SEMAK MY KASIH : STATUS KELAYAKAN & BAYARAN 2025

SEMAK MY KASIH : STATUS KELAYAKAN & BAYARAN 2025

Bantuan My Kasih adalah program bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh MyKasih Foundation, sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) di Malaysia. Program ini bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan, terutama keluarga dalam kategori B40 (pendapatan rendah), dengan memberikan bantuan dalam bentuk tanpa tunai untuk beli makanan, atau keperluan harian.

Semak status kelayakan, bayaran dan maklumat lanjut berkaitan My Kasih di bawah.

BACA JUGA : SEMAK BAYARAN STR FASA 4 : LAYAK ATAU TIDAK

SEMAK MY KASIH

SIAPA YANG LAYAK?

Terdapat dua (2) kategori penerima yang layak terima Bantuan MyKasih iaitu golongan miskin dan golongan asas bukan miskin. Antara syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut :

SYARAT
KELAYAKAN
PENERIMA MISKINPENERIMA ASAS
WarganegaraMalaysiaMalaysia
PendapatanBawah RM2,500 atau
bawah garis kemiskinan
semasa
Sehingga RM5,000
Status STRLulus STR
(Isi Rumah /
Warga Emas / Bujang)
Lulus STR
(Isi Rumah /
Warga Emas)
Daftar eKasihTersenarai dalam
data eKasih
Tidak tersenarai dalam
data eKasih

CARA BAYARAN MY KASIH

Semua penerima seluruh Malaysia (termasuk di Sabah, Sarawak da W.P Labuan) akan terima bayaran My Kasih dengan cara yang sama seperti berikut :

  1. Setelah penerima diluluskan dan didaftarkan Mykasih, akaun akan dibuka berdasarkan Nombor Kad Pengenalan penerima dalam sistem Mykasih yang mana elaun perbelanjaan akan disimpan.
  2. Penerima akan menerima elaun bulanan melalui Kad Pengenalan untuk membeli barang keperluan asas terpilih.
  3. Pasar raya dan Kedai runcit yang mengambil bahagian dalam program pembelian tanpa tunai ini akan mempunyai infrastruktur sistem pembayaran MyKasih di dalam premis mereka di mana penerima dapat membuat pembayaran menggunakan Kad Pengenalan.

SEMAK KADAR MY KASIH

Setiap penerima miskin dan asas akan terima kadar bayaran My Kasih yang berbeza bergantung kategori kelayakan seperti berikut :

  • Penerima Miskin :
KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN MY KASIH
Isi RumahRM100 (Jan – Mac)
RM200 (Apr – Dis)
Warga EmasRM100 (Jan – Mac)
RM150 (Apr – Dis)
BujangRM50 (Jan – Dis)
  • Penerima Asas :
KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN MY KASIH
Isi RumahRM100 (Apr – Dis)
Warga EmasRM50 (Apr – Dis)

JADUAL BAYARAN MY KASIH

Pembayaran Bantuan My Kasih dilaksanakan secara ansur pada setiap bulan mengikut jadual seperti berikut :

TARIKH BAYARAN
(PENERIMA MISKIN)
TARIKH BAYARAN
(PENERIMA ASAS)
15 Januari 2025
1 Februari 2025
1 Mac 2025
1 April 20251 April 2025
1 Mei 20251 Mei 2025
1 Jun 20251 Jun 2025
1 Julai 20251 Julai 2025
1 Ogos 20251 Ogos 2025
1 September 20251 September 2025
1 Oktober 20251 Oktober 2025
1 November 20251 November 2025
1 Disember 20251 Disember 2025

SEMAK MY KASIH

Status penerima Bantuan My Kasih boleh di semak secara online melalui portal rasmi MyKasih seperti panduan di bawah :

  1. Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) MY KASIH

Ketahui soalan-soalan lazim (faq) berkaitan My Kasih :

  1. Bagaimana cara tahu saya layak atau tidak?
    • Anda boleh semak status kelayakan melalui portal rasmi MyKasih menggunakan nombor IC.
  2. Boleh semak guna aplikasi telefon?
    • Ya, portal rasmi boleh diakses melalui telefon pintar dan semakan boleh dibuat dengan mudah.
  3. Bila pembayaran MyKasih 2025?
    • Pembayaran dibuat secara berperingkat mengikut jadual yang diumumkan kerajaan.
  4. Adakah MyKasih ini sama dengan STR?
    • Tidak. MyKasih adalah bantuan asas sara hidup tambahan, manakala STR adalah sumbangan tunai utama.
  5. Jika status tidak layak, boleh buat rayuan?
    • Tiada permohonan baharu atau rayuan MyKasih kerana ianya berikan secara automatik kepada yang layak.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Bantuan My Kasih, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

Leave a Comment