SEMAK STATUS SUBSIDI PETROL RON95 : LAYAK ATAU TIDAK RM1.99 SELITER
Minyak Petrol RON95 kini masih lagi dengan harga semasa iaitu RM2.05 seliter. Namun, ianya akan diturunkan kepada RM1.99 seliter melalui Subsidi Petrol RON95 yang akan dilancarkan di bawah BUDI MADANI RON95 bermula pada 30 September 2025 (Selasa) kepada semua 16 juta rakyat Malaysia.
Ikuti cara semak status penerima Subsidi Petrol RON95 dan ketahui info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK KELAYAKAN BUDI95

KADAR HARGA PETROL RON95
Harga Petrol RON95 semasa, dengan subsidi baharu dan tanpa subsidi baharu mempunyai perbezaan yang ketara dapat dilihat seperti berikut :
| STATUS SUBSIDI | KADAR HARGA |
|---|---|
| Subsidi semasa (Kini) | RM2.05 / seliter |
| Subsidi baharu | RM1.99 / seliter |
| Tanpa Subsidi baharu | RM2.60 / seliter |
SEMAK HAD SUBSIDI PETROL RON95
Pembaziran subsidi dapat dielakkan dengan menghadkan penggunaa kepada setiap penerima pada setiap bulan mengikut kadar berikut :
| HARGA PETROL RON95 | HAD SUBSIDI DIBENARKAN |
|---|---|
| RM1.99 / seliter | 300 liter setiap bulan |
SYARAT LAYAK SUBSIDI PETROL RON95
Bagi mengelakan berlaku ketirisan subsidi dan mengekang aktiviti penyeludupan, Kerajaan menapis penerima yang layak subsidi Petrol RON95 melalui syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan sahaja.
Berikut merupakan antara syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan :
| SYARAT | KELAYAKAN |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Had umur | 16 tahun dan ke atas |
| Status Lesen | Sah dan masih aktif |
| Jenis Kenderaan | Kerata / motorsikal (Persendirian) |
SEMAK STATUS SUBSIDI PETROL RON95
Status kelayakan sebagai penerima Subsidi Petrol RON95 boleh disemk melalui tiga (3) kaedah yang mudah, iaitu :
- Melalui Portal Rasmi BUDI MADANI RON95 (BUDI95); atau
- Mesin Pam / Kaunter Kedai Stesen Minyak; atau
- Melalui Aplikasi Syarikat Minyak (Setel / CaltexGo / Bonuslink / Petron).
Ikuti cara-cara semak status kelayakan seperti berikut :
- Portal Rasmi :
- Layari Portal Rasmi BUDI MADANI RON95 (BUDI95) di sini : https://www.budimadani.gov.my/.
- Pilih [Semakan Kelayakan BUDI MADANI RON95].
- Seterusnya, klik pada butang [BUDI95 Individu].
- Masukkan nombor MyKad pada ruangan yang disediakan.
- Klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan “LAYAK”.
- Selesai.
- Stesen Minyak :
- Kunjungi mana-mana stesen minyak yang terdekat.
- Letakkan MyKad pada mesin Terminal Pembaca MyKad.
- Status kelayakan anda akan dipaparkan.
- Selesai.
- Aplikasi Mudah Alih :
- Muat turun / install aplikasi syarikat minyak yang anda mahu.
- Daftarkan akaun anda dengan betul.
- Isi maklumat yang diperlukan.
- Muat naik gambar MyKad anda.
- Sahkan nombor PIN anda.
- Klik pada ikon [BUDI95].
- Semak kelayakan anda.
- Selesai.
CARA ISI MINYAK GUNA SUBSIDI RON95
Panduan isi minyak guna Subsidi (Tunai / Kad Kredit) :
- Pergi ke stesen minyak terdekat anda.
- Sahkan MyKad anda di mesin pam / kaunter bayaran.
- Harga minyak akan dipaparkan “RM1.99/liter”.
- Bayar ikut harga per liter yang anda inginkan secara tunai / kad kredit / debit.
- Isi minyak seperti biasa.
- Semak baki kuota pada resit yang diberikan (300 liter sebulan).
- Selesai.
Berikut pula panduan isi minyak guna Subsidi (Aplikasi Syarikat Minyak) :
- Muat turun aplikasi syarikat minyak seperti :
- Setel;
- CaltexGo;
- Petron;
- Bonuslink;
- Touch n Go.
- Daftarkan akaun di aplikasi tersebut.
- Isikan maklumat yang diperlukan.
- Klik pada ikon [BUDI95].
- Semak kelayakan MyKad anda sebagai penerima subsidi.
- Pergi ke stesen minyak terdekat.
- Sahkan lokasi stesen minyak tersebut.
- Letak nombor pam anda.
- Masukkan amaun minyak yang anda inginkan.
- Bayar melalui transaksi online.
- Isi minyak seperti biasa.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) SUBSIDI PETROL RON95
Beberapa soalan lazim (faq) di bawah berkaitan Subsidi Petrol RON95 dan jawapan yang mungkin menjawab persoalan anda :
- Bilakah anggota polis dan tentera boleh guna Subsidi Petrol RON95?
- Seramai 300 ribu anggota Polis dan Tentera boleh mula guna Subsidi Petrol RON95 bermula pada 27 September 2025.
- Adakah penerima Subsidi Petrol RON95 tidak perlu membayar harga minyak?
- Penerima perlu membayar RM1.99 seliter (mengikut liter yang diinginkan) contoh : penerima perlu bayaran sebanyak RM19.90 untuk 10 liter.
- Adakah rakyat masih boleh tebus Subsidi Petrol RON95 jika MyKad rosak?
- Penerima perlu menukar MyKad baharu untuk sahkan sebagai penerima Subsidi Petrol RON95.
- Berapakah jumlah had minyak Petrol RON95 yang dapat dibeli guna Subsidi?
- Setiap penerima dihadkan untuk beli minyak Petrol RON95 dengan subsidi sebanyak 300 liter iaitu RM597 setiap bulan.
- Dimanakah boleh isi minyak petrol RON95 guna subsidi?
- Petronas, BHPetrol, Caltex, Shell, Petron, 5five, dan sebagainya.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dihuraikan dalam artikel ini adalah dirujuk daripada Kementerian Kewangan (MOF). Sekiranya anda ingin mengetahui info lebih lanjut, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Pautan Portal Rasmi BUDI95 : https://www.budimadani.gov.my/.