SEMAK BAYARAN STR FASA 4 2025 : LAYAK ATAU TIDAK

SEMAK BAYARAN STR FASA 4 2025 : LAYAK ATAU TIDAK

Belanjawan 2025 telah memperuntukan sebanyak RM13 billion untuk disalurkan kepada 9 juta rakyat dewasa Malaysia melalui Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara berperingkat selama empat (4) fasa dan bayaran untuk Fasa empat (4) akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Ketahui status dan maklumat bayaran STR Fasa 4 2025 di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN SYUKUR SABAH RM900 (KELAYAKAN & JADUAL BAYARAN)

SEMAK BAYARAN STR FASA 4

KAEDAH BAYARAN STR 2025

Kaedah pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dilaksanakan bergantung kepada jenis penerima sama ada melalui akaun bank atau tunai di kaunter bank.

Berikut merupakan kaedah bayaran STR mengikut jenis penerima :

JENIS PENERIMAKAEDAH BAYARAN STR
Penerima Ada Akaun BankDikreditkan terus ke dalam akaun bank
penerima melalui sistem IBG Fund Transfer
Penerima Tiada Akaun Bank
atau
Status ‘Gagal Kredit’
Dibayar secara tunai di kaunter Bank
Simpanan Nasional (BSN) terdekat

BERAPA KADAR BAYARAN STR FASA 4?

Kadar bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 adalah tidak sama kepada setiap kategori. Pembayaran Fasa 4 dianggarkan sebanyak kadar berikut :

KATEGORI PENERIMAKADAR BAYARAN STR
FASA 4
Isi Rumah B40
(pendapatan bawah RM2,500)
0 anak : RM150
1 – 2 anak : RM300
3 – 4 anak : RM500
5 & ke atas : RM700
Isi Rumah M40
(pendapatan RM2,501 – RM5,000)
0 anak : RM100
1 – 2 anak : RM200
3 – 4 anak : RM250
5 & ke atas : RM300
Warga Emas
(tiada pasangan)
RM150
BujangRM150

BILA BAYARAN STR FASA 4 2025?

Tarikh bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dilaksanakan mengikut jadual berikut :

PERINGKAT FASATARIKH BAYARAN STR
Fasa 122 Januari 2025 hingga 28 Januari 2025
Fasa 224 Mac 2025 hingga 27 Mac 2025
Fasa 312 Ogos 2025 hingga 19 Ogos 2025
Fasa 4Akan dikemaskini apabila diumumkan

SEMAK BAYARAN STR FASA 4 2025

Untuk mengetahui status dan maklumat bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4, sila ikuti cara semakan seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Klik [Log Masuk dengan MyDigital ID] bagi yang ada akaun; atau
  4. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  5. Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
  6. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  7. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  8. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  9. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  10. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  11. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  12. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  13. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  14. Maklumat Bayaran Fasa 4 akan dipaparkan.
  15. Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) STR

Antara soalan-soalan lazim (faq) yang sering menjadi tanda tanya berkaitan Bantuan STR adalah seperti berikut :

  1. Bilakah boleh mohon Bantuan STR Fasa 4?
    • Permohonan Bantuan STR dibuka sepanjang tahun bermula 14 Oktober 2024.
  2. Adakah saya boleh memohon Bantuan STR jika saya sudah menerima bantuan lain?
    • Ya, anda masih boleh memohon Bantuan STR walaupun sudah menerima bantuan lain, asalkan memenuhi syarat kelayakan.
  3. Bila Bantuan STR akan dibayar?
    • Pembayaran Bantuan STR biasanya dilakukan dalam 4 fasa sepanjang tahun, bergantung kepada peruntukan kerajaan dan pengumuman yang dibuat.
  4. Adakah bantuan ini hanya untuk warganegara Malaysia?
    • Ya, Bantuan STR hanya untuk warganegara Malaysia, tetapi status pemohon (contohnya, status perkahwinan dan tanggungan) juga boleh mempengaruhi kelayakan.
  5. Berapa jumlah Bantuan STR yang akan diterima?
    • Jumlah bantuan STR berbeza mengikut kategori kelayakan. Biasanya, jumlah bantuan ini akan ditentukan berdasarkan pendapatan dan jumlah tanggungan dalam keluarga.

INFO LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Untuk info lebih lanjut berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

Leave a Comment