SEMAK KELAYAKAN SUBSIDI BUDI95 : CHECK LAYAK ATAU TIDAK
BUDI MADANI RON95 atau ringkasnya BUDI95 diperkenalkan sebagai sebuah inisiatif penyasaran subsidi minyak petrol RON95 yang mana rakyat yang layak boleh mengisi minyak dengan harga paling murah iaitu RM1.99 seliter. Subsidi BUDI95 hanya disasarkan kepada 16 juta rakyat sahaja bagi mengelakkan pembaziran subsidi.
Ketahui panduan lengkap cara semak kelayakan Subsidi BUDI95 dan maklumat lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : MY SARA SEMAKAN STATUS : LAYAK ATAU TIDAK

TARIKH MULA GUNA SUBSIDI BUDI95
Seramai 16 juta rakyat boleh mengisi minyak petrol RON95 dengan menggunakan Subsidi BUDI95 pada setiap hari bermula pada tarikh-tarikh berikut :
KATEGORI KELAYAKAN | TARIKH MULA SUBSIDI BUDI95 |
---|---|
Anggota Polis & Tentera | Mulai 27 September 2025 |
Penerima STR B40 | Mulai 28 September 2025 |
Semua Rakyat Yang ada Lesen | Mulai 30 September 2025 |
SYARAT KELAYAKAN SUBSIDI BUDI95
Subsidi BUDI95 diberikan hanya kepada 16 juta rakyat yag terpilih sahaja berdasarkan syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Kerajaan MADANI seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Belia seawal umur 16 tahun dan ke atas;
- Mempunyai lesen memandu sah dan aktif;
- Tanpa mengira tahap pendapatan.
KADAR HARGA MINYAK PETROL RON95
Berikut merupakan kadar perbezaan harga minyak petrol RON95 dengan subsidi baharu dan tanpa subsidi baharu :
- Harga Semasa Kini : RM2.05 / seliter.
- Harga Subsidi Baharu : RM1.99 / seliter.
- Harga Tanpa Subsidi Baharu : RM2.60 / seliter.
SEMAK KELAYAKAN SUBSIDI BUDI95
Sebelum membuat isian minyak dengan Subsidi BUDI95 pastikan anda menyemak kelayakan sama ada layak atau tidak menggunakan Subsidi BUDI95. Ikuti cara semakan kelayakan yang lengkap seperti di bawah :
- Layari laman Portal Rasmi BUDI MADANI di sini : https://www.budimadani.gov.my/.
- Anda akan dibawa ke halaman utama BUDI MADANI.
- Pilih [BUDI MADANI RON95] untuk semakan kelayakan.
- Seterusnya, klik pada butang [Semak Kelayakan Individu].
- Bahagian Semakan Status akan dipaparkan.
- Isikan ruangan yang disediakan dengan Nombor MyKad anda tanpa jarak (-).
- Tandakan pada butang [Verify As Human].
- Kemudian, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Status Kelayakan anda akan dipaparkan.
- Bagi yang layak akan dipaparkan “Layak”; atau
- Bagi yang tidak layak akan dipaparkan sebab-sebab tidak layak.
- Selesai.
CARA ISI MINYAK GUNA SUBSIDI BUDI95
Sekiranya anda disahkan ‘Layak’, anda boleh mengisi minyak petrol RON95 dengan Subsidi BUDI95 bernilai RM1.99 seliter mengikut panduan-panduan di bawah :
- Panduan Isi Minyak Guna Subsidi BUDI95 di Kaunter / Pam :
- Kunjungi mana-mana stesen minyak terdekat anda.
- Masukkan MyKad pada mesin pembaca kad di pam; atau
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan.
- Setelah disahkan dan harga dipaparkan RM1.99 seliter.
- Bayar mengikut amaun liter yang anda perlukan.
- Isi minyak seperti biasa.
- Semak resit baki kuota 300 liter sebulan.
- Selesai.
Bagi individu yang menggunakan aplikasi syarikat minyak juga boleh menggunakan Subsidi BUDI seperti berikut :
- Panduan Isi Minyak Guna Subsidi BUDI95 dalam Aplikasi :
- Muat turun aplikasi (Contoh : Aplikasi Setel untuk Petronas).
- Daftar dan lengkapkan maklumat yang diperlukan.
- Sahkan status anda ‘Layak’ atau ‘Tidak Layak’ guna subsidi BUDI95.
- Kunjungi stesen minyak terdekat anda.
- Buka aplikasi tersebut.
- Tetapkan lokasi stesen minyak anda.
- Masukkan nombor pam dan amaun liter minyak.
- Bayar melalui online.
- Isi minyak seperti biasa.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) BUDI95
- Adakah rakyat diberikan minyak petrol RON95 secara percuma melalui MyKad?
- Tidak, MyKad hanya digunakan untuk pengesahan sebagai penerima Subsidi BUDI95 sahaja dan penerima yang layak boleh isi minyak denga bayaran RM1.99 seliter.
- Bagaimanakah cara mohon Subsidi RON95?
- Subsidi RON95 diberikan secara automatik kepada yang layak sahaja dan tiada sebarang permohonan dibuka.
- Berapakah had Subsidi BUDI95 yang boleh digunakan?
- Setiap seorang diberikan sebanyak 300 liter setiap bulan.
- Bolehkah individu yang layak mengisi minyak petrol RON95 dengan Subsidi BUDI95 pada setiap hari?
- Ya boleh sekiranya tidak melebihi 300 liter setiap bulan.
- Bagaimanakah jika rakyat Malaysia yang tidak layak Subsidi BUDI95?
- Rakyat Malaysia yang tidak layak terima Subsidi BUDI95 perlu membayar harga minyak mengikut harga pasaran yang akan diumumkan nanti.
MAKLUMAT LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah rujuk daripada Portal Rasmi BUDI MADANI. Untuk maklumat lebih lanjut da terperinci, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian BUDI MADANI : 1300-88-9595
- e-Mel : [email protected]
- Talian WhatsApp : +603-2631 4595