SEMAK STATUS SYUKUR SABAH : KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN RM900 FASA 3 2025
Kadar peningkatan kos sara hidup dapat menjejaskan golongan yang kurang berkemampuan terutamanya miskin dan miskin tegar. Oleh itu, bagi membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat, Kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM358.5 juta untuk disalurkan kepada yang layak melalui Program Bantuan SYUKUR Sabah.
Ketahui status kelayakan, jadual bayaran dan maklumat lanjut berkaitan Bantuan SYUKUR Sabah di bawah.
BACA JUGA : SEMAK MY KASIH ONLINE

SEMAK SIAPA YANG LAYAK?
Bantuan SYUKUR Sabah hanya disasarkan kepada 100,000 ribu rakyat yang memenuhi kriteria dan syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Sabah sahaja.
Berikut merupaka kriteria dan syarat kelayakan penerima SYUKUR Sabah :
- Warganegara Malaysia;
- Pemegang MyKad status ‘H’ atau bermastautin di sabah tidak kurang 1 tahun;
- Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun;
- Pendapatan Bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
- KIR berdaftar dan tersenarai dalam rekod eKasih sebagai penerima miskin / miskin tegar; atau
- KIR berdaftar dan tersenarai dalam rekod PADANS.
JUMLAH AGIHAN SYUKUR SABAH
Setiap penerima yang layak, akan menerima jumlah agihan yang sama iaitu RM300 sebulan, namun ianya dibayar setiap tiga (3) bulan sekaligus iaitu sebanyak RM900 setiap seorang.
Berikut merupakan jumlah agihan Bantuan SYUKUR Sabah 2025 :
PERINGKAT FASA | JUMLAH AGIHAN |
---|---|
Fasa 1 | RM300 (Januari) + RM300 (Februari) + RM300 (Mac) = RM900 |
Fasa 2 | RM300 (April) + RM300 (Mei) + RM300 (Jun) = RM900 |
Fasa 3 | RM300 (Julai) + RM300 (Ogos) + RM300 (September) = RM900 |
Fasa 4 | RM300 (Oktober) + RM300 (November) + RM300 (Disember) = RM900 |
TARIKH & JADUAL AGIHAN SYUKUR SABAH
Pengagihan Bantuan SYUKUR Sabah dilaksanakan secara berperingkat melalui empat (4) fasa dan diagihkan mengikut tarikh dan jadual seperti berikut :
AGIHAN FASA 1 | AGIHAN FASA 2 | AGIHAN FASA 3 | AGIHAN FASA 4 |
---|---|---|---|
Januari – Mac (Dibayar pada bulan Februari) | April – Jun (Dibayar pada bulan April) | Julai – September (Dibayar pada bulan September) | Oktober – Disember (Dibayar pada bulan Oktober) |
JENIS AGIHAN SYUKUR SABAH
Penerima boleh memilih jenis agihan yang memudahkan penerima untuk menerima bayaran Bantuan SYUKUR Sabah. Pihak Kerajaan telah menyediakan tiga (3) jenis agihan kepada penerima, iaitu :
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima; atau
- Agihan tunai di kaunter bank bagi yang tiada akaun bank; atau
- Dikreditkan melalui akaun e-Wallet di aplikasi YONO Superapp.
SEMAK STATUS SYUKUR SABAH
Individu yang telah mengemukakan permohonan Bantuan SYUKUR Sabah kini boleh mengetahui status kelayakan sama ada layak atau tidak untuk terima bayaran RM900 Fasa 3.
Ikuti cara semak status SYUKUR Sabah seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi PADANS; klik pautan di sini : https://padans.sabah.gov.my/.
- Halaman utama PADANS akan dipaparkan.
- Klik butang [Semak] untuk semakan status.
- Bahagian semakan status akan dipaparkan.
- Masukkan nombor MyKad pada ruangan yang disediakan.
- Klik pula butang [Semak] di bawah.
- Status kelayakan permohonan akan dipaparkan.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) SYUKUR SABAH
Berikut merupakan soalan lazim (faq) yang sering ditanya berkaitan Bantuan SYUKUR Sabah :
- Adakah semua penduduk di Sabah akan terima bayaran Bantuan SYUKUR Sabah?
- Bantuan SYUKUR Sabah hanya dibayar kepada pemohon yang disahkan layak sahaja.
- Saya pemohon SYUKUR Sabah yang tiada akaun bank, bolehkah saya terima bayaran melalui aplikasi e-Wallet?
- Ya boleh, anda perlu memuat turun aplikasi e-Wallet YONO Superapp dalam telefon bimbit anda.
- Bilakah boleh guna Bantuan SYUKUR Sabah?
- Boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja sekiranya bayaran telah dimasukkan atau diberikan.
- Bilakah tarikh bayaran Bantuan SYUKUR Sabah Fasa 3?
- Bayaran Bantuan SYUKUR Sabah Fasa 3 dijangka bermula Ogos hingga September, namun tarikh bayaran dimaklumkan kepada penerima yang layak melalui SMS/WhatsApp.
- Bolehkah golongan bujang juga memohon Bantuan SYUKUR Sabah?
- Ya boleh sekiranya berumur lebih 18 tahun serta memenuhi kriteria dan syarat kelayakan yang ditetapkan.
INFO LANJUT
Informasi dalam artikel ini berkaitan Bantuan SYUKUR Sabah adalah dirujuk daripada Portal Rasmi PADANS. Bagi anda yang ingin mengetahui info lebih lanjut, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- E-mel : [email protected]
- Talian SYUKUR : 08-8338 338; atau
- Talian WhatsApp : 010-582 8207