SEMAKAN SYUKUR SABAH RM900 (KELAYAKAN & JADUAL BAYARAN)
Pemberian Bantuan SYUKUR Sabah kali ini lebih tertumpu kepada mereka yang terjejas akibat peningkatan kos sara hidup dan yang memerlukan sokongan kewangan segera. Dengan bayaran sebanyak RM900 dapat sedikit sebanyak membantu mereka yang memerlukan.
Ketahui kelayakan, jadual dan maklumat lebih lanjut berkaitan Bantuan SYUKUR Sabah RM900 di bawah.
BACA JUGA : SYARAT PENGELUARAN KWSP : SEMAKAN STATUS ANDA BERKELAYAKAN ATAU TIDAK

APA ITU SYUKUR SABAH?
SYUKUR Sabah atau rasminya Sentuhan Kasih Rakyat Sabah yang merupakan sebuah program pembasmian kemiskinan yang menyalurkan bantuan kewangan secara berperingkat sebanyak RM900 setiap tiga (3) bulan sehingga RM3,600 setahun.
TUJUAN PEMBERIAN SYUKUR SABAH
Antara tujuan pemberian Bantuan SYUKUR Sabah adalah untuk :
- Meringankan beban kewangan penerima, khususnya untuk mendapatkan keperluan asas;
- Membantu golongan yang memerlukan supaya dapat menjalani kehidupan yang lebih wajar;
- Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di negeri Sabah selaras dengan agenda nasional; dan
- Sebagai tanda prihatin dan kasih kerajaan kepada golongan rakyat dan agihan mengikut keutamaan.
SIAPA YANG LAYAK?
Pemberian Bantuan SYUKUR Sabah adalah khas untuk 100,000 individu yang memenuhi kelayakan berikut :
SYARAT KELAYAKAN | KRITERIA PENERIMA |
---|---|
Warganegara | Malaysia |
Status | Ketua isi rumah / Ahli isi rumah |
Umur | 18 tahun dan ke atas |
Kediaman | Rakyat Sabah status ‘H’ atau bermastautin di Sabah tidak kurang dari 1 tahun |
Pendapatan | Bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa |
STR & eKasih | Lulus STR dan daftar eKasih |
CARA BAYARAN SYUKUR SABAH RM900
Kerajaan Negeri Sabah menyediakan tiga (3) cara bayaran Bantuan SYUKUR Sabah kepada penerima seperti berikut :
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima; atau
- Tunai di kaunter bank bagi yang tiada akaun bank; atau
- Dikreditkan melalui akaun e-Wallet di aplikasi YONO Superapp.
JADUAL BAYARAN SYUKUR SABAH RM900
Bayaran Bantuan SYUKUR Sabah RM900 dilaksanakan secara berperingkat mengikut jadual yang ditetapkan seperti berikut :
PERINGKAT FASA | TARIKH BAYARAN | JUMLAH BANTUAN |
---|---|---|
Fasa 1 (Januari – Mac) | Februari 2025 | RM900 |
Fasa 2 (April – Jun) | April – Mei 2025 | RM900 |
Fasa 3 (Julai – September) | Ogos – September 2025 | RM900 |
Fasa 4 (Oktober – Disember) | Oktober – November 2025 | RM900 |
SEMAKAN SYUKUR SABAH RM900
Untuk ketahui status sama ada anda layak atau tidak terima bayaran Bantuan SYUKUR Sabah, semak status anda melalui laman Portal Rasmi PADANS seperti panduan di bawah :
- Layari laman Portal Rasmi PADANS ‘Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025’ di sini : https://padans.sabah.gov.my/.
- Anda akan dibawa masuk ke Halaman Utama Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
- Untuk Semakan Status, lihat pada bahagian ‘Semakan Permohonan’ di sebelah kiri skrin.
- Klik pada butang [Semak].
- Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor MyKad* di ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-)
- Kemudian, klik pada butang [Semak].
- Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
- Sekiranya disahkan LAYAK Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) SYUKUR SABAH
Berikut merupakan soalan-soalan lazim (faq) berkaitan Bantuan SYUKUR Sabah :
- Bagaimana cara memohon Bantuan SYUKUR Sabah RM900?
- Pemohon boleh membuat permohonan secara dalam talian (online) melalui portal rasmi yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Sabah. Pemohon juga perlu mengikuti arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa negeri untuk mengisi borang dan menyediakan dokumen sokongan yang diperlukan.
- Adakah Bantuan SYUKUR Sabah RM900 boleh dipohon setiap tahun?
- Setakat ini, Bantuan SYUKUR Sabah RM900 adalah bantuan sekali bayar yang diberikan pada tahun tertentu mengikut keperluan semasa dan keputusan kerajaan negeri.
- Adakah bantuan ini terbuka kepada semua penduduk Sabah?
- Tidak. Bantuan SYUKUR Sabah RM900 adalah khusus untuk golongan berpendapatan rendah (B40) dan mereka yang layak berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh kerajaan negeri.
- Bolehkah seseorang itu memohon jika mereka menerima bantuan lain daripada kerajaan?
- Ya, seseorang yang menerima bantuan lain daripada kerajaan masih boleh memohon Bantuan SYUKUR Sabah RM900, asalkan mereka memenuhi syarat-syarat kelayakan.
- Adakah bantuan ini boleh digunakan untuk tujuan selain keperluan asas?
- Penggunaan wang tersebut adalah bergantung kepada keperluan individu. Namun, ia diutamakan untuk tujuan-tujuan asas seperti membeli makanan, membayar bil utiliti, atau menampung kos kehidupan harian.
MAKLUMAT LANJUT
Semua maklumat berkaitan Bantuan SYUKUR Sabah di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi PADANS. Untuk pertanyaan atau maklumat lebih lanjut, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Syukur Sabah : 088 338 338
- Talian WhatsApp Syukur Sabah : 010-582 8207
- E-mel : [email protected]