TARIKH STR FASA 4 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK 2025

TARIKH STR FASA 4 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK 2025

Jadual bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah disediakan oleh pihak Kementerian Kewangan (MOF) dan akan diumumkan pada setiap fasa dari semasa ke semasa sehingga fasa keempat yang dilaksanakan penghujung tahun 2025.

Semak tarikh bayaran dan status kelayakan penerima STR Fasa 4 di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN DALAM IC 200 (PENERIMA)

TARIKH STR FASA 4

SIAPA LAYAK TERIMA STR?

Pemohon yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan dan disahkan lulus sahaja akan terima bayaran STR setiap fasa. Berikut merupakan syarat kelayakan penerima STR :

  • ISI RUMAH :
    • Ketua isi rumah Warganegara Malaysia;
    • Berpasangan (ada atau tiada anak);
    • Ibu/bapa tunggal (ada anak);
    • Pendapatan bawah RM2,500 atau tidak melebihi RM5,000 sebulan.
  • BUJANG :
    • Warganegara Malaysia;
    • Belum berkahwin / balu / duda / janda (tiada anak);
    • Umur 21 hingga 59 tahun; atau
    • Umur 60 tahun dan ke atas (warga emas);
    • Pendapatan bawah RM2,500 sebulan.

KADAR STR FASA 4

Kadar bayaran Bantuan STR Fasa 4 dibayar mengikut kategori dan kelayakan penerima seperti berikut :

KATEGORI ISI RUMAH :

KELAYAKAN ISI RUMAHKADAR BAYARAN STR
FASA 4
Isi Rumah Pendapatan
Bawah RM2,500
RM150 – tiada anak
RM300 – 1 / 2 anak
RM500 – 3 / 4 anak
RM700 – 5 anak ke atas
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 – RM5,000
RM100 – tiada anak
RM200 – 1 / 2 anak
RM250 – 3 / 4 anak
RM300 – 5 anak ke atas

KATEGORI BUJANG :

KELAYAKAN BUJANGKADAR BAYARAN STR
FASA 4
Bujang Umur
21 hingga 59 tahun
RM150
Bujang Umur
60 tahun dan ke atas
(Warga Emas)
RM150

TARIKH STR FASA 4

Pihak Kementerian Kewangan (MOF) masih belum mengumumkan secara rasmi tarikh bayaran STR Fasa 4, berikut merupakan tarikh bayaran STR untuk sepanjang tahun 2025 :

PERINGKAT FASATARIKH BAYARAN
Fasa 122 Januari – 28 Januari 2025
Fasa 224 Mac – 27 Mac 2025
Fasa 312 Ogos – 19 Ogos 2025
Fasa 4Akan dikemaskini apabila diumumkan
secara rasmi

CARA TERIMA STR FASA 4

Kerajaan menyediakan dua (2) cara penerimaan bayaran Bantuan STR bagi memudahkan penerima untuk terima bayaran. Berikut merupakan cara bayaran STR :

  1. Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan dalam permohonan STR; atau
  2. Dibayar secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima yang :
    • Tiada akaun bank; atau
    • Status ‘Gagal Kredit’.

CARA SEMAK STATUS PENERIMA STR FASA 4

Untuk ketahui status dan maklumat bayaran Bantuan STR Fasa 4, sila ikuti cara semakan seperti di bawah :

  1. Sila layari laman rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor MyKAD tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor MyKAD, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Maklumat bayaran STR Fasa 4 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) STR

Mungkin anda juga ingin bertanyakan soalan-soalan lazim (faq) seperti di bawah :

  1. Bilakah boleh kemukakan permohonan STR Fasa 4 2025?
    • Permohonan STR Fasa 4 kini masih dibuka.
  2. Siapakah layak terima bayaran Bantuan STR Fasa 4?
    • Hanya pemohon yang memenuhi kelayakan dan berstatus ‘Lulus’ akan terima STR Fasa 4.
  3. Bolehkah penerima Bantuan STR yang mempunyai akaun bank menuntut wang tunai di kaunter BSN juga?
    • Tuntutan wang tunai Bantuan STR di kaunter BSN hanya khas untuk penerima yang tiada akaun bank dan status ‘gagal kredit’ sahaja.
  4. Bolehkah Bantuan STR digunakan untuk bayaran bil?
    • Bantuan STR yang disalurkan secara tunai boleh digunakan untuk apa sahaja transaksi bayaran bergantung kepada penerima.
  5. Dimanakah permohonan Bantuan STR Fasa 4 boleh dikemukakan?

RUJUKAN

Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR. Sekiranya anda mempunyai masalah atau soalan lanjut, sila rujuk pihak STR seperti berikut :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

Leave a Comment