SEMAKAN KELAYAKAN BUDI95 2025 : CARA BELI MINYAK PETROL SUBSIDI RON95 GUNA MYKAD
MyKad bukanlah digunakan untuk bayar minyak petrol RON95. Tetapi digunakan untuk mengesahkan kelayakan sebagai warganegara Malaysia untuk terima subsidi minyak petrol RON95 / BUDI MADANI (BUDI95) dan boleh membayar minyak dengan harga RM1.99 seliter.
Ikuti cara semakan kelayakan, cara beli minyak petrol RON95 dengan subsidi BUDI95 dan info lebih terperinci di bawah.
BACA JUGA : SUBSIDI PETROL RON95 : PERMOHONAN, SEMAKAN, CARA TEBUS & GUNA

APA ITU BUDI95
BUDI95 atau rasminya ‘BUDI MADANI RON95’ ialah merupakan inisiatif subsidi minyak petrol RON95 bersasar yang diberikan kepada rakyat Malaysia yang layak supaya subsidi yang disediakan betul-betul sampai tanpa sebarang ketirisan.
Dengan adanya subsidi BUDI95 ini, 16 juta rakyat yang layak boleh membeli minyak petrol RON95 dengan harga yang paling murah iaitu RM1.99 seliter dan terhad kepada 300 liter setiap bulan. Bagi rakyat yang tidak layak atau bukan warganegara pula perlu membayar minyak dengan harga semasa.
Berikut merupakan perbezaan harga minyak petrol RON95 dengan subsidi dan tanpa subsidi :
- Harga kini sebelum subsidi : RM2.05 seliter.
- Harga baharu dengan subsidi : RM1.99 seliter.
- Harga baharu tanpa subsidi : RM2.60 seliter.
TARIKH PELANCARAN BUDI95
Pelancaran BUDI95 atau lebih tepatnya rakyat boleh mula menggunakan subsidi minyak petrol RON95 adalah bermula pada tarikh-tarikh yang tetapkan secara berperingkat bagi mengelakkan kesesakan awal.
Berikut merupakan tarikh mula pelancaran BUDI95 mengikut jenis penerima :
JENIS PENERIMA | TARIKH MULA PELANCARAN |
---|---|
Polis dan Tentera | Mulai 27 Sep 2025 |
Penerima STR | Mulai 28 Sep 2025 |
Semua Golongan | Mulai 30 Sep 2025 |
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN BUDI95 2025
Berdasarkan kenyataan media Kementerian Kewangan (MOF), penerima yang akan menerima subsidi minyak petrol RON95 dikira seramai 16 juta rakyat Malaysia yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan.
Antara syarat kelayakan penerima BUDI95 adalah seperti berikut :
SYARAT | KELAYAKAN |
---|---|
Warganegara | Malaysia |
Had umur | 16 tahun dan ke atas |
Status Lesen | Sah dan masih aktif |
Jenis Kenderaan | Kereta / Motorsikal (Persendirian) |
CARA BELI MINYAK PETROL RON95 GUNA BUDI95
Mudah sahaja untuk manfaatkan subsidi bersasar BUDI95 ini, penerima yang layak hanya perlu pastikan bawa MyKad dan pastikan cip MyKad berfungsi dengan baik untuk urusan pengesahan penerima.
Ikuti cara mudah untuk beli minyak petrol RON95 guna subsidi BUDI95 melalui pam :
- Jika bayar di pam, masukkan MyKad pada mesin semasa buat bayaran.
- Setelah MyKad disahkan, bayar mengikut liter menggunakan Kad Kredit / Kad Debit anda.
- Selesai bayar, terus isi minyak seperti biasa.
- Selepas selesai isi minyak, jangan lupa semak resit untuk baki kuota (300 liter sebulan).
- Selesai.
Berikut pula cara beli minyak petrol RON95 guna subsidi BUDI95 di kaunter :
- Kalau bayar di kaunter, berikan MyKad kepada juruwang untuk semak.
- Setelah disahkan sebagai penerima BUDI95, bayar ikut liter yang diinginkan.
- Selepas buat bayaran, isi minyak seperti biasa.
- Semak baki kuota bulanan (300 liter) pada resit yang diberikan oleh juruwang.
- Selesai.
Bagi individu yang ingin menggunakan aplikasi seperti Setel untuk guna subsidi BUDI95, ikauti cara berikut :
- Buka aplikasi Setel yang telah didaftarkan.
- Tetapkan lokasi stesen minyak anda.
- Sahkan bahawa anda layak terima BUDI95.
- Masukkan nombor pam anda.
- Kemudian, bayar minyak guna subsidi RM1.99 seliter dan tetapkan amaun yang anda inginkan secara online.
- Isi minyak seperti biasa.
- Semua baki kuota (300 liter sebulan) dalam aplikasi Setel.
- Selesai.
SEMAKAN KELAYAKAN BUDI95 2025
Bagi yang ingin mengetahui kelayakan sebagai penerima BUDI95, anda boleh menyemak status kelayakan seperti berikut :
- Semak kelayakan anda di stesen minyak yang berdekatan.
- Letakan MyKad pada mesin Terminal Pembaca MyKad di pam; atau
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan.
- Tunggu sehingga MyKad anda disahkan.
- Status kelayakan anda dipaparkan dengan ‘BUDI95 Subsidi RM1.99 seliter’.
- Selesai.
Elakkan berlaku kesesakan di stesen minyak, anda juga boleh semak kelayakan BUDI95 secara online melalui aplikasi seperti berikut :
- Muat turun aplikasi syarikat minyak seperti :
- Setel
- CaltexGo
- Bonuslink
- Touch n Go (TnG)
- Daftar akaun anda.
- Masukan gambar MyKad.
- Isikan maklumat yang diperlukan.
- Klik pada ikon BUDI MADANi (BUDI95).
- Semak kelayakan MyKad anda.
- Status kelayakan anda akan dipaparkan dengan ‘BUDI95 Subsidi RM1.99 seliter’.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) BUDI95
Soalan dan jawapan di bawah mungkin menjawab sebarang persoalan anda tentang BUDI95 :
- Bolehkah beli minyak petrol RON95 guna MyKad?
- Pembelian minyak petrol RON95 dengan menggunakan MyKad adalah tidak disediakan. Namun, MyKad perlu digunakan untuk semaka kelayakan.
- Bolehkah ahli keluarga guna MyKad saya untuk isi minyak guna subsidi BUDI95?
- Pengesahan MyKad hanya boleh dilakukan oleh pemilik MyKad sahaja.
- Dimanakah stesen minyak yang boleh guna subsidi BUDI95?
- Petronas, Caltex, Shell, Petron, BHPetrol dan lain-lain yang mempunyai Terminal Pembaca MyKad.
- Berapakah had pembelian minyak petrol RON95 guna subsidi BUDI95?
- Setiap penerima hanya dihadkan sebanyak 300 liter sebulan.
- Adakah golongan warga emas juga layak beli minyak petrol RON95 guna subsidi BUDI95?
- Ya sekiranya warga emas mempunyai lesen yang sah dan masih aktif.
INFO LANJUT
Informasi di atas hanya dihuraikan berdasarkan info-info yang dapat daripada Portal Rasmi Kementerian Kewangan berkaitan BUDI95. Untuk info lebih lanjut dan sahih, sila rujuk : https://www.mof.gov.my/portal/ms/berita/siaran-media/budi95-pastikan-penyasaran-subsidi-ron95-manfaat-rakyat.