SENARAI BARANG LAYAK MYKASIH : CARA SEMAK & SCAN BARANGAN YANG BOLEH DIBELI

SENARAI BARANG LAYAK MYKASIH : CARA SEMAK & SCAN BARANGAN YANG BOLEH DIBELI

Masih ramai antara penerima mengambil barang-barang yang tidak tersenarai dalam Bantuan MyKasih dan tidak boleh ditebus menggunakan MyKad. Oleh itu, pihak Kerajaan telah menyenaraikan barang yang layak dan menyediakan aplikasi mudah alih yang boleh semak barang yang boleh beli.

Dalam artikel ini, kami telah menyediakan senarai barang yang layak guna MyKasih dan cara scan barangan yang boleh dibeli dengan mudah di bawah.

BACA JUGA : TARIKH STR FASA 4 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

SENARAI BARANG LAYAK MYKASIH

SENARAI BARANG LAYAK MYKASIH

Penerima hanya dibenarkan untuk buat pembelian barangan yang disenaraikan sahaja dengan menggunakan Bantuan MyKasih dalam MyKad.

Antara barang keperluan yang layak dibeli guna MyKasih adalah seperti berikut :

KATEGORI BARANGCONTOH BARANG LAYAK
Barang makanan asasBeras, roti, telur, minyak masak,
tepung, biskut dan mi segera
MinumanSusu, Milo, Teh, Nescafe
Makanan dalam tinSardin, Tuna, Kacang panggang
Bahan perasaSos, Kicap, Gula, Garam
Produk kebersihanUbat gigi, sabun cecair mandian
dan tuala wanita
Ubat-ubatanPanadol, ubat batuk, dan lain-lain
lagi yang diluluskan oleh KKM
Barangan persekolahanPakaian seragam sekolah, kasut,
beg sekolah dan alat tulis
Produk kebersihan rumahSabun pencuci pinggan, sabun / serbuk
pencuci pakaian dan pencuci lantai

CARA SEMAK & SCAN BARANG LAYAK GUNA MYKASIH

Selain daripada semak label MyKasih pada rak tanda harga, penerima boleh semak dan scan senarai barang yang boleh dibeli guna Bantuan MyKasih seperti berikut :

  1. Buka aplikasi App Store / Google Play di dalam telefon bimbit anda.
  2. Muat turun aplikasi ‘MyKasih‘ dalam telefon bimbit anda.
  3. Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
  4. Anda akan dipaparkan dua (2) pilihan, iaitu [Penghargaan SARA One-Off] dan [SARA Bulanan & Penghargaan SARA One-Off].
  5. Pilih [Penghargaan SARA One-Off] atau [SARA Bulanan & Penghargaan SARA One-Off].
  6. Anda akan dipaparkan ‘Welcome to the MyKasih App’.
  7. Tandakan pada ‘I have read and agreed’ di bawah.
  8. Kemudian, klik butang [CONTINUE].
  9. Klik ion [Check Items] di bawah.
  10. Anda akan diberikan pilihan [SCAN BARCODE] atau [ENTER BARCODE].
  11. Pilih [SCAN BARCODE].
  12. “MyKasih” would like to accees the camera’ akan dipaparkan.
  13. Klik butang [Allow] supaya boleh scan barang.
  14. Letakkan camera pada barcode barang yang dipilih.
  15. Status barang tersebut tersenarai atau tidak akan dipaparkan.
  16. Selesai.

CARA BELI BARANG MYKASIH

Ikuti 7 langkah cara-cara beli barang keperluan asas dengan menggunakan Bantuan MyKasih dalam MyKad seperti berikut :

  1. Kunjungi kedai runcit / pasar mini / pasar raya yang menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
  2. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
  3. Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
  4. Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
  5. Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
  6. Bayaran menggunakan MyKad akan disahkan
  7. Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.

HAD BELI BARANG MYKASIH

Setiap kategori mempunyai had yang berbeza untuk beli barang MyKasih pada setiap bulan sehingga setahun. Berikut merupakan had pembelian barang MyKasih kepada setiap kategori :

  • KATEGORI ISI RUMAH :
KELAYAKAN ISI RUMAHHAD BELI BARANG MYKASIH
Isi Rumah B40
(Miskin & Miskin Tegar)
RM100 – RM200 setiap bulan
sehingga
RM2,100 setahun
Isi Rumah M40
(Asas Bukan Miskin Tegar)
RM100 setiap bulan
sehingga
RM900 setahun
  • KATEGORI WARGA EMAS :
KELAYAKAN WARGA EMASHAD BELI BARANG MYKASIH
Warga Emas B40
(Miskin & Miskin Tegar)
RM100 – RM150 setiap bulan
sehingga
RM1,650 setahun
Warga Emas M40
(Asas Bukan Miskin Tegar)
RM50 setiap bulan
sehingga
RM450 setahun
  • KATEGORI BUJANG :
KELAYAKAN BUJANGHAD BELI BARANG MYKASIH
Bujang B40
(Miskin & Miskin Tegar)
RM50 setiap bulan
sehingga
RM600 setahun
Bujang M40
(Asas Bukan Miskin Tegar)

SOALAN LAZIM (FAQ) BARANG MYKASIH

Soalan lazim (faq) yang disering jadi pertanyaan oleh penerima berkaitan Bantuan MyKasih adalah seperti berikut :

  1. Bila bantuan SARA MyKasih dikreditkan?
    • Bantuan MyKasih dikreditkan pada setiap 1 hari bulan setiap bulan ke akaun MyKad.
  2. Boleh beli barang selain senarai yang ditetapkan?
    • Tidak, hanya barangan asas yang diluluskan sahaja.
  3. Bagaimana kalau MyKad rosak?
    • Penerima perlu membuat penggantian MyKad di JPN dan maklumkan kepada pihak MyKasih.
  4. Bolehkan penerima membeli barang MyKasih menggunakan MyKasih di negeri lain?
    • Ya, asalkan kedai tersebut tersenarai sebagai rakan niaga MyKasih yang sah, walaupun berada di negeri berbeza.
  5. Adakah semua kedai runcit di Malaysia terima MyKasih?
    • Tidak. Hanya kedai runcit, pasar raya dan pasar mini yang berdaftar dengan program MyKasih sahaja yang menerima penggunaan kredit bantuan ini.

INFO LANJUT

Informasi dalam artikel ini adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau soalan lanjut, sila rujuk pihak MyKasih seperti berikut :

Leave a Comment