SEMAKAN BANTUAN OKU : SEMAK KELAYAKAN & PERMOHONAN ONLINE
Kebajikan Orang Kurang Upaya (OKU) akan terus terpelihara dengan bantuan-bantuan bulanan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melalui Belanjawan 2025 yang telah menaikkan kadar bayaran kepada yang layak.
ketahui info lebih lanjut berkaitan Bantuan OKU di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN BUDI95 : STATUS KELAYAKAN SUBSIDI PETROL RON95

SENARAI BANTUAN OKU
Pelbagai bantuan yang disediakan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada golongan Kurang Upaya (OKU), antaranya ialah :
- Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) :
- Sebagai insentif untuk pekerja OKU agar terus bekerja dan mampu berdikari dan produktif.
- Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) :
- Membantu OKU yang tidak berupaya bekerja dan tinggal bersama keluarga.
- Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT) :
- Meringan bebanan keluarga / penjaga / pesakit bagi menjaga OKU yang terlantar sakit.
SYARAT KELAYAKAN
Berikut merupakan syarat-syarat am penerima Bantuan OKU :
- Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;
- Berumur 16 tahun dan ke atas;
- Pemegang Kad OKU yang berdaftar dengan JKM;
- Serta memenuhi syarat-syarat spesifik Bantuan EPOKU, BTB dan BPT yang lain.
Ketahui syarat-syarat lebih lanjut di sini : https://www.jkm.gov.my/main/article/bantuan-bulanan.
KADAR BAYARAN BANTUAN OKU
Kadar pembayaran Bantuan OKU adalah berbeza bagi setiap jenis bantuan yang ditawarkan seperti berikut :
JENIS BANTUAN OKU | KADAR BAYARAN |
---|---|
EPOKU (Elaun Pekerja OKU) | RM450.00 sebulan seorang |
BTB (Bantuan OKU Tidak Berupaya Kerja) | RM300.00 sebulan seorang |
BPT (Bantuan Penjaga OKU Terlantar) | RM500.00 sebulan seorang |
SEMAKAN BANTUAN OKU
Bagi individu yang telah kemukakan permohonan Bantuan OKU, boleh membuat semakan secara online seperti berikut :
- Sila klik pada pautan semakan rasmi JKM di sini : https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp.
- Anda akan dibawa ke halaman utama portal rasmi JKM.
- Kemudian, klik pada [eBantuanJKM].
- Pada laman tersebut, sila klik pada [Semakan Status Permohonan Atas Talian].
- Masukkan nombor kad pengenalan pemohon pada ruangan No.MyKad.
- Klik pada butang [Semak].
- Status pemohon akan dipaparkan.
- Selesai.
PROSES MOHON BANTUAN OKU
Berikut pula merupakan proses permohonan dan kelulusan Bantuan OKU :
- Semak Kelayakan :
- Pastikan anda memenuhi syarat kelayakan umum dan khusus bagi bantuan yang dipohon.
- Sediakan Dokumen Sokongan :
- Kumpulkan dokumen yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan, sijil kelahiran, penyata pendapatan, dan dokumen lain yang berkaitan.
- Isi Borang Permohonan :
- Dapatkan borang permohonan di pejabat JKM terdekat atau muat turun dari laman web rasmi JKM.
- Hantar Permohonan :
- Serahkan borang permohonan yang lengkap bersama dokumen sokongan ke pejabat JKM berhampiran.
- Tunggu Maklum Balas :
- Pihak JKM akan memproses permohonan anda dan memaklumkan keputusan melalui surat atau panggilan telefon.
SOALAN LAZIM (FAQ) BANTUAN OKU
- Adakah Bantuan OKU dibayar sekali sahaja?
- Bantuan OKU dibayar kepada yang layak pada setiap bulan.
- Bagaimanakah cara terima bayaran Bantuan OKU?
- Pihak JKM akan memberi bayaran Bantuan OKU melalui akaun bank penerima / penjaga atau secara tunai di cawangan JKM terdekat.
- Bilakah bayaran Bantuan OKU dimasukkan?
- Bayaran Bantuan OKU akan dimasukkan setelah permohonan diluluskan dan mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak JKM.
- Bolehkah Bantuan OKU digunakan untuk beli keperluan asas?
- Ya, Bantuan OKU yang diberikan adalah untuk digunakan bagi memenuhi keperluan asas OKU.
- Adakah OKU yang bekerja juga layak terima Bantuan OKU oleh JKM?
- Ya, sekiranya memenuhi kelayakan yang ditetapkan.
INFO LANJUT
Kami hanya menghuraikan info berkaitan Bantuan OKU yang memudahka carian anda. Sekiranya anda info mengetahui info lebih lanjut, sila rujuk pihak berwajib (JKM) seperti berikut :
- Laman JKM : https://www.jkm.gov.my/main/article/bantuan-bulanan.
- Talian JKM : 03 – 8000 8000
- Faks : 03 – 8323 2045