PERMOHONAN PENGELUARAN KWSP 2025 : SEMAK ANDAKAH ANDA LAYAK ATAU TIDAK
Secara amnya, ahli tidak perlu hadir di Pejabat KWSP bagi tujuan pengeluaran kerana pengesahan identiti juga boleh dibuat secara dalam talian (online) tertakluk kepada sejarah rekod ahli dan amaun pengeluaran tidak melebihi RM30,000.
Panduan cara permohonan pengeluaran KWSP yang mudah dan senang secara online di bawah.
BACA JUGA : SEMAK STR FASA 4 (JUMLAH & BAYARAN)

PENGENALAN AKAUN KWSP 2025
Akaun KWSP adalah merupakan akaun simpanan wang pekerja yang dibuka oleh pekerja dan dicarum oleh pekerja dan majikan dengan kadar sehingga 11% daripada pendapatan bulanan. Dengan caruman tersebut, pekerja dapat memiliki simpanan untuk hari tua dan kecemasan.
Pihak KWSP yang bertanggungjawab menyimpan wang pekerja dan simpanan setiap bulanan akan menerima dividen keuntungan daripada KWSP setahun sekali dan boleh dikeluarkan sekiranya ahli memenuhi kelayakan yang ditetapkan.
KADAR AGIHAN PENGELUARAN KWSP 2025
Caruman KWSP pada setiap bulan akan diagihkan kepada tiga (3) akaun iaitu Persaraan, Sejahtera dan Fleksibel dengan kadar yang berbeza seperti berikut :
NAMA AKAUN | KETERANGAN | KADAR AGIHAN |
---|---|---|
Akaun 1 (Persaraan) | Simpanan untuk hari tua / persaraan | 75% |
Akaun 2 (Sejahtera) | Simpanan untuk kegunaan pendidikan / beli rumah / rawatan perubatan / ibadah haji / sebagainya | 15% |
Akaun 3 (Fleksibel) | Simpanan untuk kecemasan bagi keperluan mendadak | 10% |
JENIS PERMOHONAN PENGELUARAN KWSP 2025
Pengeluaran wang KWSP boleh dilakukan melalui enam (6) jenis. Antara jenis-jenis pengeluaran KWSP adalah seperti berikut :
- Pengeluaran penuh / semua;
- Pengeluaran sebahagian;
- Pengeluaran bayaran bulanan;
- Kombinasi pengeluaran sebahagian dan bayaran bulanan;
- Bayaran dividen tahunan secara automatik;
- Bayaran pengeluaran ke IPD yang dilantik.
SIAPA LAYAK MOHON?
Hanya ahli yang memenuhi kelayakan sahaj boleh memohon pengeluara wang KWSP dari Akaun 1, 2 dan 3. Berikut merupakan syarat layak mohon pengeluaran KWSP :
- Akaun 1 :
- Mencapai umur 55 hingga 60 tahun;
- Mempunyai simpanan dalam akaun Persaraan.
- Akaun 2 :
- Berumur di antara 50 hingga 54 tahun;
- Mempunyai surat tawaran universiti / resit pembelian rumah / laporan perubatan / sebagainya;
- Mempunyai simpanan dalam akaun Sejahtera.
- Akaun 3 :
- Belum mencapai umur 55 tahun;
- Mempunyai simpanan dalam akaun Fleksibel;
- Had pengeluaran minimum RM50.
*Dan menepati syarat dan mendapat kelulusan daripada KWSP dari semasa ke semasa.
PERMOHONAN PENGELUARAN KWSP 2025
Ahli boleh juga membuat pengeluaran secara manual dengan mengunjungi cawangan KWSP terdekat untuk pengeluaran akaun 1 atau ikuti panduan pengeluaran secara online seperti berikut :
- Sila log masuk ke i-Akaun di aplikasi dalam telefon bimbit anda; atau klik pautan web rasmi KWSP di sini : https://www.kwsp.gov.my/en/.
- Pilih [Akaun 1 (Persaraan)].
- Isi borang permohonan pengeluaran KWSP dengan lengkap dan tepat.
- Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan seperti salinan MyKad dan sebagainya.
- Klik [Hantar Permohonan Pengeluaran Akaun Persaraan] secara online.
- Selesai.
Cara Permohonan Pengeluaran KWSP Akaun 2
Terdapat beberapa jenis pengeluaran boleh dimohon dalam Akaun 2 seperti berikut :
- Pembelian Rumah :
- Untuk membeli rumah pertama atau kedua (boleh digunakan untuk membayar deposit atau mengurangkan pinjaman perumahan). Ikuti panduan pengeluaran seperti berikut :
- Log masuk ke i-Akaun KWSP.
