SEMAKAN PEKA B40 2025 (SEMAK SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK)

SEMAKAN PEKA B40 2025 (SEMAK SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK)

Terkini, masih ramai golongan B40 belum menyemak kelayakan mereka untuk Program PeKa B40, iaitu Skim Peduli Kesihatan khas bagi untuk mendapatkan akses kesihatan percuma.

Bagaimanakah semakan peka B40? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAKAN SARA RM100 ONEOFF 2025 : SEMAK KELAYAKAN & CARA GUNA

SEMAKAN PEKA B40 2025

APA ITU PEKA B40?

Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) merujuk kepada :

  • Program Kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia melalui ProtectHealth Corporation;
  • Bertujuan menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah;
  • Memberi tumpuan kepada penyakit tidak berjangkit (NCD) melalui saringan kesihatan percuma;
  • Juga menawarkan bantuan alat perubatan, insentif tunai melengkapkan rawatan kanser dan insentif tambang pengangkutan kepada kumpulan B40;

SIAPA YANG LAYAK?

Syarat Kelayakan Penerima PeKa B40 adalah;

  • Warganegara Malaysia;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan pasangan yang berdaftar;
  • Berumur 40 tahun dan ke atas;

Catatan : Bantuan adalah secara automatik tanpa sebarang permohonan diperlukan.

SEMAKAN PEKA B40

Status Bantuan PEKA B40 ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ boleh disemak secara online di Portal Rasmi seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi PEKA B40 di pautan : https://kelayakan.pekab40.com.my/semakan-kelayakan
  2. Halaman utama Semakan Kelayakan PEKA B40 akan dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-) pada ruangan disediakan.
  4. Tekan pada butang [Semak].
  5. Maklumat [Status Kelayakan PEKA B40] akan dipaparkan sekiranya anda layak.
  6. Selesai.

CARA GUNA PEKA B40

Prosedur untuk menggunakan manfaat PeKa B40 seperti berikut:

  • Langkah 1 : Semak kelayakan.
  • Langkah 2 : Sekiranya layak, kunjungi Klinik PeKa B40 berdekatan;
    (Pastikan anda membawa MyKad untuk pengesahan)
  • Langkah 3 : Pemeriksaan kesihatan percuma akan dilakukan semasa lawatan pertama di klinik.
  • Langkah 4 : Kunjungi klinik yang anda lakukan pemeriksaan, untuk kali kedua bagi mengetahui keputusan makmal daripada doktor dan juga tindakan susulan sama ada anda akan dirujuk ke Fasiliti KKM atau Program Sihat Cergas KKM.

SENARAI KLINIK PANEL PEKA B40

Antara klinik yang menawarkan manfaat PeKa B40 ialah klinik swasta berdaftar di bawah ProtectHealth, yang boleh dikenal pasti melalui pelekat PeKa B40 di pintu klinik. Senarai penuh klinik berdaftar boleh disemak di laman web rasmi PeKa B40 melalui pautan https://bms.pekab40.com.my/provider

MANFAAT UTAMA SKIM PEKA B40

Terdapat empat (4) manfaat utama Skim PeKa B40, antaranya:

  1. Manfaat 1 : Saringan Kesihatan Percuma
    • Saringan kesihatan boleh dilakukan oleh doktor di mana-mana klinik swasta yang berdaftar dengan PeKa B40.
  2. Manfaat 2 : Bantuan Alat Perubatan
    • Melibatkan bantuan peralatan perubatan yang diperlukan dalam prosedur/ rawatan dan tidak diberikan subsidi kos alat di hospital-hospital KKM;
    • Had maksimum sebanyak RM20,000 diberikan dalam bentuk alat perubatan.
  3. Manfaat 3 : Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser
    • Bertujuan untuk mendorong pesakit kanser, terutama pesakit di peringkat awal rawatan dan tahap permulaan penyakit untuk melengkapkan pelan rawatan mereka seperti mana yang telah dirancang oleh pakar kanser KKM;
    • RM1,000 dibayar kepada pesakit kanser yang melengkapkan rawatan di Hospital KKM.
  4. Manfaat 4 : Insentif Tambang Pengangkutan
    • Kepada penerima penerima manfaat 2 dan manfaat 3;
    • Untuk meringankan beban membayar kos pengangkutan apabila penerima mendapatkan rawatan di hospital KKM.

SOALAN LAZIM (FAQ) PEKA B40

Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan PEKA B40:

  1. Adakah perlu berdaftar untuk dapatkan manfaat Peka B40?
    • Tidak perlu. Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan, nama anda sudah tersenarai dalam pangkalan data Peka B40 dan boleh terus hadir ke klinik panel untuk mendapatkan perkhidmatan.
  2. Bagaimana jika saya tidak tersenarai tetapi layak?
    • Anda boleh hubungi talian hotline atau hantar emel ke alamat rasmi PeKa B40.
  3. Adakah semakan Peka B40 boleh dibuat melalui MyKad?
    • Ya, status kelayakan boleh disemak dengan hanya menggunakan nombor MyKad di Portal Rasmi PeKa B40.
  4. Bagaimana cara semakan kelayakan Peka B40?
    • Semakan status kelayakan boleh dilakukan secara online melalui Portal Rasmi PeKa B40.
  5. Siapa yang layak menerima Peka B40?
    • Golongan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berumur 40 tahun ke atas dan pasangan.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Leave a Comment