SEMAKAN BUDI95 : STATUS KELAYAKAN SUBSIDI PETROL RON95

SEMAKAN BUDI95 : STATUS KELAYAKAN SUBSIDI PETROL RON95

Demi menangani ketirisan disebabkan penyeludupan subsidi yang diberikan kepada bukan warganegara, Kerajaan menaikkan harga runcit minyak petrol RON95 kepada RM2.60 seliter dan memberikan subsidi bersasar kepada rakyat dengan harga runcit minyak petrol RON95 sebanyak RM1.99 seliter.

Ketahui status kelayakan dan maklumat lebih terperinci berkaitan BUDI95 di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN LESEN MEMANDU PERCUMA : PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS

SEMAKAN BUDI95

APA ITU BUDI95?

BUDI95 atau rasminya BUDI MADANI RON95 ialah merupakan program subsidi bersasar bagi minyak petrol RON95 yang dilaksanakan untuk penurunan harga dan mengawal subsidi daripada pembaziran dan ketirisan.

Harga minyak petrol RON95 dapat diturunkan daripada RM2.05 seliter kepada RM1.99 seliter melalui BUDI MADANI RON95. Rakyat Malaysia yang layak disarankan membuat pengesahan menggunakan MyKad sebelum mengisi minyak RM1.99 seliter.

Bagi warga asing atau rakyat yang tiada lesen memandu atau cip MyKad rosak, tidak boleh tebus subsidi minyak petrol sebanyak RM1.99 seliter dan pergi membayar minyak mengikut harga pasaran yang akan dinaikkan sekitar RM2.60 seliter.

SEMAKAN SYARAT LAYAK BUDI95

Bukan semua rakyat Malaysia layak untuk menggunakan subsidi minyak petrol RON95 dengan harga RM1.99 seliter. Ianya diberikan kepada rakyat yang memenuhi kriteria dan syarat kelayakan berikut :

SYARAT-SYARATKRITERIA KELAYAKAN
WarganegaraMalaysia
Had UmurSeawal 16 tahun dan ke atas
Status Lesen MemanduSah dan masih aktif
Tahap PendapatanTiada had

TARIKH KUATKUASA BUDI95

Harga minyak petrol RON95 dengan subsidi BUDI95 sebanyak RM1.99 seliter akan berkuatkuasa bermula pada tarikh-tarikh berikut :

  • Mulai 27 September 2025 : Polis & Tentera.
  • Mulai 28 September 2025 : Penerima STR B40.
  • Mulai 30 September 2025 : Semua Yang Layak.

*Nota : Penggunaan subsidi BUDI95 bukanlah sehari sahaja pada tarikh di atas. Namun, ianya boleh digunakan pada setiap hari bermula tarikh di atas.

CARA TEBUS BUDI95

Rakyat boleh tebus Subsidi minyak petrol RON95 RM1.99 seliter di mana-mana stesen minyak yang berhampiran mengikut cara-cara seperti berikut :

Tebus Minyak Subsidi BUDI95 Di Kaunter / Pam :
  1. Masukkan MyKad pada mesin pembaca kad di pam untuk pengesahan; atau
  2. Berikan MyKad kepada juruwang di kaunter untuk pengesahan.
  3. Status akan memaparkan harga ‘RM1.99 seliter’.
  4. Bayar mengikut liter yang anda inginkan secara tunai di kaunter atau menggunakan kad bank di mesin pam.
    • Contoh : RM1.99 / liter x 10 liter = RM19.90 *jumlah yang perlu dibayar.
  5. Isi minyak seperti biasa.
  6. Dapatkan resit untuk semak baki kuota (300 liter sebulan).
  7. Selesai.
Tebus Minyak Subsidi BUDI95 Melalui Aplikasi :
  1. Muat turun aplikasi syarikat minyak seperti :
    • Setel (untuk syarikat Petronas).
    • CaltexGo (untuk syarikat Caltex).
    • Bonuslink (untuk syarikat Shell).
    • Petron (untuk syarikat Petron).
    • dan sebagainya.
  2. Daftarkan akaun anda dalam aplikasi tersebut.
  3. Sahkan kelayakan anda melalui BUDI95.
  4. Pergi ke stesen minyak terdekat anda.
  5. Buka aplikasi yang anda telah muat turun mengikut syarikat minyak.
  6. Sahkan lokasi stesen minyak anda pilih.
  7. Masukkan nombor pam dan amaun yang anda inginkan.
    • Contoh : Pam 5, 10 liter (RM19.90 jumlah perlu dibayar).
  8. Bayar secara atas talian (online).
  9. Isi minyak seperti biasa.
  10. Semak baki kuota (300 liter sebulan) dalam aplikasi.
  11. Selesai.

SEMAKAN BUDI95

Sebelum menebus subsidi minyak petrol RON95 dengan BUDI95, anda perlu membuat semakan status kelayakan sama ada layak atau tidak anda bayar minyak dengan harga RM1.99 seliter. Ikuti cara semakan berikut :

  1. Layari pautan Portal Rasmi BUDI95 di sini : https://www.budi95.gov.my/landing.
  2. Halaman utama BUDI95 akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [Semak Kelayakan Individu].
  4. Bahagian semakan status akan dipaparkan.
  5. Masukkan Nombor MyKad pada ruangan yang disediakan.
    • Tanpa jarak dan tanpa sengkang (Contoh : 800230112345).
  6. Tandakan pada [Verify As Human].
  7. Kemudian, klik butang [Semak Kelayakan].
  8. Status kelayakan anda akan dipaparkan.
  9. Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) BUDI95

  1. Bagaimanakah sekiranya status kelayakan saya dipaparkan “Tidak Layak Atas Sebab Lesen Tidak Aktif”?
    • Anda perlu memperbaharui lesen memandu sebelum BUDI95 dikuatkuasa. Sekiranya lesen gagal diperbaharui, anda perlu membayar minyak petrol RON95 dengan harga pasaran semasa.
  2. Adakah setiap kali mengisi minyak saya perlu membuat pengesahan menggunakan MyKad?
    • Ya, ianya supaya hanya rakyat Malaysia yang layak sahaja dapat menggunakan subsidi BUDI95.
  3. Berapakah harga minyak petrol RON95 yang perlu dibayar sekiranya tidak layak BUDI95?
    • Bagi Warga Asing dan yang tidak layak BUDI95 perlu membayar harga minyak petrol RON95 dengan harga pasaran yang mencecah RM2.60 seliter.
  4. Saya baru sahaja lulus ujian lesen memandu, adakah saya layak untuk guna subsidi BUDI95?
    • Ya, anda layak sekiranya mempunyai lesen memandu yang sah dan aktif.
  5. Adakah kerajaan menetapkan had pengisian minyak harian bagi subsidi BUDI95?
    • Tiada sekatan dikenakan terhadap pengisian minyak lebih daripada sekali sehari. Namun begitu, Kerajaan akan terus memantau corak penggunaan dengan teliti bagi mengelakkan berlaku penyalahgunaan subsidi.

RUJUKAN

Pihak kami hanya menyediakan info-info penting sahaja berkaitan Subsidi BUDI MADANI RON95. Untuk sebarang masalah atau pertanyaan lanjut berkaitan BUDI95, anda boleh rujuk pihak berwajib melalui berikut :

  • Hubungi Talian BUDI95 : 1300-88-9595; atau
  • Mesejkan ke Talian WhatsApp : +603-2631 4595; atau
  • E-melkan ke : [email protected]

Leave a Comment