TARIKH MYSTR FASA 4 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK 2025
Kesemua penerima sedia ada dan pemohon baharu tidak sabar untuk menantikan bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (MySTR) yang terakhir pada tahun ini, iaitu Fasa 4 yang akan dilaksanakan kepada hampir 9 juta rakyat Malaysia.
Ketahui tarikh serta status kelayakan penerima MySTR Fasa 4 di bawah.
BACA JUGA : SYUKUR SABAH RM900 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK FASA 3 SEKARANG

CARA TERIMA MYSTR
Dua (2) cara yang disediakan oleh Kerajaan untuk penerima menerima bayaran MySTR, iaitu :
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima; atau
- Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) :
- Penerima tiada akaun bank; atau
- Status ‘gagal Kredit’.
TARIKH MYSTR FASA 4
Penerima sedia ada dan penerima baharu akan menerima bayaran MySTR pada tarikh yang berbeza mengikut jadual berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH BAYARAN MYSTR FASA 4 |
---|---|
Penerima Sedia Ada | Belum diumumkan |
Penerima Baharu | Belum diumumkan |
JUMLAH MYSTR FASA 4
Berikut merupakan anggaran jumlah bayaran MySTR Fasa 4 kepada penerima sedia ada :
- Kategori Bujang :
KELAYAKAN BUJANG | JUMLAH MYSTR FASA 4 |
---|---|
Bujang Umur 21 hingga 59 tahun | RM150 |
Bujang Umur 60 tahun dan ke atas | RM150 |
- Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN ISI RUMAH | JUMLAH MYSTR FASA 4 |
---|---|
Isi Rumah B40 | Tiada anak : RM150 1 – 2 anak : RM300 3 – 4 anak : RM500 5 & ke atas : RM700 |
Isi Rumah M40 | Tiada anak : RM100 1 – 2 anak : RM200 3 – 4 anak : RM250 5 & ke atas : RM300 |
SEMAK STATUS MYSTR
Bagi yang belum ketahui status bayaran dan maklumat bayaran Bantuan MySTR, sila ikuti cara semak status yang lengkap seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Klik [Log Masuk dengan MyDigital ID] bagi yang ada akaun; atau
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Maklumat Bayaran Fasa 4 akan dipaparkan.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) MYSTR
Antara soalan-soalan lazim yang sering ditanya berkaitan Bantuan MySTR adalah seperti berikut :
- Adakah Bantuan MySTR juga dibayar kepada individu bujang?
- Ya, Bantuan MySTR dibayar kepada semua individu berkeluarga dan bujang (bergantung kelayakan penerima).
- Siapakah layak terima bayaran Bantuan MySTR Fasa 4?
- Hanya pemohon yang memenuhi kelayakan dan berstatus ‘Lulus’ akan terima MySTR Fasa 4.
- Bolehkah penerima Bantuan MySTR yang mempunyai akaun bank menuntut wang tunai di kaunter BSN juga?
- Tuntutan wang tunai Bantuan MySTR di kaunter BSN hanya khas untuk penerima yang tiada akaun bank dan status ‘gagal kredit’ sahaja.
- Bolehkah Bantuan MySTR digunakan untuk bayaran bil?
- Bantuan MySTR yang disalurkan secara tunai boleh digunakan untuk apa sahaja transaksi bayaran bergantung kepada penerima.
- Bilakah boleh kemukakan permohonan Bantuan MySTR Fasa 4?
- Bila-bila masa sahaja bermula 19 Oktober 2024.
RUJUKAN LANJUT
Semua maklumat di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR. Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau masalah berkaitan Bantuan MySTR, sila rujuk pihak berwajib berikut :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]