MY SARA SEMAKAN STATUS : LAYAK ATAU TIDAK

MY SARA SEMAKAN STATUS : LAYAK ATAU TIDAK

SARA atau rasminya Sumbangan Asas Rahmah adalah merupakan inisiatif Kerajaan MADANI untuk membantu meringankan bebanan kewangan rakyat dengan menyalurkan bantuan keperluan asas seperti barang dapur, produk kebersihan, ubat-ubatan dan sebagainya pada setiap bulan.

Status kelayakan penerima My SARA boleh disemak secara online. Ikuti cara semakan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SKAS SEMAKAN STATUS KELAYAKAN RAKYAT SARAWAK

MY SARA SEMAKAN STATUS

CARA BAYARAN MY SARA

Kerajaan melaksanakan bayaran Bantuan MySARA secara tanpa tunai melalui akaun Kad Pengenalan (MyKad) pada setiap bulan dan one-off yang boleh digunakan untuk beli barangan keperluan asas pada bila-bila masa sahaja.

  • Bayaran Setiap Bulan : Kepada 5.4 juta penerima B40 dan M40.
  • Bayaran One-Off : Kepada 22 juta Rakyat Malaysia (termasuk B40, M40 dan T20).

SEMAKAN JUMLAH BAYARAN MY SARA

Setiap kategori daripada B40, M40 dan T20 akan terima jumlah bayaran Bantuan MySARA yang berbeza-beza setiap bulan dan one-off seperti berikut :

  • Jumlah Bayaran Setiap Bulan :
KATEGORIPENERIMA B40PENERIMA M40
Isi RumahRM100 – RM200
setiap bulan
RM100
setiap bulan
Warga EmasRM100 – RM150
setiap bulan
RM50
setiap bulan
BujangRM50
setiap bulan
  • Jumlah Bayaran One-Off :
KATEGORIPENERIMA B40PENERIMA M40PENERIMA T20
Isi RumahRM100RM100RM100
Warga EmasRM100RM100RM100
BujangRM100RM100RM100

TARIKH BAYARAN MY SARA

Pembayaran Bantuan MySARA dilaksanakan mengikut tarikh-tarikh yang telah dijadualkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) seperti berikut :

JENIS PENERIMAANTARIKH BAYARAN
Setiap Bulan15 Januari 2025
1 Februari 2025
1 Mac 2025
1 April 2025
1 Mei 2025
1 Jun 2025
1 Julai 2025
1 Ogos 2025
1 September 2025
1 Oktober 2025
1 November 2025
1 Disember 2025
One-off31 Ogos 2025

SEMAKAN STATUS MY SARA

Status kelayakan sebagai penerima Bantuan My SARA boleh disemak secara online dengan mudah seperti berikut :

  1. Buka aplikasi App Store / Google Play / Huawei App Gallery di dalam telefon bimbit anda.
  2. Muat turun aplikasi ‘MyKasih‘ dalam telefon bimbit anda.
  3. Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
  4. Anda akan dipaparkan dua (2) pilihan, iaitu [Penghargaan SARA One-Off] dan [SARA Bulanan & Penghargaan SARA One-Off].
  5. Pilih [Penghargaan SARA One-Off] atau [SARA Bulanan & Penghargaan SARA One-Off].
  6. Anda akan dipaparkan ‘Welcome to the MyKasih App’.
  7. Tandakan pada ‘I have read and agreed’ di bawah.
  8. Kemudian, klik butang [CONTINUE].
  9. Klik pada butang [Check Eligibility & Balance] untuk mengetahui status anda.
  10. Anda akan dibawa ke halaman ‘Semakan Status’.
  11. Masukkan nombor MyKad pada ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-).
  12. Tandakan pada butang [Verify you are human] dan klik [Semakan Status].
  13. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
  14. Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) MY SARA

  1. Sehingga bilakah Bantuan My SARA boleh digunakan?
    • Bantuan My SARA boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja sehingga 31 Disember 2025 sahaja.
  2. Bolehkah Bantuan My SARA digunakan untuk beli barang sekolah anak?
    • Ya boleh sekiranya barang tersebut dilabelkan dalam senarai barangan My SARA.
  3. Berapakah had pembelian barangan keperluan asas?
    • Had pembelian barangan keperluan asas dengan Bantuan MySARA adalah mengikut jumlah yang ditetapkan setiap kategori.
  4. Bagaimanakah jika Bantuan MySARA tidak dihabiskan sehingga 31 Disember 2025?
    • Kerajaan akan menyekat dan menarik kembali Bantuan MySARA dalam MyKad.
  5. Adakah penerima perlu membayar lebihan barangan keperluan asas sekiranya melebihi Bantuan MySARA?
    • Ya, sekiranya melebihi had Bantuan MySARA dalam MyKad.

INFO LANJUT

Informasi dalam artikel ini berkaitan Bantuan SARA adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih SARA. Untuk mendapatkan info lebih lanjut, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah.

Leave a Comment