SEMAK KELAYAKAN SUBSIDI PETROL RON95
Subsidi Petrol RON95 yang baru diperkenalkan bukanlah kenaikkan harga. Malah ianya inisiatif penurunan harga minyak petrol RON95 daripada RM2.05 / seliter kepada RM1.99 / seliter yag bakal mengubah landskap subsidi petrol di negara Malaysia.
Artikel ini dihuraikan dengan terperinci berkaitan Subsidi Petrol RON95 yang akan dilaksanakan tidak lama lagi. Sila baca lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BUDI MADANI RON95 SEMAKAN STATUS : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

APA ITU SUBSIDI PETROL RON95?
Subsidi petrol RON95 ialah satu mekanisme baharu Kerajaan MADANI untuk memastikan bantuan subsidi bersasar bagi minyak petrol dapat sampai kepada rakyat Warganegara Malaysia. Oleh itu, Kerajaan menggunakan MyKad sebagai kunci utama untuk pengesahan identiti yang layak terima subsidi ini.
Sebelum ini, hampir 40% subsidi petrol turut dinikmati oleh semua orang tanpa mengira tahap pendapatan termasuk juga warga asing. Dengan pelaksanaan baharu ini, RM1.99 seliter minyak petrol RON95 hanya dapat dinikmati oleh 16 juta rakyat Malaysia yang layak sahaja.
MANFAAT PELAKSANAAN SUBSIDI PETROL RON95
Pelaksanaan Subsidi Petrol RON95 dapat memberi pelbagai manfaat kepada rakyat dan negara. Antara manfaat yang dapat adalah, dapat :
- Membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat;
- Mengelakkan berlaku ketirisan subsidi;
- Mengoptimumkan sumber negara;
- Mengekang aktiviti penyeludupan;
- Mengurangkan pembaziran subsidi kepada bukan Warganegara Malaysia.
KADAR HARGA SUBSIDI PETROL RON95
Dengan adanya Subsidi Petrol RON95, kita dapat melihat kadar perbezaan harga semasa dan akan datang. Berikut merupakan kadar harga minyak Petrol RON95 :
- Harga Sebelum Subsidi : RM2.05 / seliter.
- Harga Subsidi (Rakyat Malaysia) : RM1.99 / seliter.
- Harga Selepas Subsidi (Bukan Warganegara) : RM2.60 / seliter.
*Nota : Setiap Rakyat Malaysia yang layak mempunyai had pembelian petrol RON95 RM1.99 seliter sehingga 300 liter sahaja setiap bulan.
SIAPA YANG LAYAK?
Subsidi Petrol RON95 hanya boleh dinikmati oleh golongan tertentu yang memenuhi kelayakan berikut :
- Rakyat Malaysia :
- Mestilah Warganegara Malaysia mempunyai MyKad sahaja.
- Kadar Pendapatan :
- Dipilih berdasarkan kriteria pendapatan lebih terperinci ‘Pendapatan Boleh Guna Bersih (NDI) yang direkodkan dalam PADU.
- Pemilik Kenderaan :
- Memiliki kenderaan persendirian yang berdaftar (Kereta atau motorsikal).
- Pekerja Gig :
- Seperti penghantar makanan dan e-Hailing (bergantung pada kenderaan untuk harian).
*Warga asing / individu dalam kategori pendapatan tinggi (T15) / syarikat atau kenderaan komersial yang tidak daftar dalam sistem subsidi khas adalah tidak layak terima Subsidi Petrol RON95.
SENARAI STESEN MINYAK BOLEH TEBUS
Setiap stesen minyak yang terpilih akan disediakan terminal pembaca MyKad dan boleh tebus subsidi minyak petrol RON95 dengan harga RM1.99 / seliter. Antara stesen minyak yang boleh tebus subsidi adalah :
NAMA STESEN MINYAK | STATUS SUBSIDI PETROL RON95 |
---|---|
PETRONAS | ✅ |
Shell | ✅ |
Petron | ✅ |
Caltex | ✅ |
BHPetrol | ✅ |
TARIKH SUBSIDI PETROL RON95 DILAKSANAKAN
Pelaksanaan Subsidi Petrol RON95 adalah secara bersasar mengikut jenis penerima. Berikut merupakan tarikh Subsidi Petrol RON95 mula dilaksanakan :
JENIS PENERIMA | TARIKH PELAKSANAAN SUBSIDI PETROL RON95 |
---|---|
Anggota Polis & Tentera (300 ribu anggota) | Mulai 27 September 2025 (Sabtu) |
Penerima STR (Golongan B40) | Mulai 28 September 2025 (Ahad) |
Semua 16 juta Rakyat (Ada MyKad & Lesen Memandu Aktif) | Mulai 30 September 2025 (Selasa) |
SEMAK KELAYAKAN SUBSIDI PETROL RON95
Kelayakan sebagai penerima Subsidi Petrol RON95, ikuti langkah-langkah cara semak kelayakan seperti berikut :
- Kunjungi Stesen Minyak terdekat anda.
- Letakkan MyKad di terminal pembaca MyKad yang disediakan di Kedai Stesen Minyak dan Terminal Pam Minyak untuk pengesahan kelayakan penerima.
- Jika ingin mengelakkan kesesakan, anda juga boleh buat semakan pengesahan kelayakan pada aplikasi TouchNGo atau Aplikasi syarikat Minyak sebelum mengisi petrol.
- Kelayakan anda akan disahkan, jika anda layak paparan dalam Sistem akan menunjukkan anda layak menerima harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter.
- Isi minyak RON95 seperti biasa.
- Kemudian bayar mengikut liter secara tunai, atau kad kredit/debit.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) SUBSIDI PETROL RON95
Berikut merupakan soalan-soalan lazim dan jawapan berkaitan Subsidi Petrol RON95 :
- Dimanakah boleh mohon Subsidi Petrol RON95?
- Tiada sebarang permohonan yang perlu dikemukakan kerana ianya berikan secara automatik kepada rakyat Malaysia yang layak.
- Bolehkah penunggang motorsikal juga menggunakan Subsidi Petrol RON95?
- Ya boleh asalkan ada MyKad dan Lesen memandu yang sah dan aktif.
- Berapakah had guna Subsidi Petrol RON95?
- Setiap seorang dihadkan hanya sebanyak 300 liter setiap bulan dan akan diperbaharui kuota pada setiap bulan.
- Bagaimanakah jika cip MyKad rosak?
- Individu perlu memperbaharui MyKad di Jabatan Pendaftaran Negara dalam masa terdekat.
- Bolehkah penerima bayar minyak petrol RON95 guna MyKad?
- Pembayaran minyak petrol RON95 hanya dibolehkan secara tunai / e-Wallet / kad bank sahaja.
INFO LANJUT
Pihak kami hanya berkongsikan informasi bantuan terkini oleh Kerajaan. Untuk info lebih lanjut berkaitan Subsidi Minyak Petrol RON95, rujuk Kementerian Kewangan (MOF) dari semasa ke semasa.
- Talian Bantuan : 03-8882 4566 atau 03-8882 4565
- e-Mel : [email protected]
- Portal Rasmi : https://budidiesel.gov.my/