PERMOHONAN SUBSIDI MINYAK RON95 : CARA REGISTER / CLAIM

PERMOHONAN SUBSIDI MINYAK RON95 : CARA REGISTER / CLAIM

Terkini! Perdana Menteri Malaysia mengumumkan Program Subsidi Minyak RON95 secara bersasar kepada rakyat Malaysia, dan bakal dilaksanakan di bawah Porgram BUDI MADANI 95 (BUDI95) dengan kadar subsidi yang ditetapkan serendah RM1.99 seliter bermula hujung September 2025.

Bagaimanakah cara permohonan subsidi minyak ron95? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAKAN STATUS SUBSIDI RON95 : SEMAK ANDA LAYAK ATAU TIDAK TERBARU 2025

PERMOHONAN SUBSIDI MINYAK RON95

SIAPA YANG LAYAK?

Kelayakan penerima Subsidi RON95 adalah seperti berikut:

KRITERIA KELAYAKANPERINCIAN
Warganegara MalaysiaMempunyai MyKad Warganegara Malaysia.
UmurBerusia 16 tahun dan ke atas.
Mempunyai Lesen MemanduMemiliki lesen memandu yang SAH berdaftar di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia & Masih Aktif.
Had Penggunaan BulananPenggunaan terhad kepada 300 liter sebulan untuk setiap individu.

PERMOHONAN SUBSIDI MINYAK RON95

Berikut merupakan cara untuk semak status kelayakan subsidi ron95:

  • Tiada sebarang permohonan diperlukan;
  • hanya perlukan pengesahan MyKad;
  • Pengesahan di terminal pembaca MyKad yang disediakan di Kedai Stesen Minyak dan Terminal Pam Minyak; ATAU
  • Pengesahan pada Aplikasi TouchNGo (TNG) atau Aplikasi Syarikat Minyak seperti Setel (Petronas), CaltexGo – bagi mengelakkan kesesakan di Stesen Minyak.

Catatan : Pastikan cip MyKad berfungsi dan Lesen Memandu masih sah sebelum menggunakan BUDI95.

PERKARA PENTING SEBELUM MEMOHON

Berikut merupakan beberapa perkara perlu disediakan sebelum menebus Subsidi RON95, antaranya adalah :

  • Pastikan MyKad anda berfungsi dengan baik;
  • Memiliki lesen memandu yang SAH berdaftar JPJ;
  • Lesen memandu mestilah yang terkini dan masih aktif (SAH); dan
  • Simpan resit atau bukti semakan jika ada masalah di stesen minyak.

TARIKH PELAKSANAAN

Pelaksanaan penyasaran Subsidi minyak Petrol RON95 dengan kadar RM1.99 seliter akan berkuatkuasa pada penghujung bulan September 2025 seperti berikut:

KATEGORI PENERIMATARIKH PELAKSANAAN
Warga Polis & TenteraSeawal 27 September 2025
(Sabtu)
Penerima
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Seawal 28 September 2025
(Ahad)
Semua Warganegara Malaysia
(Orang Awam dan Bukan Penerima STR)
Bermula 30 September 2025
(Selasa)

KADAR SUBSIDI MINYAK RON95

Melalui pelaksanaan subsidi petrol ini, penerima yang layak akan menikmati subsidi RON95 seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAHARGA PETROL RON95
PER LITER
HAD LITER
Warganegara MalaysiaRM1.99 /Liter300 Liter Sebulan
Pemandu e-hailingRM1.99 /LiterTiada Had

(Perlu memohon untuk had lebih tinggi/kelayakan tambahan)
Bukan Warganegara MalaysiaRM2.60 /Liter

CARA AKTIFKAN SUBSIDI MINYAK RON95

Berikut merupakan langkah-langkah penggunaan subsidi ron95 :

  1. Bawa MyKad dan Kunjungi Stesen Minyak berdekatan anda.
  2. Letakkan MyKad di terminal pembaca MyKad yang disediakan di Kedai Stesen Minyak dan Terminal Pam Minyak untuk pengesahan kelayakan penerima;
  3. Jika ingin mengelakkan kesesakan, anda juga boleh buat semakan pengesahan kelayakan pada aplikasi TouchNGo atau Aplikasi syarikat Minyak sebelum mengisi petrol.
  4. Kelayakan anda akan disahkan, jika anda layak paparan dalam Sistem akan menunjukkan anda layak menerima harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter.
  5. Isi minyak RON95 seperti biasa.
  6. Kemudian bayar mengikut liter secara tunai, atau kad kredit/debit.
  7. Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) SUBSIDI RON95

Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SUBSIDI RON95 :

  1. Adakah perlu berdaftar untuk tebus Subsidi RON95 ini?
    • Tiada sebarang pendaftaran diperlukan. Anda hanya perlu membuat pengesahan menggunakan MyKad.
  2. Bagaimana jika MyKad cip saya rosak?
    • Anda perlu hadir ke JPN (Pejabat Pendaftaran Negara) berdekatan untuk menggantikan MyKad baharu agar boleh menggunakan ron95.
  3. Adakah had liter selalu 300 liter sebulan?
    • Ya. Had penggunaan untuk orang awam ialah 300 Liter sebulan. Namun, pemandu e-hailing dikecualikan dan boleh menikmati had lebih tinggi dan perlu mengemukakan permohonan.
  4. Bila subsidi RON95 RM1.99 akan mula digunakan?
    • Subsidi RON95 dengan harga RM1.99 seliter boleh digunakan mulai berkuat kuasa 30 September 2025 (bagi orang awam), 27 September 2025 (warga polis dan tentera), 28 September 2025 (penerima STR).
  5. Adakah saya perlu ada lesen memandu untuk layak?
    • Ya. Memiliki lesen memandu yang SAH berdaftar JPJ merupakan salah satu kriteria kelayakan.

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kami hanya menyediakan maklumat terkini berkaitan bantuan Kerajaan. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini:

Leave a Comment