SEMAK KELAYAKAN PEKA B40 2025

SEMAK KELAYAKAN PEKA B40 2025

Program PeKa B40 (Peduli Kesihatan B40) diteruskan bagi memastikan golongan berpendapatan rendah mendapat akses perkhidmatan kesihatan secara percuma.

Bagaimanakah semak kelayakan peka b40 2025? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAKAN PEKA B40 2025 (SEMAK SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK)

SEMAK KELAYAKAN PEKA B40

APA ITU PEKA B40?

Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) merujuk kepada :

  • Program Kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia melalui ProtectHealth Corporation;
  • Bertujuan menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah;
  • Memberi tumpuan kepada penyakit tidak berjangkit (NCD) melalui saringan kesihatan percuma seperti diabetes, darah tinggi, dan kolesterol tinggi lebih awal;
  • Juga menawarkan bantuan alat perubatan, insentif tunai melengkapkan rawatan kanser dan insentif tambang pengangkutan kepada kumpulan B40;

SYARAT KELAYAKAN PEKA B40

Syarat Kelayakan Penerima PeKa B40 adalah;

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 40 tahun dan ke atas;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan pasangan yang berdaftar;

Catatan : Bantuan adalah secara automatik tanpa sebarang permohonan diperlukan.

SEMAK KELAYAKAN PEKA B40

Status Bantuan PEKA B40 ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ boleh disemak secara online di Portal Rasmi seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi PEKA B40 di pautan : https://kelayakan.pekab40.com.my/semakan-kelayakan
  2. Halaman utama Semakan Kelayakan PEKA B40 akan dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-) pada ruangan disediakan.
  4. Tekan pada butang [Semak].
  5. Maklumat [Status Kelayakan PEKA B40] akan dipaparkan sekiranya anda layak.
  6. Selesai.

Catatan : Anda juga boleh semak di Klinik Panel PeKa B40, menggunakan MyKad.

CARA GUNA

Prosedur untuk menggunakan manfaat PeKa B40 seperti berikut:

  • Langkah 1 : Semak kelayakan.
  • Langkah 2 : Sekiranya layak, kunjungi Klinik PeKa B40 berdekatan;
    (Pastikan anda membawa MyKad untuk pengesahan)
  • Langkah 3 : Pemeriksaan kesihatan percuma akan dilakukan semasa lawatan pertama di klinik.
  • Langkah 4 : Kunjungi klinik yang anda lakukan pemeriksaan, untuk kali kedua bagi mengetahui keputusan makmal daripada doktor dan juga tindakan susulan sama ada anda akan dirujuk ke Fasiliti KKM atau Program Sihat Cergas KKM.

SENARAI KLINIK PANEL

Antara klinik yang menawarkan manfaat PeKa B40 ialah klinik swasta berdaftar di bawah ProtectHealth, yang boleh dikenal pasti melalui pelekat PeKa B40 di pintu klinik. Senarai penuh klinik berdaftar boleh disemak di laman web rasmi PeKa B40 melalui pautan https://bms.pekab40.com.my/provider

MANFAAT UTAMA KELAYAKAN SKIM PEKA B40

Terdapat empat (4) manfaat utama Skim PeKa B40, antaranya:

  1. Manfaat 1 : Saringan Kesihatan Percuma
    • Saringan kesihatan boleh dilakukan oleh doktor di mana-mana klinik swasta yang berdaftar dengan PeKa B40.
  2. Manfaat 2 : Bantuan Alat Perubatan
    • Melibatkan bantuan peralatan perubatan yang diperlukan dalam prosedur/ rawatan dan tidak diberikan subsidi kos alat di hospital-hospital KKM;
      Had maksimum sebanyak RM20,000 diberikan dalam bentuk alat perubatan.
  3. Manfaat 3 : Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser
    • Bertujuan untuk mendorong pesakit kanser, terutama pesakit di peringkat awal rawatan dan tahap permulaan penyakit untuk melengkapkan pelan rawatan mereka seperti mana yang telah dirancang oleh pakar kanser KKM;
    • RM1,000 dibayar kepada pesakit kanser yang melengkapkan rawatan di Hospital KKM.
  4. Manfaat 4 : Insentif Tambang Pengangkutan
    • Kepada penerima penerima manfaat 2 dan manfaat 3;
    • Untuk meringankan beban membayar kos pengangkutan apabila penerima mendapatkan rawatan di hospital KKM.

SOALAN LAZIM (FAQ) PEKA B40

Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan PEKA B40:

  1. Adakah semua penerima STR automatik layak PeKa B40?
    • Ya, jika penerima berumur 40 tahun ke atas.
  2. Bagaimana jika saya bukan penerima STR?
    • Anda tidak layak menerima Skim ini. Skim ini hanya diluluskan kepada penerima STR dan pasangan berdaftar sahaja.
  3. Berapa kali boleh buat pemeriksaan kesihatan PeKa B40?
    • Pemeriksaan asas boleh dibuat sekali setahun di klinik panel.
  4. Adakah PeKa B40 perlukan pendaftaran?
    • Tidak Perlu. Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan, nama anda sudah tersenarai dalam pangkalan data Peka B40 dan boleh terus hadir ke klinik panel untuk mendapatkan perkhidmatan.
  5. Bagaimana semakan klinik panel terdekat?
    • Semakan boleh dilakukan di laman rasmi PeKa B40 atau hubungi talian khidmat bantuan.

    MAKLUMAT LANJUT

    Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

    Leave a Comment