SEMAKAN SARA RM100 ONEOFF 2025 : SEMAK KELAYAKAN & CARA GUNA

SEMAKAN SARA RM100 ONEOFF 2025 : SEMAK KELAYAKAN & CARA GUNA

Seramai 22 Juta rakyat dewasa Malaysia yang layak Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ONE-OFF kini boleh mula menggunakan kredit tersebut untuk pembelian barangan keperluan asas di Kedai berdaftar sebelum tamat tempoh penggunaan.

Bagaimanakah semakan sara rm100 oneoff 2025? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SYUKUR SABAH FASA 3 2025 (SEMAK TARIKH & KELAYAKAN)

SEMAKAN SARA RM100 ONEOFF

APA ITU SARA RM100 ONEOFF?

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 one-off merupakan:

  • Bantuan Khas Kerajaan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan;
  • Dilaksanakan di bawah Program SARA;
  • Penerima akan menerima bayaran secara one-off (Sekali Bayar) melalui MyKad;
  • Khusus untuk perbelanjaan barangan keperluan asas di kedai berdaftar SARA.

SIAPA YANG LAYAK TERIMA?

Kelayakan penerima SARA ONE-OFF 2025 adalah seperti berikut:

  • Setiap Warganegara Malaysia;
  • Berusia 18 tahun ke atas;

SEMAKAN SARA RM100 ONEOFF

Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online di Portal Rasmi SARA seperti berikut:

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi SARA: https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama SARA RM100 ONE-OFF untuk Rakyat Malaysia yang layak.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah RM100 ONEOFF.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : Penghargaan SARA
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula : 31/08/2025
    • Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
    • Baki (RM) : 100.00
  9. Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
  10. Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
  11. ⁠Selesai.

CARA GUNA SARA RM100 ONEOFF

Penerima boleh menggunakan kredit bantuan untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:

  1. Bawa MyKad dan Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
  2. Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Barangan Keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  6. Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
  7. Selesai.

Nota: anda tidak perlu mengeluarkan wang tunai kerana bayaran ditolak terus daripada baki kredit SARA di dalam MyKad anda.

SENARAI BARANG BOLEH DIBELI?

Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 14 kategori produk yang diluluskan di bawah Program SARA seperti:

  • Beras;
  • Roti;
  • Telur;
  • Minyak Masak
  • Tepung;
  • Biskut;
  • Mi Segera;
  • Minuman;
  • Makanan dalam Tin;
  • Bahan Perasa;
  • Produk Kebersihan Diri;
  • Barang Kebersihan Rumah;
  • Ubat-Ubatan;
  • Barang Keperluan Sekolah;

TARIKH & TEMPOH GUNA

Pelaksanaan Program SARA adalah seperti berikut:

NAMA PROGRAMKADAR BAYARANTARIKH PELAKSANAANTARIKH AKHIR/LUPUT
Penghargaan SARA
(SARA ONE-OFF)
RM10031 Ogos 2025
(Ahad)
31 Disember 2025 (Rabu)

Baki tidak digunakan akan dibawa ke bulan berikutnya dan SAH sehingga 31 Disember 2025.

SOALAN LAZIM (FAQ) SARA RM100 ONE OFF

Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SARA ONE OFF:

  1. Adakah saya perlu mohon untuk dapatkan SARA ONE-OFF?
    • Tidak perlu. Bantuan akan dikreditkan SECARA AUTOMATIK kepada setiap warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas kedalam MyKad masing-masing tanpa sebarang permohonan diperlukan.
  2. Di mana RM100 boleh digunakan?
    • Di kedai runcit, pasar mini bebas dan pasar raya berdaftar MyKasih di seluruh Malaysia. Senarai kedai SARA berdaftar boleh disemak di Portal Rasmi SARA.
  3. Adakah boleh dikeluarkan tunai?
    • Tidak boleh. Bantuan hanya boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas menggunakan MyKad.
  4. Bila boleh semak baki RM100?
    • Semakan baki kredit boleh dilakukan sebaik sahaja bayaran disalurkan ke dalam MyKad. Semakan boleh dilakukan melalui Portal Rasmi SARA / MyKasih.
  5. Adakah bantuan ini sekali sahaja?
    • Ya, keranan bantuan ini merupakan bantuan one-off, dimana ia disalurkan sekali sahaja ke dalam MyKad penerima.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

Leave a Comment