SEMAKAN DUIT DALAM IC : SEMAK KELAYAKAN & BAYARAN 2025
Bukan sahaja IC / Kad Pengenalan rakyat Malaysia digunakan untuk pengesahan identiti. Namun, ianya boleh digunakan untuk menyimpan dan menerima duit bantuan daripada Kerajaan dan boleh gunakannya untuk beli barang-barang keperluan asas secara tanpa tunai (cashless) sahaja.
Ikuti cara semak kelayakan, bayaran dan info lebih lanjut berkaitan Bantuan Duit Dalam IC di bwah.
BACA JUGA : BANTUAN BULANAN WARGA EMAS : SEMAK STATUS KELAYAKAN

APA ITU BANTUAN DUIT DALAM IC?
Duit Dalam IC adalah merupakan sebuah Program Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan secara tanpa tunai (cashless) untuk memudahkan rakyat menerima dan menggunakan bantuan bagi pembelian barangan keperluan asas pada setiap bulan.
SIAPAKAH LAYAK TERIMA?
Terdapat dua (2) golongan yang layak menerima bayaran duit Dalam IC setiap bulan, iaitu mereka yang memenuhi syarat dan kriteria kelayakan seperti berikut :
SYARAT KELAYAKAN | KRITERIA PENERIMA MISKIN | KRITERIA PENERIMA ASAS |
---|---|---|
Warganegara | Malaysia | Malaysia |
Kadar Pendapatan | Bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa | Bawah RM2,500 hingga RM5,000 |
Status STR | Lulus STR (Isi Rumah / Warga Emas / Bujang) | Lulus STR (Isi Rumah / Warga Emas) |
Status eKasih | Lulus eKasih | Tidak Lulus eKasih |
KADAR KREDIT DUIT DALAM IC
Kadar pengkreditan duit dalam IC kepada setiap penerima adalah tidak sama mengikut kategori seperti berikut :
- Penerima Miskin :
KATEGORI PENERIMA | KADAR KREDIT SEBULAN | KADAR KREDIT SETAHUN |
---|---|---|
Isi Rumah | RM100 – RM200 | RM2,100 |
Warga Emas | RM100 – RM150 | RM1,650 |
Bujang | RM50 | RM600 |
- Penerima Asas :
KATEGORI PENERIMA | KADAR KREDIT SEBULAN | KADAR KREDIT SETAHUN |
---|---|---|
Isi Rumah | RM100 | RM900 |
Warga Emas | RM50 | RM450 |
Bujang | – | – |
TARIKH KREDIT DUIT DALAM IC
Berikut merupakan tarikh-tarikh duit dikreditkan dalam IC penerima :
TARIKH KREDIT DUIT DALAM IC PENERIMA MISKIN | TARIKH KREDIT DUIT DALAM IC PENERIMA ASAS |
---|---|
Setiap bulan : 15 Januari 2025 1 Februari 2025 1 Mac 2025 1 April 2025 1 Mei 2025 1 Jun 2025 1 Julai 2025 1 Ogos 2025 1 September 2025 1 Oktober 2025 1 November 2025 1 Disember 2025 | Setiap bulan : 1 April 2025 1 Mei 2025 1 Jun 2025 1 Julai 2025 1 Ogos 2025 1 September 2025 1 Oktober 2025 1 November 2025 1 Disember 2025 |
One-Off : 31 Ogos 2025 | One-Off : 31 Ogos 2025 |
SEMAKAN DUIT DALAM IC
Untuk ketahui status kelayakan anda sama ada layak atau tidak terima duit dalam IC, ikuti cara semakan yang lengkap seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA RM100 di sini : https://sara.gov.my.
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Penghargaan SARA Bantuan Tunai RM100 One-off untuk Rakyat Malaysia yang layak.
- Sila klik [Semak Kelayakan] untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Masukkan Nombor IC anda pada ruangan yang telah disediakan.
- Nombor IC yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, klik butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Sekiranya ‘Layak’ anda akan dipaparkan bersama jumlah duit dalam IC.
- Selesai.
CARA GUNA DUIT DALAM IC
Sekiranya disahkan ‘Layak’, anda boleh gunakan duit dalam IC mengikut cara-car seperti berikut :
- Pergi ke kedai runcit / pasar mini / pasar raya yang berdaftar dengan MyKasih.
- Pilih barang keperluan mengikut label MyKad pada rak tanda harga.
- Pergi ke kaunter yang mempunyai sistem bayaran MyKasih.
- Berikan IC kepada juruwang untuk pengesahan.
- Juruwang akan imbas barang yang dipilih.
- Bayaran akan disahkan guna IC.
- Resit bayaran akan diberikan untuk rujukan baki dalam IC.
SOALAN LAZIM (FAQ) BANTUAN DUIT DALAM IC
Baca soalan-soalan lazim (faq) yang sering ditanya berkaitan Bantuan Duit Dalam IC di bawah :
- Apakah barang yang boleh beli guna duit dalam IC?
- Penerima boleh beli barang keperluan seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.
- Bolehkah duit dalam IC digunakan untuk bayar tol atau pengangkutan awam?
- Tidak boleh, duit Bantuan SARA Dalam IC hanya boleh digunakan untuk beli barang keperluan asas sahaja.
- Bolehkah duit dalam IC dikeluarkan secara tunai?
- Tidak boleh, penerima perlu menggunakannya untuk bayaran tanpa tunai (cashless) sahaja.
- Bolehkah pindahkan duit dalam IC kepada IC ahli keluarga yang layak?
- Penerima yang layak tidak boleh memidahkan duit Bantuan SARA dalam IC kepada IC orang lain.
- Bagaimanakah kalau IC penerima rosak?
- Penerima perlu menukar IC dengan segera di JPN terdekat dan maklumkan kepada pihak MyKasih.
INFO LANJUT
Info dalam artikel ini diulas berdasarkan daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai masalah atau untuk tahu info lebih lanjut berkaitan Bantuan SARA dalam IC, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]