CARA MOHON PENGELUARAN KWSP (AKAUN 1, 2 & 3)

CARA MOHON PENGELUARAN KWSP (AKAUN 1, 2 & 3)

Ahli dibenarkan mengakses wang simpanan KWSP untuk tujuan tertentu terutama Akaun 3 (Fleksibel) mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh KWSP.

Bagaimanakah permohonan pengeluaran duit kwsp? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: MYSARA SEMAKAN ONLINE SEMAK KELAYAKAN & BAYARAN 2025)

CARA MOHON PENGELUARAN KWSP

JENIS PENGELUARAN

Akaun KWSP dibahagikan kepada tiga (3) seperti :

JENIS AKAUNTUJUAN SIMPANANPERATUSAN SIMPANAN
(%)
Akaun 1
(Persaraan)
Simpanan untuk hari tua (persaraan)75 %
Akaun 2
(Sejahtera)
Simpanan untuk tujuan Pendidikan, Perumahan, Perubatan15 %
Akaun 3
(Fleksibel)
Simpanan jangka masa pendek dan kecemasan
(pengeluaran bila-bila masa)
10 %

SYARAT MOHON PENGELUARAN DUIT KWSP

Syarat pengeluaran KWSP mengikut jenis akaun simpanan seperti berikut:

Pengeluaran Akaun 1 (Persaraan) :

  • Berusia antara 55 sehingga 60 tahun.
  • Kehilangan upaya sebelum umur 55 tahun

Akaun 2 (Sejahtera) :

  • Pengeluaran khas antara umur 50 sehingga 54 tahun;
  • Tujuan : Pendidikan/ Pembelian/binaan rumah/ Rawatan perubatan/ Perlindungan insurans/takaful/Ibadah haji

Pengeluaran Akaun 3 (Fleksibel) :

  • Pengeluaran pada bila-bila masa;
  • Minimum simpanan adalah RM50.

MOHON PENGELUARAN KWSP

Permohonan pengeluaran kwsp boleh dilakukan melalui (2) kaedah seperti berikut:

  • Secara Online di Portal Rasmi KWSP i-Akaun / aplikasi KWSP i-Akaun; atau
  • Secara manual di Kaunter Pejabat KWSP berdekatan.

CARA MOHON PENGELUARAN KWSP

Permohonan Pengeluaran Simpanan KWSP melalui aplikasi KWSP i-Akaun seperti berikut:

  1. Muat turun aplikasi KWSP i-Akaun dalam telefon bimbit anda; atau
  2. Layari laman web i-Akaun di sini : https://iakaun.kwsp.gov.my/portal/member/login
  3. Pilih menu [Pengeluaran]
  4. Seterusnya, klik butang [Keluarkan simpanan anda].
  5. Pilih [Akaun Fleksibel/Akaun Sejahtera/Akaun Persaraan].
  6. Kemudian, klik butang [Keluarkan Sekarang].
  7. Masukkan jumlah pengeluaran yang diperlukan dan klik [Teruskan].
  8. Masukkan maklumat akaun bank yang aktif & Dokumen Sokongan (Jika Perlu)
  9. Klik butang [Teruskan].
  10. Seterusnya, klik butang [Terima] jika bersetuju dengan Perakuan Ahli.
  11. Masukkan nombor TAC yang dihantar melalui SMS nombor telefon anda.
  12. Permohonan anda berjaya dihantar.
  13. Selesai.

TEMPOH BAYARAN

Tempoh pengeluaran duit kwsp adalah 7 sehingga 14 hari bekerja selepas permohonan diluluskan dan akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima.

SOALAN LAZIM (FAQ) KWSP

Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan KWSP:

  1. Adakah pengeluaran Akaun Fleksibel (Akaun 3) boleh dibuat bila-bila masa?
    • Ya, Pengeluaran simpanan bagi akaun fleksibel (akaun 3) dibenarkan pada bila-bila masa sahaja, dengan syarat mimimum simpanan adalah sebanyak RM50.
  2. Adakah saya perlu ke hadir ke kaunter KWSP?
    • Pengeluaran simpanana Akaun Fleksibel (Akaun 3) boleh dilakukan secara online di Portal Rasmi KWSP i-Akaun atau Aplikasi KWSP i-Akaun.
  3. Adakah boleh buat pengeluaran tunai di kaunter?
    • Sesetengah jenis pengeluaran sahaja perlu dibuat di kaunter KWSP, yang memerlukan dokumen asal untuk permohonan pengeluaran, serta mereka yang bukan warganegara.
  4. Berapa lama untuk dapatkan duit selepas permohonan diluluskan?
    • Duit akan disalurkan ke dalam akaun anda dalam tempoh 7 – 14 hari bekerja selepas permohonan diluluskan (bergantung kepada jenis bank akaun yang digunakan).
  5. Adakah bukan warganegara boleh mohon pengeluaran?
    • Boleh, tetapi ia tertakluk kepada jenis pengeluaran dan syarat KWSP semasa, serta perlu dilakukan secara tunai di kaunter cawangan Pejabat KWSP berdekatan.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berdekatan.

Leave a Comment