SKAS SEMAKAN STATUS KELAYAKAN RAKYAT SARAWAK
Bantuan SKAS yang terbaru disediakan oleh Kerajaan Negeri Sarawak dengan peruntukan kira-kira sebanyak RM450 juta untuk manfaat seramai 850,000 rakyat Sarawak yang berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40).
Ketahui status kelayakan rakyat Sarawak untuk terima Bantuan SKAS lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK SUBSIDI MINYAK PETROL RON95 : BUDI MADANI

APA ITU SKAS?
SKAS adalah singkatan daripad Sumbangan Keperluan Asas Sarawak yang merupakan sebuah bantuan tambahan yang diberikan khas untuk rakyat Sarawak yang layak bagi menampung kos pembelian barangan keperluan asas harian.
Rakyat yang layak boleh membeli barang keperluan dapur seperti beras, gula, minyak masak dan sebagainya. Selain itu, rakyat juga boleh beli barang keperluan asas yang lain seperti lampin pakai buang, peralatan mandi dan sebagainya.
KAEDAH KREDIT BANTUAN SKAS
Bantuan SKAS bukan diberikan secara tunai / dikreditkan melalui akaun bank penerima. Ianya dikreditkan secara tanpa tunai seperti berikut :
JENIS BANTUAN | KAEDAH KREDIT |
---|---|
Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) | Dikreditkan secara tanpa tunai melalui akaun e-Wallet dalam aplikasi S Pay Global |
KADAR BANTUAN SKAS
Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang akan menerima Bantuan SKAS dengan kadar yang berbeza seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN (RM) |
---|---|
Isi Rumah | 800.00 |
Warga Emas | 400.00 |
Bujang | 250.00 |
TARIKH PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS
Berikut merupakan tarikh-tarikh penting Bantuan SKAS 2025 :
TARIKH PERMOHONAN | TARIKH SEMAKAN STATUS |
---|---|
1 Februari 2025 hingga 31 Mac 2025 | 22 September 2025 |
SKAS SEMAKAN STATUS KELAYAKAN RAKYAT SARAWAK
Status kelayakan pemohon kini boleh diketahui melalui semakan di laman web rasmi SKAS seperti berikut :
- Sila layari laman web rasmi SKAS Sarawak di sini :https://www.sarawak.gov.my/home/skas/index.html.
- Anda akan dipaparkan ke halaman utama SKAS Sarawak.
- Klik pada butang [Semakan Kelayakan].
- Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
- Masukkan nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-).
- Seterusnya, klik pada butang [Cari] di bawah.
- Status kelayakan anda akan dipaparkan.
- Selesai.
Setelah anda disahkan ‘Layak’ anda perlu muat turun aplikasi ‘S Pay Global’ untuk terima bayaran SKAS. Ikuti cara daftar aplikasi S Pay Global :
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Pilih butang [New User Registration].
- Pilih [Kewarganegaraan] anda.
- Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
- Muat naik gambar MyKad anda.
- Rakam muka anda dalam bulatan yang disediakan.
- Nombor TAC akan dihantar ke nombor telefon anda untuk pengesahan.
- Sila [Log Masuk] kembali ke aplikasi S Pay Global.
- Tetapkan nombor PIN anda untuk pengesahan bayaran nanti.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) SKAS
- Adakah penerima boleh mengeluarkan Bantuan SKAS dari S Pay Global secara tunai?
- Penerima tidak boleh mengeluarkan Bantuan SKAS dari S Pay Global dan perlu digunakan untuk beli barang secara tanpa tunai.
- Bagaimanakah cara untuk bayar barang keperluan guna Bantuan SKAS?
- Penerima perlu buka e-Wallet S Pay Global dan buat bayaran menggunakan kod QR dan masukkan PIN yang telah ditetapkan.
- Dimanakah boleh guna Bantuan SKAS?
- Bantuan SKAS boleh digunakan untuk beli barang keperluan di mana-mana premis yang menerima pembayaran tanpa tunai (cashless).
- Adakah Bantuan SKAS dibayar setiap bulan seperti Bantuan SARA?
- Bantuan SKAS hanya dibayar sekali sahaja. Manakala Bantuan SARA dibayar pada setiap bulan.
- Bilakah tarikh akhir boleh guna Bantuan SKAS?
- Sehingga 31 Disember 2025 sahaja.
INFO LANJUT
Kami hanya menghuraikan informasi daripada Portal Rasmi SKAS untuk memudahkan carian anda. Sekiranya anda mempunyai masalah atau pertanyaan lanjut, sila rujuk pihak SKAS seperti berikut :
- Pusat Talikhidmat : +6082-555999
- e-Mel : [email protected]