SEMAKAN STATUS SYUKUR SABAH (FASA 3 2025)
Kini, Semakan Status SYUKUR Sabah (Fasa 3 2025) telah dibuka kepada pemohon yang layak. Bantuan SYUKUR Sabah adalah merupakan sebuah program bantuan Kerajaan Negeri Sabah yang disalurkan kepada rakyat yang berpendapatan rendah bagi meringankan bebanan kos sara hidup dari semasa ke semasa.
Ikuti panduan lengkap cara semakan status serta maklumat-maklumat bayaran Bantuan SYUKUR Sabah di bawah.
BACA JUGA : MANFAAT BUDI95 : SEMAKAN STATUS SUBSIDI PETROL RON95
APA ITU SYUKUR SABAH?
Bantuan SYUKUR Sabah atau rasminya Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah merupakan bantuan kewangan tunai bersasar yang diberikan secara berperingkat oleh Kerajaan Negeri Sabah kepada rakyat yang layak secara automatik berdasarkan pangkalan data eKasih dan PADANS.
Pelaksanaan Bantuan SYUKUR Sabah adalah secara berperingkat setiap tiga (3) bulan sekali yang mana bayaran adalah sebanyak RM300 sebulan, namun dibayar sekaligus sebanyak RM900 setiap fasa (3 bulan sekali).
SYARAT KELAYAKAN SYUKUR SABAH
Terdapat beberapa syarat am dan syarat khas yang ditetapkan kepada setiap kategori penerima. Ketahui syarat-syarat kelayakan SYUKUR Sabah di bawah :
SYARAT AM SYUKUR SABAH :
- Had umur 18 tahun dan ke atas;
- Warganegara Malaysia;
- Pemegang MyKad berstatus ‘H’; atau
- Menetap di Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun.
*Selain syarat di atas, penerima juga dipilih berdasarkan salah satu syarat tambahan di bawah :
- Berstatus miskin dan miskin tegar dalam pangkalan sistem eKasih; atau
- Pendapatan isi rumah kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.
SYARAT KHAS SETIAP KATEGORI :
Berikut merupakan syarat bagi setiap kategori penerima :
KATEGORI M40 | KELAYAKAN |
---|---|
Pendapatan : RM1,219 hingga RM2,742 | Pemohon hanya layak untuk seorang ketua isi rumah sahaja |
KATEGORI B40 | KELAYAKAN |
---|---|
Pendapatan : Kurang dari RM1,218 | -Ketua isi rumah & pasangan; atau -Ketua isi rumah & anak 18 tahun ke atas |
SEMAKAN STATUS SYUKUR SABAH
Bagi memudahkan pemohon membuat semakan status, berikut dikongsikan cara semakan secara online melalui portal rasmi dan melalui aplikasi dalam telefon pintar :

SEMAKAN SECARA ONLINE MELALUI PORTAL RASMI
- Sila layari Portal Rasmi PADANS di sini : https://padans.sabah.gov.my/.
- Halaman utama PADANS akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Semak].
- Bahagian semakan status akan dipaparkan.
- Seterusnya, klik pada butang [Teruskan].
- Masukkan nombor MyKad tanpa jarak dan sengkang.
- Klik pula pada butang [Semak].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
SEMAKAN SECARA ONLINE MELALUI APLIKASI
- Muat turun aplikasi YONO Superapp dalam telefon pintar anda melalui :
- Google Play Store; atau
- Apple App Store; atau
- Huawei AppGallery.
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Bagi yang belum mempunyai akaun, sila klik butang [Sign Up / Daftar].
- Isikan maklumat yang diperlukan.
- Log masuk akaun yang telah didaftarkan.
- Klik pada ikon [SYUKUR Sabah].
- Semak status kelayakan anda.
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
TARIKH BAYARAN SYUKUR SABAH
Pembayaran Bantuan SYUKUR Sabah adalah secara berperingkat sepanjang tahun 2025 mengikut fasa-fasa berikut :
PERINGKAT FASA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Fasa 1 (Januari – Mac) | Februari 2025 |
Fasa 2 (April – Jun) | April 2025 |
Fasa 3 (Julai – September) | September 2025 |
Fasa 4 (Oktober – Disember) | November 2025 |
KAEDAH BAYARAN SYUKUR SABAH
Bagi memudahkan rakyat untuk menerima Bantuan SYUKUR Sabah, Kerajaan menyediakan tiga (3) kaedah bayaran seperti berikut :
- Dibayar terus ke dalam akaun bank penerima; atau
- Diberikan secara tunai di kaunter; atau
- Dikreditkan ke dalam akaun e-Wallet dalam aplikasi YONO Superapp.
JUMLAH BAYARAN SYUKUR SABAH
Setiap penerima yang layak akan menerima jumlah bayaran Bantuan SYUKUR Sabah yang sama iaitu RM900 dan bagi kategori B40 miskin dan miskin tegar akan menerima sebanyak RM1,800 bagi dua penerima iaitu ketua isi rumah dan pasangan atau anak umur 18 tahun.
PERINGKAT FASA | JUMLAH BAYARAN |
---|---|
Fasa 1 | RM900 |
Fasa 2 | RM900 |
Fasa 3 | RM900 |
Fasa 4 | RM900 |
INFO LANJUT
Informasi dalam artikel ini berkaitan Bantuan SYUKUR Sabah dikongsikan adalah bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan mengenai cara semakan dan maklumat bayaran. Artikel ini juga dihuraikan berdasarkan sumber sahih dan rasmi daripada Portal Rasmi PADANS. Sekiranya anda mempunyai masalah atau pertanyaan lebih lanjut, rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Laman Portal Rasmi PADANS : https://padans.sabah.gov.my/
- Portal Sekretariat Maju Jaya Sabah : https://smj.sabah.gov.my/
- Hotline SYUKUR Sabah : 08-8338 338
- WhatsApp : 010-582 8207