SEMAKAN STATUS STR FASA 4 (BAYARAN 2025)

SEMAKAN STATUS STR FASA 4 (BAYARAN 2025)

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 bakal memasuki Fasa akhir pembayaran iaitu Fasa Keempat (4) dan akan disalurkan kepada penerima yang layak bermula pada tarikh rasmi pembayaran yang dikeluarkan oleh Pihak MOF.

Bagaimanakah semakan status str fasa 4? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH : ADAKAH ANDA PENERIMA – SEMAK STATUS SEKARANG

SEMAKAN STATUS STR FASA 4

SIAPA YANG LAYAK?

Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan STR 2025 mestilah terdiri daripada :

  1. Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
      menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

SEMAKAN JUMLAH BAYARAN STR FASA 4 MENGIKUT KATEGORI

Amaun kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 2025 adalah mengikut kategori kelayakan penerima seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAKADAR BAYARAN FASA 4
Isi rumah
Berpendapatan RM 2500 kebawah
Tiada anak : RM150
1 hingga 2 anak : RM300
3 hingga 4 anak : RM500
5 anak ke atas : RM700
Isi rumah
Berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000
Tiada anak : RM100
1 hingga 2 anak : RM200
3 hingga 4 anak : RM250
5 anak ke atas : RM300
Warga emas tiada pasanganRM150
BujangRM150

SEMAKAN TARIKH BAYARAN STR FASA 4

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 seperti berikut:

FASA PEMBAYARANTARIKH PEMBAYARAN
Fasa 122 Januari 2025
Fasa 224 Mac 2025
Fasa 32 Ogos 2025
Fasa 4Tarikh bayaran akan dikemaskini dari semasa ke semasa

KAEDAH PEMBAYARAN

Bantuan STR 2025 akan disalurkan seperti berikut:

  • Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
  • Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.

SEMAKAN STATUS STR FASA 4

Status Bantuan STR 2025 ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ boleh disemak secara online di Portal Rasmi STR seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
  3. Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  5. Tekan pada butang [Log Masuk].
  6. Seterusnya, klik [Semak].
  7. ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
  8. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  9. Masukkan kata laluan yang betul.
  10. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  11. [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
  12. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
  13. Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Pembayaran FASA 4] akan dipaparkan LULUS atau TIDAK.
  14. Selesai.

KENAPA SEMAKAN STATUS PENTING?

Semakan status kelayakan secara online di Portal MySTR amat penting untuk:

  • Memastikan anda berstatus ‘layak’ untuk menerima bayaran Fasa 4;
  • Mengelakkan kekeliruan tentang jumlah bantuan yang anda layak;
  • Mengetahui tarikh pembayaran Fasa 4.
  • Untuk tindakan lanjut jika status bayaran ‘gagal’, seperti membuat rayuan atau rujuk pihak berwajib (LHDN).

SOALAN LAZIM (FAQ) STR FASA 4

Persoalan lazim (FAQ) yang sering menjadi tanda tanya penerima STR adalah seperti berikut :

  1. Bila bayaran STR Fasa 4 masuk?
    • Tarikh Rasmi Bayaran STR Fasa 4 belum diumumkan oleh MOF, Namun, Bayaran dijangka akan disalurkan pada November 2025.
  2. Bagaimana cara check status STR Fasa 4?
    • Status Kelayakan STR Fasa 4 boleh semak secara online melalui portal rasmi MySTR.
  3. Bagaimana bayaran diterima, jika tidak mempunyai akaun bank?
    • Penerima boleh tuntut secara tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan.
  4. Berapa jumlah bayaran untuk isi rumah?
    • Jumlah bayaran fasa 4 untuk kategori isi rumah adalah antara RM100 hingga RM700 bergantung kepada jumlah tanggungan anak serta bila permohonan STR anda mula diluluskan.
  5. Adakah STR Fasa 4 bayaran terakhir tahun ini?
    • Ya, STR Fasa 4 adalah fasa terakhir pembayaran bagi tahun 2025.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

Leave a Comment