BUDI MADANI RON95 (SEMAK KELAYAKAN PENERIMA)
Menurut Perdana Menteri, Bantuan BUDI MADANI Diesel yang dilaksanakan membawa penjimatan sebanyak RM4 billion dan berjaya mengekang ketirisan subsidi akibat aktiviti penyeludupan dan salahguna subsidi. Ia sekaligus dapat memberi manfaat kepada rakyat yang layak.
Oleh itu, penurunan minyak Petrol RON95 sehingga RM1.99 seliter juga dilaksanakan dengan subsidi bersasar di bawah program BUDI MADANI RON95 bagi manfaat rakyat.
Ketahui kelayakan penerima dan info lebih lanjut berkaitan Budi Madani RON95 di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN DUIT DALAM IC : SEMAK KELAYAKAN & BAYARAN

APA ITU BUDI MADANI RON95?
Bantuan BUDI MADANI adalah sebuah inisiatif subsidi bersasar yang dilaksanakan untuk minyak Diesel dan minyak Petrol RON95. Inisiatif BUDI MADANI Diesel memberikan bantuan tunai sebanyak RM200 sebulan untuk rakyat yang layak bagi menampung kos pengisian minyak Diesel.
Untuk minyak Petrol RON95 pula, Kerajaan Madani akan menurunkan kadar harga daripada RM2.05 seliter kepada RM1.99 seliter. Namun, tidak semua akan menerima manfaat ini kerana ianya dilaksanakan sebagai subsidi bersasar kepada rakyat yang layak sahaja.
SIAPA YANG LAYAK?
Inisiatif subsidi minyak Petrol RON95 sebanyak RM1.99 seliter akan dinikmati oleh kira-kira seramai 16 juta rakyat Malaysia yang memenuhi kelayakan seperti berikut :
- Pemegang MyKad Warganegara Malaysia;
- Pemandu Kereta;
- Penunggang Motorsikal;
- Bermula umur 16 tahun dan ke atas;
- Pekerja gig (seperti penghantar makanan dan penunggang e-hailing).
KELEBIHAN BUDI MADANI RON95
Terdapat pelbagai kelebihan yang dapat sekiranya Kerajaan melaksanakan Subsidi RON95 kepada rakyat dan negara. Antara kelebihan yang dapat adalah :
- Membantu menampung kos pengisian minyak Petrol RON95;
- Meringankan bebanan kewangan dan sara hidup rakyat;
- Mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi;
- Dapat mengoptimumkan sumber negara bagi manfaat rakyat;
- Dapat mengurangkan pembaziran subsidi.
TARIKH PELAKSANAAN SUBSIDI RON95
Pelaksanaan penyasaran Subsidi minyak Petrol RON95 dengan kadar RM1.99 seliter akan mula dilaksanakan pada tarikh-tarikh berikut :
- Bermula 27 September 2025 untuk 300 ribu anggota Polis dan Tentera.
- Bermula 28 September 2025 untuk penerima STR status B40.
- Bermula 30 September 2025 untuk semua penerima yang layak.
CARA DAPAT SUBSIDI RON95
Bagi memastikan anda dapat menggunakan Subsidi minyak Petrol RON95 dengan kadar RM1.99 seliter, pastikan MyKad (Kad Pengenalan) anda tidak rosak cip dan boleh diimbas untuk pengesahan di kaunter-kaunter stesen minyak terdekat.
Sekiranya cip MyKad (Kad Pengenalan) rosak atau anda tiada MyKad (Kad Pengenalan), anda tidak boleh menggunakan Subsidi minyak Petrol RON95 RM1.99 seliter dan anda perlu membayarnya dengan harga baharu iaitu sekitar RM2.60 seliter.
SEMAKAN KELAYAKAN BUDI MADANI RON95
Panduan lengkap untuk semak kelayakan BUDI MADANI RON95 disediakan seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi BUDI MADANI di sini : https://www.budimadani.gov.my/.
- Anda akan dibawa ke laman utama BUDI MADANI.
- Untuk semakan kelayakan BUDI MADANI RON95, klik pada [Layari laman untuk semakan kelayakan].
- Seterusnya, klik pada [BUDI95 Individu].
- Masukkan nombor MyKad pada ruangan yang disediakan.
- Klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Status akan dipaparkan “LAYAK” (sekiranya anda layak).
- Selesai.
CARA ISI MINYAK RON95 GUNA SUBSIDI
Pengisian minyak Petrol RON95 dengan menggunakan manfaat subsidi RM1.99 seliter adalah seperti berikut :
- Untuk bayaran tanpa tunai di pam, masukkan MyKad pada terminal pembaca kad di pam; atau
- Untuk bayaran tunai, berikan MyKad kepada juruwang di kaunter bayaran.
- Tunggu pengesahan MyKad yang akan paparkan harga RON95 RM1.99/liter.
- Bayar mengikut amaun liter yang anda inginkan secara tunai / tanpa tunai.
- Isi minyak seperti biasa.
- Semak baki kuota pada resit (300 liter sebulan).
- Selesai.
Selain itu juga, anda boleh mengisi minyak dengan lebih mudah melalui aplikasi syarikat minyak seperti “Setel” berikut :
- Muat turun aplikasi syarikat minyak.
- Contoh : Aplikasi Setel untuk syarikat minyak Petronas.
- Daftar akaun dalam aplikasi tersebut.
- Sahkan status kelayakan BUDI MADANI RON95.
- Pergi ke stesen minyak terdekat (contoh Petronas).
- Buka aplikasi tersebut.
- Tetapkan lokasi stesen minyak anda.
- Masukkan nombor pam dan amaun yang ingin diisi.
- Bayar menerusi online.
- Isi minyak seperti biasa.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) BUDI MADANI RON95
Berikut merupakan soalan lazim dan jawapan berkaitan Bantuan Subsidi RON95 :
- Adakah minyak Petrol RON95 diberikan secara percuma melalui MyKad?
- Tidak. Kerajaan hanya menyediakan subsidi RON95 dengan penurunan sebanyak RM0.06sen bersamaan RM1.99 seliter dan penerima perlu membayarnya sendiri mengikut liter yang diinginkan.
- Bolehkah individu bukan Warganegara Malaysia juga terima subsidi RON95 RM1.99 seliter?
- Tidak boleh. Individu bukan Warganegara Malaysia perlu membayar harga minyak Petrol RON95 dengan harga asal iaitu RM2.05 seliter.
- Bilakah boleh guna subsidi RON95 RM1.99 seliter?
- Pihak Kerajaan Madani akan mengumumkan tarikh pelaksanaan Subsidi RON95 dalam masa terdekat.
- Bolehkah guna subsidi RON95 RM1.99 seliter sekiranya MyKad rosak?
- Penerima perlu menukar MyKad di JPN terdekat.
- Adakah perlu kemukakan permohonan untuk subsidi RON95?
- Tidak perlu kemukakan sebarang permohonan kerana ianya berikan khas kepada rakyat Malaysia.
- Dimanakah stesen minyak yang boleh guna subsidi RM1.99 seliter?
- Di semua stesen minyak seluruh Malaysia.
RUJUKAN
Dalam artikel ini, kami hanya memberikan informasi terkini berkaitan bantuan-bantuan oleh Kerajaan sahaja yang dirujuk daripada Portal Rasmi Kementerian Kewangan (MOF). Oleh itu, sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau masalah, sila rujuk pihak berwajib. https://www.mof.gov.my/portal/ms/berita/akhbar/perincian-perlaksanaan-penyasaran-semula-subsidi-ron95-diumum-akhir-september-mof.