SEMAK TARIKH STR FASA 4 2025

SEMAK TARIKH STR FASA 4 2025

Pelaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kini menghampiri Fasa akhir pembayaran kepada penerima yang layak termasuk Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tanpa pasangan dengan kadar bayaran diberikan mengikut kategori kelayakan masing-masing.

Bagaimanakah semak tarikh str fasa 4 2025? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: SYUKUR SABAH RM900 : SEMAK BAYARAN FASA 3 2025

SEMAK TARIKH STR

SIAPA YANG LAYAK?

Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan STR 2025 mestilah terdiri daripada :

  1. Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
      menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

SEMAK STATUS KELAYAKAN STR

Status Bantuan STR 2025 ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ boleh disemak secara online di Portal Rasmi STR seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
  3. Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  5. Tekan pada butang [Log Masuk].
  6. Seterusnya, klik [Semak].
  7. ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
  8. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  9. Masukkan kata laluan yang betul.
  10. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  11. [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
  12. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
  13. Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Pembayaran FASA 4] akan dipaparkan LULUS atau TIDAK.
  14. Selesai.

APA PERLU DILAKUKAN JIKA TIDAK TERSENARAI?

Jika status anda ‘Gagal’ atau tidak tersenarai sebagai penerima, beberapa perkara yang boleh anda lakukan adalah seperti berikut:

  • Buat semakan semula maklumat peribadi di portal rasmi, dan kemaskini maklumat terkini jika belum kemaskini;
  • Jika memenuhi syarat, anda boleh mengemukakan permohonan rayuan dalam tempoh masa yang ditetapkan;
  • Hubungi pihak berwajib untuk bantuan lanjut.

JUMLAH BAYARAN MENGIKUT KATEGORI

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 2025 mengikut kategori kelayakan penerima adalah seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAKADAR BAYARAN FASA 4
Isi rumah
Berpendapatan RM 2500 kebawah
Tiada anak : RM150
1 hingga 2 anak : RM300
3 hingga 4 anak : RM500
5 anak ke atas : RM700
Isi rumah
Berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000
Tiada anak : RM100
1 hingga 2 anak : RM200
3 hingga 4 anak : RM250
5 anak ke atas : RM300
Warga emas tiada pasanganRM150
BujangRM150

SEMAK TARIKH STR

Tarikh rasmi pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4, 2025 belum diumumkan lagi oleh Kementerian Kewangan (MOF), dan akan dikemasikini dari semasa ke semasa.

SEMAK KAEDAH BAYARAN STR

Bantuan STR 2025 akan disalurkan seperti berikut:

  • Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
  • Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.

SOALAN LAZIM (FAQ) STR FASA 4

Persoalan lazim (FAQ) yang sering menjadi tanda tanya penerima STR adalah seperti berikut :

  1. Bila tarikh rasmi bayaran STR Fasa 4?
    • Tarikh Rasmi Bayaran STR Fasa 4 belum diumumkan oleh MOF, Namun, Bayaran dijangka dilaksanakan pada November 2025.
  2. Bagaimana cara semak status bayaran?
    • Status Bayaran boleh semak secara online melalui portal rasmi MySTR, dengan hanya menggunakan Nombor MyKad.
  3. Jika tiada akaun bank, bagaimana bayaran dibuat?
    • Penerima boleh tuntut secara tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan.
  4. Adakah semua kategori layak menerima STR Fasa 4?
    • Semua kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang layak. NAMUN, Kelayakan bergantung pada SYARAT yang ditetapkan seperti status perkahwinan, kategori umur dan kadar pendapatan.
  5. Adakah rayuan boleh dibuat jika permohonan tidak lulus?
    • Ya, permohonan boleh dilakukan sebaik sahaja pembayaran dilaksanakan, dan pemohonan rayuan mesti dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

Leave a Comment