bantuan MyKasih, antaranya ialah :

  1. Beras :
    • Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
  2. Roti :
    • Gardenia / Massimo / Mighty White dan sebagainya.
  3. Telur :
    • Nutriplus / QL eggs / CP dan sebagainya.
  4. Minyak Masak :
    • Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit dan sebagainya.
  5. Tepung :
    • Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey dan sebagainya.
  6. Biskut :
    • Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng dan sebagainya.
  7. Mi segera :
    • Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap dan sebagainya.
  8. Minuman :
    • Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf dan sebagainya.
  9. Makanan dalam tin :
    • Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup dan sebagainya.
  10. Bahan perasa :
    • Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta dan sebagainya.
  11. Produk kebersihan :
    • Colgate / Dettol / Kotex / Dove dan sebagainya.
  12. Ubat-ubatan :
    • Prospan / Hurix’s / Panadol / Sterimar / Difflam dan sebagainya.
  13. Barangan persekolahan :
    • Bata / Canggih / Stabilo / Faber-Castell / Staedtler dan sebagainya.
  14. Produk kebersihan rumah :
    • Top / Daia / Sunlight / Ajax dan sebagainya.

PANDUAN GUNA MYKASIH

Penerima yang layak boleh menggunakan Bantuan MyKasih untuk beli barang keperluan asas mengikut panduan berikut :

  1. Kunjungi pasaraya / pasar mini / kedai runcit berhampiran yang terpilih MyKasih.
  2. Pilih barang keperluan yang ingin dibeli berdasarkan produk yang diluluskan.
  3. Pergi ke kaunter yang mempunyai sistem bayaran MyKasih.
  4. Berikan MyKad kepada juruwang untuk sahkan sebagai penerima.
  5. Juruwang akan imbas setiap barang yang dipilih.
  6. Bayaran akan disahkan guna MyKad.
  7. Resit bayaran akan diberikan untuk semak baki dalam MyKad.

SOALAN LAZIM (FAQ) MYKASIH

  1. Di manakah boleh mohon Bantuan MyKasih?
    • Tiada permohonan diperlukan kerana Bantuan MyKasih diberikan kepada yang memenuhi kelayakan secara automatik.
  2. Bolehkah penerima memindahkan wang Bantuan MyKasih dari MyKad kepada MyKad orang lain?
    • Tidak boleh, penerima hanya perlu membuat pembelian barangan keperluan asas secara tanpa tunai sahaja.
  3. Bilakah tarikh akhir boleh guna Bantuan MyKasih?
    • Sehingga 31 Disember 2025 sahaja.
  4. Adakah baki Bantuan MyKasih yang tidak digunakan pada bulan September dibawa ke bulan seterusnya?
    • Ya, baki Bantuan MyKasih yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama baki bulan semasa.
  5. Adakah Bantuan MyKasih boleh digunakan di pasaraya Mydin?
    • Ya boleh sekiranya pasaraya tersebut mempunyai sistem bayaran MyKasih.

INFO LANJUT

Kami hanya berkongsi maklumat berkaitan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih yang dirujuk daripada portal rasmi MyKasih. sekiranya anda mempunyai masalah atau pertanyaan lanjut, sila rujuk pihak berwajib di bawah untuk info lanjut :

Leave a Comment