SEMAKAN MYKASIH OKTOBER 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SEMAKAN MYKASIH OKTOBER 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Bayaran Bantuan MyKasih yang seterusnya pada bulan Oktober telahpun mula dimasukkan kepada 5.4 juta penerima yang terdiri daripada kategori Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang dan boleh terus digunakan di mana-mana 7,300 premis terpilih seluruh Malaysia.

Ikuti cara semakan MyKasih dan info lebih lanjut berkaitan bayaran bulan Oktober di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS SYUKUR SABAH (FASA 3)

APA ITU MYKASIH?

MyKasih adalah sebuah program Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan kepada Rakyat B40 dan M40 sebagai bantuan tambahan bagi membantu menampung kos pembelian keperluan asas setiap bulan.

SYARAT KELAYAKAN MYKASIH 2025

Bantuan MyKasih setiap bulan hanya diberikan kepada 5.4 juta penerima yang memenuhi kelayakan yang ditetapka seperti berikut :

SYARATKELAYAKAN
B40
KELAYAKAN
M40
WarganegaraMalaysiaMalaysia
Kadar
Pendapatan
Bawah Garis
Kemiskinan Semasa
Sehingga RM5,000
Status STRLulusLulus
Status eKasihTersenaraiTidak Tersenarai
KategoriIsi Rumah,
Warga Emas dan
Bujang
Isi Rumah dan
Warga Emas

SEMAKAN MYKASIH OKTOBER 2025

Supaya rakyat mudah untuk mengetahui status kelayakan, Kerajaan menyediakan dua (2) cara mudah untuk semakan status melalui Portal Rasmi dan Aplikasi mudah alih seperti berikut :

MYKASIH OKTOBER

SEMAKAN DI PORTAL RASMI MYKASIH

  1. Layari pautan Portal Rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan.
  3. Skroll ke bahagian bawah portal.
  4. Klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
  5. Bahagian semakan status akan dipaparkan.
  6. Masukkan nombor MyKad pada ruangan yang disediakan.
  7. Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status].
  8. Status penerima akan dipaparkan.
  9. Selesai.

SEMAKAN DI APLIKASI MYKASIH

  1. Muat turun aplikasi ‘MyKasih’ dalam telefon bimbit anda.
  2. Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
  3. Anda akan dipaparkan dua (2) pilihan, iaitu [Penghargaan SARA One-Off] dan [SARA Bulanan & Penghargaan SARA One-Off].
  4. Pilih [SARA Bulanan & Penghargaan SARA One-Off].
  5. Anda akan dipaparkan ‘Welcome to the MyKasih App’.
  6. Tandakan pada ‘I have read and agreed’ di bawah.
  7. Kemudian, klik butang [CONTINUE].
  8. Klik pada butang [Check Eligibility & Balance] untuk mengetahui status kelayakan.
  9. Anda akan dibawa ke halaman ‘Semakan Status’.
  10. Masukkan nombor MyKad pada ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-).
  11. Tandakan pada butang [Verify you are human] dan klik [Semakan Status].
  12. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  13. Selesai.

TARIKH BAYARAN MYKASIH OKTOBER 2025

Pembayaran Bantuan MyKasih yang seterusnya pada bulan Oktober adalah dilaksanakan pada tarikh berikut :

JUMLAH PENERIMATARIKH BAYARAN
5.4 juta penerima01 Oktober 2025 (Rabu)

JUMLAH BAYARAN MYKASIH OKTOBER 2025

Setiap kategori penerima akan menerima jumlah bayaran Bantuan MyKasih yang berbeza pada bulan Oktober seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
OKTOBER
ISI RUMAHRM200
WARGA EMASRM150
BUJANGRM50
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
OKTOBER
ISI RUMAHRM100
WARGA EMASRM50

CARA BAYARAN MYKASIH 2025

Namun, Bantuan MyKasih bukanlah dibayar melalui akaun bank, akan tetapi ianya dibayar melalui Kad Pengenalan (MyKad) penerima dan perlu digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas secara tanpa tunai (cashless) menggunakan MyKad.

SENARAI BARANG MYKASIH 2025

Antara barangan keperluan asas yang boleh dibeli dengan menggunakan MyKad adalah :

  1. Beras.
  2. Roti.
  3. Telur.
  4. Minyak masak.
  5. Tepung.
  6. Biskut.
  7. Mi segera.
  8. Minuman.
  9. Makanan dalam tin.
  10. Bahan perasa.
  11. Produk kebersihan.
  12. Ubat-ubatan.
  13. Barangan persekolahan.

SOALAN LAZIM (FAQ) MYKASIH

  1. Adakah Bantuan MyKasih yang dikreditkan dalam MyKad boleh dikeluarkan secara tunai?
    • Bantuan MyKasih yang dikreditkan dalam MyKad tidak boleh dikeluarkan secara tunai.
  2. Bolehkah Bantuan MyKasih digunakan untuk beli barang mandian?
    • Ya boleh, rujuk jenama produk yang diluluskan yang mempunyai label MyKasih pada rak tanda harga.
  3. Bilakah boleh mula beli barang keperluan guna Bantuan MyKasih pada bulan Oktober?
    • Penerima yang layak boleh mula guna Bantuan MyKasih untuk bulan Oktober bermula pada 1 hari bulan.
  4. Dimanakah Bantuan MyKasih boleh digunakan untuk beli barang keperluan?
    • Di mana-mana kedai runcit, pasar mini dan pasaraya yang mempunyai sistem bayaran MyKasih.
  5. Bagaimanakah cara mohon Bantuan MyKasih bulan Oktober?
    • Tiada sebarang permohonan dibuka untuk bulan Oktober kerana ianya diberikan secara automatik kepada yang layak sahaja.

RUJUKAN LANJUT

Pihak kami hanya berkongsi maklumat berkaitan Bantuan SARA MyKasih yang dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih bagi memudahkan capaian orang ramai. Namun, untuk maklumat dan pertanyaan lebih lanjut, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

Leave a Comment