- Pilih menu [Pengeluaran > Perumahan].
- Ikuti arahan yang ditetapkan dan muat naik dokumen yang diperlukan.
- Selesai.
- Untuk membeli rumah pertama atau kedua (boleh digunakan untuk membayar deposit atau mengurangkan pinjaman perumahan). Ikuti panduan pengeluaran seperti berikut :
- Pendidikan :
- Untuk bayar yuran pengajian diri sendiri atau anak di institusi yang diiktiraf. Ikuti panduan pengeluaran berikut :
- Sila log masuk kei-Akaun KWSP.
- Klik bahagian menu [Pengeluaran > Pendidikan].
- Isikan permohonan dengan lengkap dan tepat.
- Sertakan bersama dokumen yang diperlukan seperti :
- Surat tawaran pengajian; dan
- Resit bayaran yuran.
- Selesai.
- Untuk bayar yuran pengajian diri sendiri atau anak di institusi yang diiktiraf. Ikuti panduan pengeluaran berikut :
- Kesihatan :
- Bagi membayar kos rawatan penyakit kritikal atau peralatan perubatan. Ikuti panduan pengeluaran berikut :
- Log Masuk padai-Akaun KWSP.
- Pilih [Pengeluaran > Kesihatan].
- Muat naik dokumen seperti :
- Laporan perubatan; dan
- Bil rawatan.
- Selesai.
- Bagi membayar kos rawatan penyakit kritikal atau peralatan perubatan. Ikuti panduan pengeluaran berikut :
- Umur 50 tahun :
- Ahli yang berumur 50 tahun boleh mengeluarkan sebahagian atau keseluruhan simpanan Akaun 2 sebelum mencapai umur 55 tahun. Ikuti panduan pengeluaran berikut :
- kunjungi kaunter KWSP; atau log masuki-Akaun KWSP.
- Pilih [Pengeluaran > Umur 50 tahun].
- Isikan borang pengeluaran dengan lengkap.
- Sertakan bersama salinan IC.
- Selesai.
- Ahli yang berumur 50 tahun boleh mengeluarkan sebahagian atau keseluruhan simpanan Akaun 2 sebelum mencapai umur 55 tahun. Ikuti panduan pengeluaran berikut :
Permohonan Pengeluaran KWSP Akaun 3
Pengeluaran KWSP dari Akaun 3 boleh dimohon secara online seperti berikut :
- Log masuk ke aplikasi i-Akaun KWSP.
- Pilih menu [Pengeluaran].
- Seterusnya, klik pada [Keluarkan Simpanan Anda].
- Pilih [Akaun Fleksibel].
- Klik pada butang [Keluar Sekarang].
- Masukkan jumlah pengeluaran mengikut yang anda layak dan klik [Teruskan].
- Kemaskini maklumat akaun bank anda.
- Kemudian, klik butang [Teruskan].
- Sekiranya anda bersetujut dengan ‘Perakuan Ahli’, klik butang [Terima].
- Nombor TAC akan dihantar, masukkan dengan tepat.
- ‘Permohonan anda berjaya dihantar’ akan dipaparkan.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) KWSP
Berikut merupakan soalan-soalan lazim berkaitan pengeluaran KWSP :
- Adakah proses pengeluaran wang KWSP mengambil masa yang lama?
- Tempoh proses pengeluaran KWSP biasanya akan mengambil masa antara 1 hingga ke 10 hari bekerja.
- Bagaimanakah kaedah bayaran pengeluaran wang KWSP?
- Wang pengeluaran KWSP akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank ahli (mengikut nombor dan jenis akaun yang didaftarkan semasa permohonan pengeluaran).
- Berapakah jumlah wang yang boleh dikeluarkan dari akaun KWSP?
- Ianya bergantung kepada jumlah wang yang ada dalam akaun anda.
- Bolehkah kemukakan permohonan pengeluaran KWSP di kaunter atau kiosk KWSP terdekat?
- Ya, ahli boleh memohon pengeluaran KWSP di kaunter atau kiosk KWSP terdekat.
- Adakah ahli bukan Warganegara Malaysia juga boleh buat pengeluaran wang KWSP dari Akaun 3 (Fleksibel)?
- Ya boleh. Ianya terbuka kepada semua ahli yang belum mencapai umur 55 tahun. Namun ahli bukan Warganegara Malaysia perlu ke kaunter KWSP untuk pengeluaran wang simpanan Akaun 3.
RUJUKAN
- Pusat Talian Khidmat Pelanggan KWSP : 03-8922 6000
- (Waktu operasi : Isnin – Jumaat, 8:00 pagi – 5:00 petang).
- Laman Web Rasmi KWSP : https://www.kwsp.gov.my/ms/.