BUDI95 SEMAKAN KELAYAKAN : SUBSIDI PETROL RON95

BUDI95 SEMAKAN KELAYAKAN : SUBSIDI PETROL RON95

Kesesakan di stesen-stesen minyak dapat dielakkan dengan melaksanakan Program Subsidi Bersasar BUDI MADANI RON95 (BUDI95) secara berperingkat kepada 16 juta rakyat. Kerajaan juga menyediakan pelbagai kemudahan untuk pengesahan penerima subsidi dengan menggunakan MyKad di stesen minyak dan secara online melalui Portal Rasmi dan aplikasi syarikat minyak.

Ketahui panduan lengkap cara semak kelayakan BUDI95 dan maklumat lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN OKU : SEMAK KELAYAKAN & PERMOHONAN ONLINE

TARIKH MULA GUNA BUDI95

Subsidi BUDI95 dapat digunakan oleh individu yang layak pada setiap hari untuk mengisi minyak petrol RON95 dengan harga runcit serendah RM1.99 seliter bermula pada tarikh-tarikh berikut :

TARIKH MULAI BUDI95JENIS PENERIMA
27/09/2025 (Sabtu)300 ribu anggota
Polis dan Tentera
28/09/2025 (Ahad)Golongan B40
(Penerima STR)
30/09/2025 (Selasa)Semua Golongan
yang Layak

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN BUDI95

Setakat ini hanya seramai 16 juta sahaja rakyat yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan dan disahkan ‘Layak’ untuk guna subsidi BUDI95. Berikut merupakan syarat kelayakan penerima BUDI95 :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 16 tahun dan ke atas;
  • Mempunyai lesen memandu sah dan masih aktif;
  • Tidak menetapkan tahap pendapatan.

BUDI95 SEMAKAN KELAYAKAN

Portal Rasmi BUDI MADANI RON95 (BUDI95) telah dibuka untuk semakan kelayakan. Ikuti panduan lengkap cara semak kelayaka seperti berikut :

  1. Layari laman Portal Rasmi BUDI95 di pautan berikut : https://www.budi95.gov.my/landing/
  2. Anda akan dibawa ke laman utama Semak Kelayakan.
  3. Tekan butang [Semak Kelayakan Individu].
  4. Seterusnya, masukkan No.MyKad diruangan yang telah disediakan.
  5. Klik butang [Semak Kelayakan].
  6. Status “LAYAK” akan dipaparkan sekiranya anda layak untuk kategori INDIVIDU.
  7. Selesai.

CARA ISI MINYAK GUNA BUDI95

Individu yang disahkan layak boleh mengisi minyak petrol RON95 menggunakan subsidi BUDI95 dengan harga RM1.99 seliter mengikut cara berikut :

  1. Bawa MyKad bersama ke stesen minyak terdekat.
  2. Masukkan MyKad pada pembaca kad di pam atau kaunter bayaran.
  3. Apabila MyKad disahkan dengan harga subsidi RM1.99 seliter.
  4. Bayar harga minyak mengikut liter secara tunai / kad bank / kod QR.
    • Contoh : RM1.99/liter x 10 liter = RM19.90 yang perlu dibayar.
  5. Isi minyak kenderaan anda.
  6. Dapatkan resit untuk semak baki kuota subsidi (300 liter sebulan).
  7. Selesai.

Bagi pengguna aplikasi syarikat minyak boleh membuat isian minyak guna BUDI95 mengikut cara mudah seperti berikut :

  1. Setelah selesai muat turun dan daftar aplikasi syarikat minyak.
  2. Semak kelayakan BUDI95 dan sahkan status melalui aplikasi tersebut.
  3. Pergi ke stesen minyak terdekat anda.
  4. Setkan lokasi stesen minyak yang anda berada.
  5. Masukkan nombor pam.
  6. Masukkan amaun liter yang anda perlukan.
  7. Harga akan dipaparkan.
  8. Bayar menerusi online.
  9. Isi minyak kenderaan anda.
  10. Semak baki kuota dalam aplikasi tersebut (300 liter sebulan).
  11. Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) BUDI95

  1. Saya tidak mempunyai kenderaan atas nama saya, tetapi saya mempunyai lesen memandu yang sah dan aktif. Adakah saya layak untuk guna subsidi BUDI95?
    • Ya, anda layak untuk guna subsidi BUDI95 sekiranya mempunyai lesen memandu dan mencukupi syarat kelayakan yang ditetapkan.
  2. Dimanakah boleh isi minyak petrol RON95 guna subsidi BUDI95?
    • Di mana-mana stesen minyak seluruh Malaysia.
  3. Bolehkah saya mengisi 20 liter sehari dengan guna subsidi BUDI95?
    • Ya boleh asalkan tidak melebihi 300 liter sebulan.
  4. Bagaimanakah jika saya mengisi minyak melebihi had kuota iaitu 300 liter dalam sebulan?
    • Sekiranya anda melebihi had kuota, anda perlu membayar minyak dengan harga pasaran semasa iaitu RM2.60 seliter.
  5. Adakah setiap kali mengisi minyak petrol RON95 guna subsidi BUDI95, saya perlu mengesahkan MyKad?
    • Ya, tetapi jika menggunakan aplikasi syarikat minyak, anda hanya perlu sahkan sekali sahaja.

*Untuk soalan-soalan lazim lebih lanjut, sila lihat di sini : https://www.budi95.gov.my/assets/pdfs/FAQ_BUDI95_Individu.pdf.

MAKLUMAT LANJUT

Kami hanya berkongsi maklumat terkini berkaitan Bantuan yang disediakan oleh Kerajaan MADANI. Sekiranya anda mempunyai masalah atau ingin mengetahui maklumat lebih lanjut, sila rujuk :

  • Hubungi Talian BUDI95 : 1300-88-9595; atau
  • Mesejkan ke Talian WhatsApp : +603-2631 4595; atau
  • E-melkan ke : [email protected]

Leave a Comment