SUBSIDI PETROL RON95 2025 : PERMOHONAN, SEMAKAN, CARA TEBUS & GUNA
Harga Petrol RON95 di Malaysia kini adalah bernilai RM2.05 seliter dan akan diturunkan kepada RM1.99 seliter. Namun, penurunan tersebut khas untuk rakyat Malaysia yang layak sahaja. Sekiranya bukan rakyat Malaysia atau rakyat Malaysia yang tidak menepati kelayakan, perlu membayar Petrol dengan harga baharu iaitu mencecah RM2.60 seliter.
Ikuti cara permohonan, semakan, cara tebus dan guna Subsidi Petrol RON 95 dengan mudah di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN STATUS PERMOHONAN SKAS SARAWAK (RM800 & RM400 & RM250)

PERMOHONAN SUBSIDI PETROL RON95
Bantuan Subsidi Petrol RON 95 diberikan secara automatik kepada Rakyat Warganegara Malaysia yang memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan tanpa perlu mengemukakan sebarang permohonan.
MANFAAT PELAKSANAAN SUBSIDI
Beberapa manfaat yang dapat daripada pelaksanaan Subsidi Petrol RON 95, antaranya dapat :
- Meringankan bebanan kos sara hidup rakyat;
- Mengoptimumkan sumber negara untuk manfaat rakyat;
- Mengurangkan pembaziran subsidi;
- Mengekang aktiviti penyeludupan.
HARGA PETROL RON95 TERKINI 2025
Berikut merupakan senarai perbezaan harga Petrol RON95 yang terkini :
SENARAI HARGA TERKINI PETROL RON95 |
---|
RM2.05/seliter (kini) |
RM1.99/seliter (subsidi baharu) |
RM2.60/seliter (tanpa subsidi baharu) |
JADUAL PELAKSANAAN SUBSIDI PETROL RON95
Mekanisme Subsidi Petrol RON 95 dilaksanakan secara berperingkat mengikut jadual berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH PELAKSANAAN |
---|---|
Polis & Tentera (300 ribu anggota) | Bermula 27/09/2025 (Sabtu) |
Golongan B40 (Penerima STR) | Bermula 28/09/2025 (Ahad) |
Semua Golongan (16 juta Rakyat) | Bermula 30/09/2025 (Selasa) |
SIAPA YANG LAYAK SUBSIDI PETROL?
Bantuan Subsidi Petrol RON 95 hanya diberikan kepada yang memenuhi kelayakan berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Seawal umur 16 tahun dan ke atas;
- Mempunyai lesen memandu yang sah dan masih aktif.
Namun, untuk ketahui status kelayakan yang tepat, sila buat semakan seperti berikut :
- Pergi ke stesen minyak yang terdekat.
- Masukkan MyKad pada mesin di Pam / berikan MyKad kepada juruwang untuk semak kelayakan.
- Kelayakan akan disahkan dengan paparan harga minyak RM1.99/liter.
- Selesai.
Bagi mengelak kesesakan di stesen minyak, anda boleh juga menyemak kelayakan secara online seperti berikut :
- Muat turun aplikasi syarikat minyak seperti Setel / CaltexGo / Bonuslink / Touch n Go.
- Daftarkan akaun anda pada aplikasi yang anda muat turun.
- Muat naik gambar MyKad anda.
- Lengkapkan pendaftaran anda dengan betul.
- Klik pada butang [BUDI MADANI].
- Semak status anda.
- Status kelayakan anda akan dipaparkan dengan harga RM1.99/liter.
- Selesai.
CARA TEBUS & GUNA SUBSIDI PETROL
Penebusan Subsidi Petrol RON 95 boleh dilakukan dengan cara yang mudah sahaja.
Ikuti cara tebus dan guna Subsidi Petrol RON 95 seperti berikut :
- Kunjungi Stesen Minyak terdekat anda.
- Letakkan MyKad di terminal pembaca MyKad yang disediakan di Kedai Stesen Minyak dan Terminal Pam Minyak untuk pengesahan kelayakan penerima.
- Jika ingin mengelakkan kesesakan, anda juga boleh buat semakan pengesahan kelayakan pada aplikasi TouchNGo atau Aplikasi syarikat Minyak (Setel / Caltexgo) sebelum mengisi petrol.
- Kelayakan anda akan disahkan, jika anda layak paparan dalam Sistem akan menunjukkan anda layak menerima harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter.
- Kemudian bayar mengikut liter secara tunai, atau kad kredit/debit.
- Isi minyak RON95 seperti biasa.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) SUBSIDI PETROL RON95
- Adakah rakyat perlu membayar Petrol RON95 dengan guna MyKad?
- Tidak. MyKad rakyat digunakan untuk pengesahan sahaja dan isian petrol perlu dibayar sendiri oleh penerima.
- Berapakah had Subsidi Petrol RON95 yang disediakan?
- Kerajaan menyediakan had subsidi kepada setiap penerima sebanyak 300 liter sebulan.
- Apakah akan terjadi sekiranya melebihi had Subsidi yang disediakan setiap bulan?
- Sekiranya melebihi 300 liter sebulan, penerima perlu membayar dengan harga semasa iaitu dianggarkan sebanyak RM2.60 / liter.
- Bilakah tarikh akhir boleh guna Subsidi Petrol ini?
- Tarikh akhir masih belum dinyatakan. Namun, rakyat boleh menggunakannya setiap bulan bermula 30 September 2025.
- Adakah rakyat yang tiada lesen juga boleh guna Subsidi Petrol ini?
- Hanya rakyat yang mempunyai lesen memandu yang sah dan aktif sahaja boleh.
RUJUKAN
Huraian dalam artikel ini berkaitan Subsidi Petrol RON 95 adalah dirujuk daripada Siaran Media Rasmi Kementerian Kewangan. Oleh itu, untuk sebarang maklumat yang lebih lanjut, sila rujuk di sini : https://www.mof.gov.my/portal/ms/berita/siaran-media/budi95-pastikan-penyasaran-subsidi-ron95-manfaat-rakyat.