BUDI MADANI RON95 2025 : SEMAKAN STATUS INDIVIDU

BUDI MADANI RON95 2025 : SEMAKAN STATUS INDIVIDU

Seramai 1.6 juta penerima layak menikmati subsidi Budi Madani bagi petrol RON95 pada kadar RM1.99 seliter, dan semakan status kelayakan boleh dibuat di Portal Rasmi Budi Madani.

Bagaimanakah semakan status budi madani ron95 2025? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAKAN STATUS BUDI MADANI RON95 2025

BUDI MADANI RON95 2025

SIAPA YANG LAYAK?

Kelayakan penerima Subsidi RON95 adalah seperti berikut:

  • Semua Warganegara Malaysia;
  • Berusia 16 tahun dan ke atas;
  • Memiliki lesen memandu yang SAH berdaftar JPJ;
  • Lesen memandu yang aktif (masih SAH);

Catatan : Tiada sebarang permohonan diperlukan, individu yang memenuhi syarat kelayakan akan menerima subsidi petrol RON95 secara automatik.

KAEDAH SEMAKAN

Semakan status kelayakan boleh dibuat melalui beberapa kaedah seperti berikut :

  • Portal Rasmi Budi Madani;
  • Aplikasi Digital dan Aplikasi Syarikat Minyak (Seperti Touch n’ Go, Setel, CaltexGo);
  • Menggunakan MyKad di Stesen Minyak atau Terminal Pam Minyak.

BUDI MADANI RON95 2025

Status Kelayakan BUDI MADANI RON95 di Portal Rasmi boleh disemak secara online seperti berikut:

  1. Layari laman Portal Rasmi BUDI MADANI di pautan berikut : https://www.budi95.gov.my/landing/
  2. Anda akan dibawa ke laman utama Semak Kelayakan.
  3. Tekan butang “Semak Kelayakan Individu”.
  4. Seterusnya, masukkan No.MyKad anda diruangan yang telah disediakan.
  5. Klik butang “Semak Kelayakan’.
  6. Status “LAYAK” akan dipaparkan sekiranya anda layak untuk kategori INDIVIDU.
  7. Selesai.

CARA TEBUS & NIKMATI SUBSIDI

Berikut merupakan langkah-langkah penggunaan subsidi ron95 :

  1. Bawa MyKad dan Kunjungi Stesen Minyak berdekatan anda.
  2. Letakkan MyKad di terminal pembaca MyKad yang disediakan di Kedai Stesen Minyak dan Terminal Pam Minyak untuk pengesahan kelayakan penerima; atau
  3. Kemukakan MyKad kepada kakitangan yang mengendalikan terminal MyKad untuk pengesahan.
  4. Kelayakan anda akan disahkan, jika anda layak, terminal akan memaparkan kod QR atau butiran transaksi yang perlu dimasukkan.
  5. Jika anda telah membuat semakan di Aplikasi Digital (Aplikasi Syarikat Minyak), tunjukkan kod QR daripada aplikasi untuk diimbas oleh juruwang.
  6. Kemudian buat bayaran mengikut liter yang diisi.
  7. Isi minyak RON95 seperti biasa.
  8. Selesai.

KENAPA PENTING SEMAKAN STATUS INI?

Semakan Status kelayakan penerima amat penting bagi :

  • Memastikan penerima tidak terlepas menerima manfaat Subsidi Petrol RON95 dengan kadar RM1.99 seliter.
  • Mengesahkan status anda sama ada layak atau tidak untuk mendapatkan petrol RON95 dengan harga subsidi RM1.99 seliter; dan
  • Mengelakkan berlaku kesulitan semasa pengisiian minyak seperti berlaku kesesakan untuk pengesahan kelayakan di Stesen Minyak.

JADUAL PELAKSANAAN BUDI MADANI RON95

Pelaksanaan penyasaran Subsidi minyak Petrol RON95 dengan kadar RM1.99 seliter akan berkuatkuasa pada penghujung bulan September 2025 seperti berikut:

KATEGORI PENERIMATARIKH PELAKSANAANHARGA SELEPAS SUBSIDI
(RM)
Warga Polis & Tentera27 September 2025 (Sabtu)RM1.99/Liter
Penerima
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
28 September 2025 (Ahad)RM1.99/Liter
Semua Warganegara Malaysia
(Orang Awam dan Bukan Penerima STR)
30 September 2025 (Selasa)RM1.99/Liter

SOALAN LAZIM (FAQ) BUDI MADANI RON95

Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SUBSIDI RON95:

  1. Bila BUDI Madani RON95 akan bermula?
    • Subsidi petrol RON95 boleh digunakan secara rasmi pada 30 September 2025. Namun, untuk penerima STR, dan Warga Polis/Tentera boleh menggunakanya beberapa hari lebih awal.
  2. Berapa harga petrol RON95 selepas subsidi?
    • Harga ditetapkan adalah RM1.99 seliter (Petrol RON95).
  3. Bagaimana semakan status kelayakan?
    • Semakan status kelayakan boleh di buat di Portal Rasmi Budi atau Aplikasi Digital (Aplikasi Syarikat Minyak) dan menggunakan MyKad di Stesen Minyak.
  4. Apakah had liter maksimum yang dibenarkan?
    • Setiap rakyat yang layak boleh menikmati subsidi sehingga 300 liter sebulan, namun untuk kenderaan e-hailing, had tambahan akan diberikan melalui permohonan.
  5. Adakah pemandu e-hailing ada kelebihan kuota?
    • Ya, terdapat pengecualian untuk pemandu e-hailing yang mungkin memerlukan kuota tambahan melalui permohonan.

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kami hanya menyediakan maklumat terkini berkaitan bantuan Kerajaan untuk Program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) yang dirujuk daripada Siaran Media Kementerian Kewangan (MOF). Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini :

Leave a Comment