BANTUAN SENTUHAN KASIH SABAH RM900 2025 : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG

BANTUAN SENTUHAN KASIH SABAH RM900 2025 : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG

Program-program pembasmian kemiskinan di Sabah seperti Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) dilaksanakan bagi membantu golongan yang terjejas akibat peningkatan kos sara hidup atau yang memerlukan sokongan kewangan segera.

Ketahui kelayakan dan info berkaitan bayaran Bantuan Sentuhan kasih Rakyat RM900 lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BARANG MY KASIH YANG DILULUSKAN

BANTUAN SENTUHAN KASIH SABAH

SIAPA YANG LAYAK?

Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah RM900 hanya disalurkan kepada pemohon yang menepati syarat dan kriteria kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun sebelum 31 Disember 2024.
  • Memegang Kad Pengenalan berstatus ‘H’ dan bermastautin di Sabah sekurang-kurangnya satu tahun.
  • KIR yang didaftarkan sebagai miskin atau miskin tegar dalam eKasih atau PADANS setakat 31 Disember 2024.
  • KIR yang belum tersenarai dalam eKasih tetapi mempunyai pendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).

CARA TERIMA BANTUAN SENTUHAN KASIH SABAH RM900

Bagi memudahkan rakyat menerima Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat, Kerajaan menyediakan tiga (3) cara bayaran yang mudah seperti berikut :

  1. Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima; atau
  2. Tunai di kaunter bank bagi yang tiada akaun bank; atau
  3. Dikreditkan melalui akaun e-Wallet di aplikasi YONO Superapp.

TARIKH TERIMA BANTUAN SENTUHAN KASIH SABAH

Penerimaan bayaran Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat adalah secara berfasa mengikut jadual yang ditetapkan seperti berikut :

PELAKSANAAN
FASA
JUMLAH
BANTUAN
TARIKH TERIMA
Fasa 1
(Januari – Mac)
RM900Februari 2025
Fasa 2
(April – Jun)
RM900April – Mei 2025
Fasa 3
(Julai – September)
RM900September 2025
Fasa 4
(Oktober – Disember)
RM900Oktober – November 2025
*Nota : Tarikh bayaran akan dimaklumkan kepada penerima menerusi pesanan ringkas SMS.

CARA SEMAK KELAYAKAN BANTUAN SENTUHAN KASIH SABAH RM900 2025

Status kelayakan permohonan Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat boleh disemak secara online melalui Portal Rasmi PADANS seperti berikut :

  1. Layari laman Portal Rasmi PADANS di sini : https://padans.sabah.gov.my/.
  2. Halaman Utama Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) akan dipaparkan.
  3. Untuk Semakan Status, lihat pada bahagian ‘Semakan Permohonan’ di sebelah kiri skrin.
  4. ⁠Klik pada butang [Semak].
  5. Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan dipaparkan.
  6. Masukkan Nombor MyKad* di ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-)
  7. Kemudian, klik pada butang [Semak].
  8. Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
  9. ⁠Sekiranya disahkan LAYAK Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
  10. ⁠Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) BANTUAN SENTUHAN KASIH SABAH

Berikut merupakan beberapa jenis soalan-soalan lazim (FAQ) yang sering ditanya berkaitan Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat :

  1. Adakah Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat terbuka kepada semua penduduk Sabah?
    • Tidak. Bantuan RM900 adalah khusus untuk golongan berpendapatan rendah (B40) dan mereka yang layak berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh kerajaan negeri.
  2. Adakah Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat dikreditkan sekaligus?
    • Bantuan ini dikreditkan secara berperingkat setiap 3 bulan.
  3. Adakah bantuan ini boleh digunakan untuk tujuan selain keperluan asas?
    • Penggunaan wang tersebut adalah bergantung kepada keperluan individu. Namun, ia diutamakan untuk tujuan-tujuan asas seperti membeli makanan, membayar bil utiliti, atau menampung kos kehidupan harian.
  4. Bolehkah penerima yang tiada akaun bank mendapatkan Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat melalui aplikasi e-Wallet?
    • Ya, penerima perlu muat turun aplikasi YONO Superapp dan mohon Bantuan SYUKUR Sabah masuk dalam aplikasi e-Wallet tersebut.
  5. Bagaimanakah cara untuk tahu bila bayaran Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat diberikan?
    • Pihak Kerajaan Negeri Sabah akan maklumkan kepada penerima melalui pesanan ringkas SMS.

RUJUKAN

Kami hanya berkongsikan maklumat berkaitan Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat yang dirujuk daripada Portal Rasmi PADANS. Sekiranya anda mempunyai masalah atau pertanyaan lanjut, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • Talian Program Sentuhan Kasih Rakyat : 088 338 338
  • Talian WhatsApp : 010-582 8207
  • E-mel :[email protected]

Leave a Comment