SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH : ADAKAH ANDA PENERIMA – SEMAK STATUS SEKARANG

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH : ADAKAH ANDA PENERIMA – SEMAK STATUS SEKARANG

Kelayakan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 terus meningkat membolehkan seramai hampir 5.4 juta penerima layak menerima bantuan secara bulanan untuk menyokong perbelanjaan keperluan asas.

Apakah syarat kelayakan bantuan mykasih? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: BANTUAN KEPERLUAN ASAS RM900 SETIAP 3 BULAN – SEMAK KELAYAKAN ANDA SEGERA

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH

Kelayakan penerima SARA 2025 adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
    • Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang;
  3. Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
    • Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

KADAR KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH

Jumlah bantuan SARA 2025 yang disalurkan dalam MyKad penerima yang layak adalah seperti berikut:

  • Lulus STR & BERSTATUS eKasih
KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN
BAYARAN SETAHUN
KADAR BAYARAN
SETIAP BULAN
Isi RumahRM2,100RM100 (Januari – Mac)
RM200 (April – Disember)
Warga Emas Tiada PasanganRM1,650RM100 (Januari – Mac)
RM150 (April – Disember)
BujangRM600RM50 (Januari – Disember)
  • Lulus STR Sahaja (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN
BAYARAN SETAHUN
KADAR BAYARAN
SETIAP BULAN
Isi RumahRM900RM100 (April – Disember)
Warga Emas Tiada PasanganRM450RM50 (April – Disember)

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH

Status Kelayakan boleh disemak secara online di Portal Rasmi SARA seperti berikut:

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : SARA
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula : 31/08/2025 (SARA ONE-OFF)
    • Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
    • Contoh Baki (RM) : 100.00
  9. Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
  10. Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
  11. ⁠Selesai.

SENARAI BARANGAN BOLEH DIBELI

Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 14 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan diri, barang kebersihan rumah, ubat-ubatan dan barang keperluan sekolah.

SENARAI KEDAI & PASAR RAYA BERDAFTAR

Lebih daripada 7,300 kedai berdaftar di seluruh Malaysia yang berdaftar MyKasih termasuk pasar raya besar seperti:

  • Mydin;
  • Giant;
  • Econsave;
  • Pacific;
  • Lotus Stores (Tesco);

Untuk melihat senarai penuh kedai yang terdaftar, anda boleh rujuk di https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list

SOALAN LAZIM (FAQ) SEMAKAN BANTUAN MYKASIH

Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan MYKASIH 2025:

  1. Siapa yang layak menerima bantuan MyKasih 2025?
    • Penerima STR 2025, Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan (Berstatus eKasih, dan Kategori Isi Rumah, dan Warga Emas Tanpa Pasangan (Bukan eKasih).
  2. Berapa jumlah bantuan MyKasih yang diberikan?
    • Kadar bayaran disalurkan kepada penerima adalah diantara RM50 sehingga RM200 sebulan bergantung kepada kategori kelayakan penerima.
  3. Bagaimana cara semak status kelayakan MyKasih?
    • Semakan status kelayakan boleh dibuat secara online di Portal Rasmi SARA atau Portal MySTR.
  4. Apakah barangan yang boleh dibeli dengan MyKasih?
    • Barangan Keperluan Asas yang diluluskan di bawah Program MyKasih.
  5. Adakah bantuan MyKasih diberikan dalam bentuk tunai?
    • Tidak. Bantuan akan disalurkan secara tanpa tunai ke dalam MyKad penerima khusus untuk digunakan bagi pembelian barangan keperluan asas.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

Leave a Comment